Pages

30 April, 2010

Dedicated to my dearest "en PAPA"




to our 5 years anniversary

5 tahun yg lalu
tarikh ni aku selamat bernikah
selepas waktu asar
di MASJID PUTRAJAYA
dgn mas kahwin RM1001.00

wpun aku & papa bernikah tarikh ni 30-04-2005
aku & papa hanya selamat bersanding pd 21-08-2005
kerana aku & papa NIKAH GANTUNG
papa waktu tuh
tgh berkursus perguruan
dan hanya tamat pd bulan 11 tahun 2005

dah 5thn kawin
biasalah ada up & down
but truly happied life together
blessed with 2 adorable daughter
hidup pun dah stabil berbanding dulu
cuma aim nak beli umah sendiri
latest next year

and to my dear en PAPA



and




en PAPA

tq for being such wonderful lover,friend,partner,shareholder,

mama always loves you!!

(nanti papa belanja TONY ROMAS ok...ok..)wink*wink*


another nice quotes to share:

29 April, 2010

bila en papa demam...

semalam aku balik keja
kuar dr opis dlm kul 6.30pm
smp umah dlm kul 8pm
ain bgtau

"mama.papa demam"
patutler muka semacam jer ..
monyok semacam
bercakap pun idak!!


ok...
aku tgk papa geledah peti ais
potong kek marble
nampak sgt lapar

aku kelam-kelibut kat dapur
bwk kuar ayam dlm freezer..defrost dlm microwave
(nak cepat punya pasal)

A Jewish woman had two chickens. One got sick, so the woman made chicken soup out of the other one to help the sick one get well.
Henny Youngman



potong2 kentang campak dlm periuk
ayam dah defrost campak dlm periuk yg sama gak
so menunya sesimple & sepantas kilat
sup ayam+ kentang
(sesuwei utk org demam tuh)
goreng ikan selar
tumis kobis + udang

dlm dok berperang kat dapur
terkocoh-kacah ke depan
tgkkan si onie
dia dah bergolek2..
papanya tido kat sofa
kak ain mana nak larat dukung onie
terpaksalah dukung onie sambil tangan dok pegang sudip
(agak2 bilaler aku nak ada bibik nih...)

so mmg kelam-kabut malam td
almaklumler aku sibuk kat dapor
takde sapa nak tlg tgkkan ank
sampaikan ain terpaksa makan sendiri
aku nak tidokan onie..
selalunya mmg aku suapkan ain
sbb selalunya kalo bg dia makan sendiri
jawabnya main lebih drpd makan
tp agaknya malam td
dia lapar
dia makan sampai licin pggn

dlm kul 10.30pm
baru siap sumer keja aku
siap mengemop lantai dry kitchen & wet kitchen lg
baruler bergolek tido dgn ain dpn tv
layan astro ceria si ain
(x abis2 kartun..)

penatnyaaa............
harapnya en papa
dah sihat hr nih
wpun pg td
tgk dok sok seh..sok seh lagi
flunya tak abis lg

this en papa
selagi boleh bangun
"mmg jarang dia nak cuti..nak MC.."
"even susah sgt nak amik cuti tahunan"
sgt workaholic
Any time I got in emotional turmoil, I felt sick all the time, like at any minute I would die.
Skeet Ulrich


bagus sgt
smp tiap kali anak sakit
aku jer lah yg cuti bagai
so this raya @ cuti sekolah
paham2 sendiri aku mmg takkan cuti lama
dan mungkin x mo amik cuti
nak spare cuti nak jaga anak2 kot sakit..kot demam..

lantaklah kan..
asal larat g ler keja
malas nak membebel
suker hatiler
dah sakit nanti
jgn nak menyesal lak!!

badan nih nak pakai lama
dok pakai 24/7
kena jugak recharged semula..

kdg2 membebel nih
ada baiknya jugak
sbbnya membebel dlm blog jer
tak kuasa nak membebel pd en papa
tak kuasa nak bgdh pg2 kan..

“If you treat a sick child like an adult and a sick adult like a child, everything usually works out pretty well”. Ruth Carlisle quotes


so layan happiness quote image;



TO CHILL ME UP!!!

