12 September, 2017

Exam Week!

Exam week tak sampai beberapa minggu lagi.Jenuh aku print kertas soalan.Antara website yang selalu aku cari kertas soalan adalah www.sumberpendidikan,com.Itu baru contoh soalan untuk Sek kebangsaan.Untuk sek agama terutamanya si Ain yang akan menduduki UPKK 2/10/17ni,kami monitor dia melalui buku latihan UPKK & kertas soalan UPKK tahun yang terdahulu.

 

Anak2 kena mengadap kertas2 ujian ni..at least 2 jam sehari.Sejam malam,sejam lagi siang sementara masih bercuti sempena cuti rehat UPSR.Buat soalan ujian ni bagi aku sangat efektif untuk anak2 yang tak berapa rajin nak bukak buku , so ini kira fast lane ulangkajilah ni.Nak tak nak bila dia tak leh jawab soalan, dia kena rujuk buku teks  @buku latihan sekolah jugak.So secara tak langsung dia mengulangkajilah jugak.Tapi dengan syarat, aku suami isteri kena duduk ulangkaji sekali dengan budak2 ni.Kalo biar buat sendiri, ke laut dalam lah jadinya.

 

Aku tak harap berderet A dari anak2, kalo ada itu adalah BONUS..Aku just nak anak2 tunjukkan usaha & buat yang terbaik.Usually malam lepas makan malam,en papa yang akan assist si Ain sementara aku akan assist si Auni.Si Adeeb aku biarkan dia main sendiri supaya dia tak kacau kakak2 ulangkaji.

 

Aku memang tak hantar anak2 ke kelas tuisyen segala mak nenek.Sebab jadual anak2 sangat pack, aku kesian plak kalo nak hantar ke kelas tuisyen,bila masa pulak nak rehatnya.Selagi termampu kamilah laki bini yang mengajarnya.Tapi tak taulah tahun depan,since Ain nak amik UPSR mungkin kena pertimbangkan hantar dia ke kelas tuisyen untuk bantu dia.Itu tahun depan baru kita recce2.Tahun ni hadap ajelah papa ko yang macam singa bila mengajar anak sendiri tu.

 

Target aku hujung tahun ni untuk Ain adalah untuk dia naik kelas , at least naik kelas no 3 dari kelas no 4 sekarang ni.Untuk Auni pulak adalah to ensure dia retain kelas  no 1 macam sekarang.Sistem sekolah yang masih mengekalkan sistem hirarki pemecahan kelas pelajar mengikut prestasi,masih tak berubah sejak 30 tahun yang dahulu.Ada bezanya duduk di kelas 1 dengan duduk di kelas 4.Expectation cikgu yang suka membanding2kan kelas 1 dengan kelas tercorot.Auni yang duduk di kelas 1,berlumba2 dengan kawan2nya yang pandai2 untuk mengekalkan momentum,sementara Ain yang berada di kelas 4 suka duduk dalam comfort zonenya sendiri.Itu yang aku target untuk ubat mindset dia.Dia seronok sangat main2, belajar suka hati dia.Jadi mahu atau tak, kamilah sebagai ibubapa yang kena heret anak kami kedarat sebelum dia terjerumus jatuh ke laut.Buatlah apa sahaja, supaya Ain tetap keep on track dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.Doakan semoga anakanda kami berjaya hendaknya.Ameen.

 

Being a parent,Struggle is a real case story!Takde yang semudah A-B-C.Semoga kita para ibubapa diberi kekuatan & kesabaran meladeni kerenah anak masing2.Marilah kita berusaha bersama anak2 kita jika nak tengok mereka berjaya serta doakan yang terbaik selalu dunia & akhirat.Selalu pesan pada AIN & AUNI, orang yang berjaya adalah orang yang jaga SOLATNYA.Kejar ALLAH, ALLAH berlari mendapatkan kamu..Trust me, its real!

 

 

 *semoga Ain,Auni & Adeeb jadi anak berjaya didunia hingga akhirat.

 

No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...