27 April, 2010

ain & her nightmare



malam tadi
ntah kenapa
berapa kali aku bgn
si auni nak susu
dan berapa kali jugak aku terbgn
sbbnya ain menangis
she had a nightmare

bila aku tanya
nape ain nangis?
ain jawab

ain mimpi hantu

dan mukanya sgt pucat

kesian anakku...

terus aku hug dia
then dia tido seblh aku
aku peluk dia
nampak sgt dia takut

yes..
bagi kanak2
mimpi ngeri nampak sangat real bg mereka
dan mmg wajarlah sbg parent
kena amik berat,amik tahu & jgn buat tak endah
dan menganggap..."alah mimpi jer kan"

sbbnya budak2 nih
bg mereka semuanya nyata
dan berbalik pd kisah ain td

ketakutan dia sgt aku rasai
hinggakan aku merasakan dia begitu kuat memegang badanku pg tadi
dan pg nih
dia sgt mengantuk
jadi aku tak sampai hati
paksa dia ke kindynya
so aku just hantar dia ke nursery sama adiknya onie..

ain nak sambut besday dia 8/5 minggu depan
aku rasa macam nak wat besday dia
sekali dgn besday mak
sekali dgn sambutan hari ibu
dan majlis kesyukuran sempena wedding annv ku & papa
tp hanya pada skala kecil
sbbnya aku tak larat nak masak byk2
dgn si onie yg asyik nak berdukung tuh...

hopefully menjadilah rancangan ku ini
smg dipermudahkan serba-serbi

26 April, 2010

candle light dinner??



belum apa2
aku dah gelak golek2
almaklumler
aku nih nampak jer "ayu"
huhuhu..

tp aku kan brutal..
mana pnh aku pg candle light dinner
idea nih dtg dr en papa aka my hubby

kononnya
nak bawak aku g dinner
sempena wedding anniversary kami
30-04-2010 nih..

malangnya
wife dia nih
sengal sikit!!

bila aku tanya en papa
abis tuh anak2 nak letak mana
senang jer jawapannya
"laah..nursery kan ada?"

tak tergamak pulak aku..
tgglkan anak2 mlm hari
semata2 nak meraikan wedding anniversary kami

aku phm idea papa tuh
just nak recall masa kami lum kawin dulu agaknya
masa tgh bercintan-cintun dulu

konon2 romantik sikit kot..




tp aku lebih sayangkan anak2
akan ku heret sekali
si ain & si auni
wpun mama & papa
sibuk nak candle light dinner sekali ponn
huuhu...



sebenarnya
kalo papa yg set up table
masak utk aku & anak2
di rumah kecik kami tuh
lebih bermakna kot..
yg ptg saving!!

tak yah table manner
boleh layan astro lg tgh makan...

hehehhe!!

22 April, 2010

sakit perut daaaaaaaaaaaaa..



aduiiiiiiiiiiii

sakit perut..

ntah apa yg aku makan semalam

jadi smp begini sekali

dah 2 round telan immodiom..charcoal

masih memusing2 lagi perut aku nih!!!

nak MC kesian lak pd team

hari nih ramai lak team ku yg MC

ADUIIIIIIIIIIIIIII...

x leh blah!!sakit giler babas....

hari nih x leh OT lg..

kena balik ON TIME...!!

20 April, 2010

demam & antibiotik...

aku pening kepala
memikirkan kesihatan anakku si auni
auni baru aje turn to 8 month last sat
as usual
mmg dia akan demam setiap kali
beralih bulan

dan last sat 17/8
aku bagi ubat PROGESIC 250mg 2.5ml pada auni
pukul 5am
dan mintak papa repeat bg ubat kul 10am
sepatutnya bg kul 9am

aku lak keja sabtu lepas
keja pun 1/2 hati
teringatkan si kecilku dirumah tuh..

balik keja dlm kul 1.30pm
tgk onie panas lg
g lak umah mak amik si ain
pg dulu ke carrefour
belikan mesin basuh mak yg dh lama rosak tuh...
kesian lak kat mak..membasuh guna tgn
tutup mata..bayar jer lah..
so itulah besday present utk mak
next besday mak 8hb mei depan

balik dr umah mak
badan onie panas semula
aku hanya bg ubat demam yg dibekalkan oleh paed nya DR B.KISHORE
2ml every 4 hour
sponging as usual

sepanjang malam
aku x leh tido sgt
onie mmg demam panas
dia merengek macam biasa bila dia demam
memanjang nangis
aduiii...

so keesokkan
aku bwk g panel klinik ku
klinik idzham
sbbnya kalo nak jupe paednya mmg paednya off setiap hr ahad
smp jer..
doktor tgk kad onie
rekod memanjang demam..batuk
doktor membebel takleh blah.....

anak you ni kurang antibodi nih!!

anak sakit...
sapa yg mintak...
sapa yg suka anak sakit
sapa yg suka nak bwk anak memanjang ke klinik..ke hospital..
aku pon menyampah!!

anakku yg masih kecil
confirmler masih kurang antibodinya
dgn persekitaran skrg
dok tgh bandar
dok nursery lg
of course anakku terdedah kpd faktor persekitaran jugak

dan bila aku req antibiotik
sbb nampak sgt kalo bergantung pd ubat PCN semata2
onie hanya sejuk dlm 2 jam lepas makan ubat
dan akan panas mendadak selepas itu

doktor tuh membebel lagi..
katanya budak kalo bergantung pada antibiotik
dia mmg tak leh membina antibodi sendiri

yes...
aku x nafikan
tp kalo ler doktor tau
anakku si onie dah diberi antibiotik seawal umurnya 4 bulan
due to the hyper viral infection,acute bronchitis
dia warded 5 hr kat tawakal hospital

jd salah aku ke kalo aku req antibiotik?
sbbnya aku yakin onie perlukan bantuan antibiotik
untuk sembuh
disamping doa yg x putus2 dr mama & papanya

aku req antibiotik
ZITHROMAX sbgmana yg PAED auni prescribe dulu



membebel lagi...
katanya ZITHROMAX sejenis antibiotik paling kuat
tp bg aku
ubat tuh suit with onie
paed dia prescribe ubat tuh
2.5ml 1x sehari...malam sahaja

dlm membebel2 tuh
dia bg jugak ubat antibiotik
ntah apa nama...
katanya kuat jugak..
sbb onie dah terBIASA amik ubat yg kuat

dia bg jugak ubat flu & batuk
even onie lgsg x batuk
xde flu..
dan setau aku..
mana boleh doktor prescribe ubat flu
terutamanya pd baby bwh setahun
(wpun aku bukan doktor..aku dpt pengetahuan ini drpd paed ku)
nampak sgt money oriented
lgsg tak btggjwb...
aku campakkan aje...


mmg lepas makan ubat yg dia bg
badan onie tak panas dah
makin berpeluh
ok..

tp...................
onie cirit-birit pulak!!
hampeh!!!

mmg aku sgt MARAH..
MARAH SESANGAT...



cakap berdegar2
kata ubat yg aku req tu kuatler
x sesuai lah

tp ubat yg onie biasa amik
tak pnh pulak
buat smp dia cirit-birit macam tuh sekali...

so smlm aku EL
jaga onie dirumah
ptgnya by 4pm
aku g klinik semula
bgtau yg ubat antibiotik yg diorg prescribe buat onie cirit-birit
terdiam doktor..
simply2 jer tukar yg lain...

geramnya aku!!!
mmg aku bengang...
ingat anak aku tuh tikus ujikaji ker...

yes...aku bukan doktor
aku tak tau apa2 pasal ubat
tp aku hanya nak anak aku sihat
nak anak aku aktif macam selalu
bukan macam skrg
smp penuh rashes
kesian anakku...


apa itu antibiotik?

aku paste dicn

dr web:http://hkulim.moh.gov.m

> Apa itu antibiotik?


Antibiotik adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh kuman. Ubat ini amat penting dan penggunaannya dalam merawat penyakit banyak menyelamatkan nyawa. Penggunaan antibiotik juga membantu komplikasi penyakit berkurangan.

> Kanak-kanak dan antibiotik

Kini ramai ibu bapa bimbang dengan penggunaan antibiotik. Mereka bimbang penggunaan antibiotik akan menyebabkan imuniti kanak-kanak berkurangan. Sesetengah ibu bapa pula bimbang akan kesan sampingan antibiotik dan secara tidak langsung menimbulkan lebih banyak masalah kepada kanak-kanak.

Jarang sekali antibiotik akan menyebabkan masalah kepada kanak-kanak. Ini kerana ada kanak-kanak yang memerlukan antibiotik berminggu-minggu dan selepas penggunaan untuk tempoh itu, tidak pula timbul masalah. Apabila antibiotik digunakan, itu bermaksud ia perlu dan amat berguna dalam merawat penyakit kanak-kanak.

> Bakteria dan virus

Bukan semua jangkitan memerlukan antibiotik. Kebanyakan infeksi seperti batuk selesema atau cirit-birit tidak memerlukan penggunaan antibiotik. Penyakit seperti ini yang selalunya disebabkan virus lebih memerlukan daya ketahanan badan untuk membunuh virus berkenaan.

Bagaimanapun, bukan selalu kita dapat mengetahui sama ada penyakit itu disebabkan virus atau bakteria. Ini lebih ketara lagi jika ia membabitkan infeksi pada tekak (upper respiratory infection). Kelaziman kanak-kanak, apabila mereka sudah bergaul dengan kanak-kanak lain, mereka akan mengalami lebih kurang enam episod batuk dan selesema setahun.

> Bilakah antibiotik diperlukan?

Penggunaan antibiotik berbeza daripada seorang doktor dengan doktor lain. Jangka masa penyakit dan juga komplikasi yang timbul turut mempengaruhi penggunaan antibiotik. Kadangkala ujian darah akan membantu dalam menentukan keperluan penggunaan antibiotik.

> Antibiotik manakah yang diperlukan?

Ada pelbagai jenis antibiotik yang boleh dipilih. Sesetengahnya hanya berkesan untuk beberapa jenis bakteria. Ada juga antibiotik yang mempunyai kesan kepada pelbagai jenis bakteria (broad spectrum). Dalam rawatan antibiotik yang dipilih, sepatutnya ia berkesan kepada jenis kuman yang menyebabkan masalah.

Adalah penting menghabiskan semua ubat-ubatan antibiotik yang diberikan walaupun kanak-kanak yang sakit semakin pulih. Ini kerana bakteria itu mungkin tidak dihapuskan secara lengkap. Justeru, ia boleh menimbulkan jangkitan sekali lagi. Penggunaan antibiotik yang tidak lengkap juga boleh menyebabkan kuman menjadi kebal (resistant) kepada antibiotik yang digunakan.

> Kesan sampingan

Tidak ada jaminan yang ubat-ubatan tidak menimbulkan kesan sampingan, begitu juga dengan antibiotik. Bagaimanapun kesan sampingan yang buruk agak jarang berlaku. Cirit-birit adalah kesan sampingan yang kerap berlaku dengan antibiotik. Alahan kepada antibiotik tidak begitu kerap. Lazimnya, jika ada alahan akan menimbulkan ruam.


moral of the story

aku akan tetap nak bwk onie ke paednya

walaupun batuk sikit..flu sikit...still ke paed jugak!!

biar berhabis sekali pun

as long as dia sihat..dia ok..

drpd menyakitkan hati ke klinik panel yg HAMPEH!!

this thread is written due to the dissatisfaction

of GP services...

15 April, 2010

countdown please!!





TO





YEARS OF MY





WEDDING





15 hari lagik.....

thrill pulak......



nak tunggu present dr papa

huhuhuhu!!

14 April, 2010

kasut tinggi??no..no..no

hr nih aku termenung skjb
otw nak ke opis
melihatkan kasut yg kusarung setiap hari ke opis..berjalan2
itulah dia..
hanya itu yg aku selesa..

nak tau kasut apa.
kasut sandal nipis..
beranyam mengkuang di bhgn depannya
warna coklat
aku sgt selesa dgn kasut nih...
dan harganya hanya rm45.90 dgn discount 20% that time

dan monologku ttg kasut
bertambah menjadi2
bila tgk buddy ku didot
beli new shoes

dia pun tanya aku
"dah berapa lama ko tak pakai kasut tinggi kak?"

huhuhu..

setinggi nih??



mintak maafler...

yang nih....




aku still x selesa gak..tinggi & bertutup

yang ni pulak...



aku still x leh gak..(sbbnya mungkin terlalu tggi wat aku)

tp kalo macam di bawah nih...



dan ini



atau yg ini lak..




boleh ler wat aku..
aku mmg x suker...x gemar kasut tinggi..

even masa weddingku dulu
aku req pd pak andam ku si WAI
nak pakai kasut sandal
dia gelak bg nak pecah perut
hampeh!!

"mana ada pengantin pakai sandal nyah..."cisss...bedebah!!

ikutler...
as long as aku selesa
sng nak bergerak..senang nak dukung onie
sng nak berjalan laju

dan aku masih selesa dgn VINCCI
kekdg leh ler beli HUSH PUPPIES
atau beli LEWRE
(yg ptg dibwh kemampuan aku...)

13 April, 2010

Ain...my dearest

this morning
teacher ain bgtau

"ada ajar dia kat umah ke?"
"dia ok ler"
actually nak kata aku & papa ajar sgt tak jugak
aku hanya suka guide dia
kalo aku free

aku & papa
suka belikan dia buku..stationery..colour pencil

colouring book..
tracing ABC book
story book

&

ain mmg suker sgt..

so far ain dah improved in her numbering (tp only in english)

one..two...three..until ten...



tp fail bila bab mengira dlm bahasa melayu

sbbnya dia akan kira satu..dua..tiga..empat..lima terus jump ke sepuluh...

hehehehhe...(tp aku selalu guide dia by ask her to count her sister boo boo nappy to be put in the diaper bag..===>>purposely asked her to count for onie nursery bag...

bab ABC lak



she can sing the ABC song...
loves ABC tracing work

can write A,B & C only
in term of recognise letter she cant make it so well yet

but she looked so interested
even myself bought for her the AULAD mag



she really look enjoyed do all the task given in that mag

so far...ain can read simple doa

doa makan...(very well)

doa nak tido

doa iftitah

she knew how to take ablution

can wear her own telekung by herself

ain can trace the animal ,colour,shapes,vege so well

ain little bit fussy(in term of food,cleanliness,wording that we use with her)

ain paling suker makan

whipped potato KFC tuh...ayam grg

sayur masak lemak

chicken soup

mushroom soup

roti with kaya

dan fav word from ain...

"tak baik ckp macam tuh..nanti tuhan marah"


A MATTER IS..

NOT HOW MUCH SHE HAS ACHIEVE SO FAR

BUT HOW SHE CAN COPE WITH HER NEW KNOWLEDGE



my dear AIN DARWISYAH



"mama always pray for your success in whatever you do..mama loves you so much"

12 April, 2010

my little boo..boo..AUNI IRDINA




this photo taken at TIARA BEACH RESORT PD poolside

on last few weeks ago

i'll update the pic's later on..

and the story as well..

my little boo..boo..

goin to 8 month this 17-04-2010

loves to laugh

loves to hug her bantal busyuk....
and also loves to stealed her kak ain bantal busyuk as well
(when kak ain is away..)



loves to crawling around the floor
(even under the sofa)

loves to talk loud..(repeat the same things..)
especially when no one entertained her ...



loves to eat her porridge..yummy..yummy



she hates strangers..she can CRIED so loud if someone is trying to hold her




by the way

you still the apple of EYES

mama loves you so much!!

diet leh ke??

dlm hidup aku..
hampir 31thn
aku x pnh kenal perkataan nih



x kisahler diet karbo ke..diet high protein ke..
diet vege ke..balance diet ke
aku x pnh cuba & tak pnh amik tau

bagi aku
diet hanya berjalan pd waktu pantang 44hr
selepas melahirkan kedua-dua anakku
sbbnya banyak menda yg x leh makan
banyak menda x leh jamah
fuhhhhhhhhhhhhh..tensen!!

tp baru nih
aku g timbang berat semasa bwk auni g klinik
mak aaaiiii 65kg
beratnya aku....
kenapa makin naik nih??
masa auni 4 bulan berat aku kembali ke asal 56kg
dah naik kat 9kg
padanler sumer baju dah sendat2
sumer seluar dah ketat2..
aiyokkk...!!

kemungkinan besar
kerana aku makan x berhenti2
kurang bersenam..kurang aktiviti
w/pun memanjang bersilat kat umah
dgn domestic chores
mungkin jugak kerana aktiviti
food testing from 1 restaurant to others
ativiti JALAN-JALAN CARI MAKAN
tetiap minggu
wahhhh!!! wahhhhh!!
salah siapa tu??
huhuu....

tp yg bestnya wpun berat dah naik kat 9kg
aku leh relax lg
(sbnrnya nak menyedapkan hati...)

actually aku ada 25hr posa thn lepas
nak ku ganti semula
kerana aku berpantang semasa bulan posa thn lepas
kena pelan2 ganti nih..
(x bestnya posa sorang2)

strategi?
kena stop late dinner
stop nasik lemak tetiap pg
stop makan karipap (makcik ampang park yg sgt sedap tuh)
opt for roti..(boleh ke??)
roti kosong (no...butter..no kaya...)
lupakan OLD TOWN wat sementara waktu
sobb..sobbb...sobbb




kena mula ajak papa g jogging semula..
kat tpt baru di Ampang Hilir Park
stop activiti JALAN-JALAN CARI MAKAN ku..
tetiap minggu...
belum lg bab mengodek dapor umah mak
mak masak kan sedap..marvellous..heaven!!

aku ada dpt free trial
kat bizzybody
utk flat tummy programme
(the programme designed for new mommy as sum1 said before)
cuma aku x sempat nak wat appointment lg
mmg lgsg x sempat

apapun
bagi aku diet
kena dgn caranya
jangan menyeksa diri
yg penting bukan shj kawal makan
tp kena banyakkan aktiviti membakar kalori
baru ler leh kurus secara berdikit-dikit

aku nak fit macam dulu2
bukan termengah2 macam skrg
masa aku study dulu
aku sgt aktif orgnya
mana gunung aku tak panjat
apa aje aktiviti selalunya aku join
skrg nih...............
nak naik tangga pun aku pikir 2-3 round
makin malas & makin x kuasa!!


main target
to lose 5kg in 2 month..
leh ker??
huhuhu....

09 April, 2010

why im become a blogger



someone asked me why im like to become blogger..
aku tak pnh pun terpikir
kenapa & mengapa sblm nih
smpler soalan nih smp ke telingaku

sblm nih
mungkin aku lebih suker baca blog org lain
aku suka baca others people life experience
jd secara x langsung aku terasa "nak " create my own personal blog
biarler org kata
blog SYOK SENDIRI..blog SUKA-SUKA BUANG MASA
tp aku peduli apa kan??

first at all
my blog is my personal thought
aku lebih suka dedikasikannya
utk anak2ku si AIN & AUNI
supaya bile besar nanti
mereka dpt baca pengalaman mamanya
sewaktu membesarkan mereka
suka-duka mamanya ini..


2ndly
lebih kpd personal satisfaction
blog lebih merupakan kepada jurnal berkala ku
aku akan taip apa shj yg terlintas dlm fikiran aku
utk ku potretkan dlm entry di blog nih
aku jd puas hati bila aku dpt berkongsi cerita happy & sadness ku dicn

3rd..
aku merasakan blog sbg tpt utk LEPAS GERAM jugak
without hurt anyone
dah blog kita kan..
suker hati kita ler nak tulis apa pun

4th..
aku merasakan blog umpama hobby baru ku..
with blog aku rasa hdp aku terisi sikit

finally
blog nih akan wujud smp bila2
x macam diary
akan hancur bila tiba waktunya
blog x perlu byk tpt utk storage
x perlu susah payah nak jaga macam kita jg diari

become a blogger
I CAN EXPAND MY SOCIAL LIFE

&

paling penting
BLOG KU TAK KACAU HIDUP SAPA2 PON...

huhuhu....

08 April, 2010

MC lagik...

semalam aku bersiap bukan main lg..
tp otw dok siap2 perut aku memulas bagai
sgt sakit..
apalg berulang-alik ke tandas sblm ke msk keta
dah kuar htr onie..
sakit bagai..
patah semula balik umah
memerut lagi..
jam dah kul 7.35am..
patutnya aku dah atas jalan skrg nih
fikir je lah jalan dr ampang nak ke PJ terus...
boleh pitam!!

dah sudah..konon2 nak g keja ler nih
otw nak g keja
tpaksa stop kat area ampang point..
cari toilet lagik
aduii...sakit giler..
bertolak semula..tak smp kemana
berhenti lg di great eastern mall-jln ampang
sakit siot....

sms dida..suh bgtau boss.
"aku lambat sikit..problem cases with my little stomach"
dida reply
"ko amik MC jer lah kak dah gt gayanya"
ikut aku malas nak amik MC
sbb pertamanya..mana lak aku nak gagau panel klinik
aku x biasa sgt
at last teringat
ada 1 panel KUMP.MEDIC dkt leboh ampang-dpn amanahraya building

aku drop di ampang park lak..
menunun cari toilet kat lrt station disitu
dah siap-selesai baru terhegeh2 ke leboh ampang lak
jam dah kul 8.45am that time..
smp klinik kul 9am tepat
masuk jer klinik dpt giliran no 8

alahai...
perut meragam lagik...
aku menunggu giliran dkt 1jam 15m
baruler nama aku kena pggl
dlm menunggu 2 round berulang ke toilet
so total up dkt 5-6 kali dlm tempoh 2 jam
mmg lembik aku dibuatnya

puncanya mungkin sbb nih

makan malam td



atau sbb belasah

seafood...wallahhuallam!!


doktor bagi 1 ubat namanya IMMODIUM
makan 1 bijik setiap 4 jam
wahhh sgt MUJARAB
wpun aku rasa LESU sikit..
tp lebih SIHATLER dr awal pg tuh...........

datangler idea ....



macam BEST jer kan kalo dpt g shopping...
huhuhu..


jahatnya aku kan...
kemana lg kalo tak ke SOGO..

hasilnya
dpt merembat secara berhemah

beberapa helai baju anak2 ku
beli sebuah handbeg POLO utkku
with totally discounted price of 50%

nantiler ku upload my lovely bag tuh yek...
(sbbnya tak bwk kabel)

aku berjaya jugak merembat
sehelai slack & sehelai blouse SCS
yg discounted up to 70%

(aku mmg suker shopping di SOGO..sbb we can buy all branded clothes at really affordable prices)

tak caya...cuba g hr AHAD nih

selalunya akan ada sessi lelong dkt basement tuh....

dan the best thing bershopping

by 1.20 my other half aka papa dtg

makan lunch kat food court tuh!!

papa pun nak beli slack

memusing jap kat gents dept

(FYI..this papa so fussy to buy all his thing)

(sometimes it will take almost few hours to check the material...the price..the cutting..blaa..blaa...tp semalam was surprise after few browse from label to label..from rite to left..he manage to find his slack almost 20m only...)

cayaler papa...good boy!!!

gt ler citernya...

at the end back home with tired feet
smiling faces
& broken wallet..

huhuhu....

&

to my dear lil sister JAMALIAH ABD LATIB



"HAPPY 24TH BESDAY"

nanti kita g makan steamboat yek..huhuhu...

06 April, 2010

kegilaan baru...

kalo dulu2
aku cukup marah kalo mak
memanjang berhutang
nak beli segala macam perkakas dapur
yg canggih-manggih
yg cantik2..
yg branded..
agaknya dulu2 aku masih muda remaja
manaler aku paham kegilaan ibu2..
bagi aku
pakai jer lah apa yg ada

dan bila aku dah mula beranak dua nih
baru aku rasa bahang gila kitchenware nih
wpun aku sbnr lebih gila browse pic jer..
di hati teringin jugak
cuma aku lebih suka beli bila aku ada extra fund in hand jer
sesaje nak kumpul macam org lain
it wasnt me..
aku jenis x rajin membeli
sbb aku suka @ lebih gemar
allocate duit utk anak2..beli brg budak2
shopping baju anak2..beli perkakas anak2
mungkin sbb anak2 yg tgh lasak & sdg membesar
so aku lebih tumpukan pd kebajikan mereka shj

smp mak pun perasan
yg aku jarang sgt berganti baju
jrg sgt berganti handbeg
jrg sgt berganti kasut
ituler aku...(bukan kedekut yekk..)
cuma takde passion nak shopping utk dr sendiri
asyik fikir anak2 jer...

so berbalik pd kegilaan baru ku ini
aku terjumpa satu website sgt menarik
utk org yg giler macam aku

www.cybercatalogshop.com

dan the best thing ianya di dungun..di kg papa

2nd best thing harganya jauh lebih murah dpd market

3rd best thing boleh bayar secara ansuran
(bukan hutang tau...maksudnya bayar habis dulu baru dpt brgnya)

4th best thing free delivery..

5th best thing BANYAKLER SGT PILIHANNYA...

finally...JUST TO PERSONAL SATISFACTION...
apa salahnya kan..kan..kan...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

enjoy the pic of my loveable item..



Corningware 3PCS..

lagi...



Corelle Dinner Set

dan lagi...



VISION 3pcs CookWare

dan lagi...lagi...



the sweet & simple LUMINARC

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa....

so aku decide nak tempah 2 di atas shj

to kak ira..cant wait to see you..

dan..dan..nak blk kg..

smbl menyelam minum air..blurp..blurp...

agak2 bagus ke aku mulakan kegilaan baru ku ini

secara berdikit2

sbbnya kdg kala malu gak bila guest ramai2 dtg umah

haram x cukup pggn mangkuk nak serve makan...

v
v
v
v
v
v
v
v

so dedicated to my loving hubby
tlgler support niat suci wife mu ini
...

huhuhuhu....

05 April, 2010

tired weekend...

last saturday
wpun onie takde lah sihat sgt
ku angkut jugak ke kuantan
tgkkan MIL ku yg dah warded lebih kurang seminggu lamanya
macam2 komplikasi
tp yg sebenarnya
lebih kpd penyakit hyper tensionnya..

multiple cases due to the minor strokenya yg takde saper pun yg tau..
hanya boleh dikesan thru CT SCAN Brain..
menjejaskan penglihatannya..
menjejaskan tahap ingatannya
tp melihatkannya secara zahir
nampak dia stabil
cuma dia x lalu nak makan
movement tak selancar dulu..
dan menurut SIL ku
MIL ku punya kidney pun ada probs gak..

so last saturday smp kuantan dlm kul 1pm
dok kat HTAA smp kul 4lebih..
papa htr umah kak su di permatang badak
kononnya nak tidokan auni
tp auni smp ke sudah x mo tido
nak main jer..
batuk x sudah2lg si auni
wpun kelmarin aku dah bwk jupe paednya di tawakal
luckily x kena admit
doktor suruh wat neb dlm 10 minit jer..

dan probs biler malam..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aku anak beranak susah nak tido

agaknya beralih tpt tido
dan KEPANASAN

mungkin jugak pasal ventilation umah kak su
agak POOR..

ain mmg meragam giler babas...
pukul 3am mintak mandi..
adui...

semalam dok melepak lg kat HTAA
smp 4 lebih
then baru cabut balik KL
smp umah dkt kul 9pm
mana taknya...
singgah makan
singah solat

balik...bummmmmmmmmm...terus
kemas sikit2 beg nursery auni,beg baju ain
siapkan bekas susu...bekas sabun...
konon nak layan ABPBH
adaler tgk TV sat dlm 40minit
at last dah terrrrrrrrrbongkang dpn tv



ngantoknya...
onie lak bangun ntah berapa kali
mintak susu..mintak nak tido atas riba
ntah berapa kali..
pengsan..mama onie wat!!

nyaris aku x keja hr nih

tp
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tak mo ler ponteng...
rugi....


aku kena rajin..rajin...rajin...


dan makin rajin..rajin..rajin

nak kumpul duit..

nak simpan duit..

nak g jalan2..

nak g shopping2

nak g makan2..

papa dah bg greenlight nak g jejalan

perhaps this 28/5...

hurray...hurray!!

02 April, 2010

my mood today




nak tau kenapa??

sbbnya hari nih aku half day...

selalunya biler hari jumaat...hari paling MANDOM sepanjang minggu...
selain hari isnin...

tp rasanya macam the whole working day x best jer..huhuhu!!
tp aku amik half day sbb niat dihati nak bwk onie jupe paednya ptg nih d TAWAKAL..

sian sgt kat manja mama tuh...batuk2 lg..!!

mama selalu doa smg anak mama cepat sembuh!!

esok mungkin nak lari sat ke KUANTAN,tgk MIL yg warded di HTAA..

smg MIL ku cpt2 sembuh..

kasihan lak tgk papa..

nampak sgt dia susah hati...

01 April, 2010

dugaan kecil 2



refer to blog posting dugaan kecil
si auni kesayangan ku
masih belum fully recovered
drpd demamnya..batuknya & flunya..
complete package
yg buat mamanya sakit kepala gak
sbbnya tetiap malam onie akan meragam
dan hampir 3 malam onie batuk smp muntah2'
aiyokkk..sian anak manja mama...

hr nih antibiotik auni akan habis
kalo esok still d same
aku kena bawak onie ke twkal semula
jupe paednya..mungkin nak wat blood test..
harapnya takde lah smp situ..

aku bukannya suker g hospital
tp bila tgk keadaan onie
aku naik cuak jugak

even nursery infm dia x mo makan sgt
bubur yg aku masak..
poor onie...

dedikasi utk kesayanganku..
AUNI IRDINA BT ROSMADI


onie..cepat baik tau
mama nak bwk onie jalan2
mama nak onie jadi macam dulu
kuat makan macam masa onie sihat
mama nak onie golek2 lg macam selalu
mama x suker tgk onie x aktif
mama nak dgr onie gelak lg
mama nak anak mama yg dulu..
sihatlah sayang...


(onie senyum macam nih...)

kan comel......