Pages

16 October, 2008

MY TREASURE MOMENT

adilynn
--------------------------------------------------------------------------------
« my hectic lifE!just a note! »my treasure moment!


(aku paste pengalaman paling berharga ku yg takkan mampu aku tukar dgn apa jua yg ada didunia ini..melahirkan puteri sulungku AIN DARWISYAH)


Dah lama ingin aku kongsi kan pengalaman aku menjadi seorang ibu dlm blogku ini..Rupanya bukan mudah untuk jadi seorang ibu .Pengalaman mengandung sangat memberi 1001 kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

Dengan mabuk & loya sehingga hampir bulan ke 5..dengan berat badan yang jatuh mendadak..dengan bulan puasa yang tak larat aku harungi..Semuanya menjadi asam-garam permulaan aku disahkan mengandung anak yang sulung.Banyak ragamnya aku nih..menangis tak tentu pasal, sayu tak tentu hala..bila habis aje tempoh mabuk2 tuh aku mula kemaruk nak makan..Percaya @ tidak mengunyah ais batu jadi hobiku masa tu..tak kira siang tak kira malam..Aiskrim menjadi minat no 1 waktu tu..

Banyak lagi benda pelik yang tak pernah aku buat seumur hidup aku teringin nak buat.Salah-satunya teringin nak buat kuih karipap sendiri..tak mau yg beli..Dengan perut terboyot2 tu ler aku menguli tepung..masak inti kentang campur daging..at last jadi jugaklah rupa karipap..belasah tak ingat dunia..Perut ku yang besar waktu baru masuk 5 bulan, doktor suspect aku dpt twin…dalam hati happy pun ada takut pun ada risau pun ada…tp sangkaan dr meleset,hanya 1 aje dlm kandungan ku waktu itu..hehehe..aku tak pnh culas pg regular check-up wpun perit tiap kali pg check-up mesti kena check darah check urine..lecehlah!!

So masa ttp berjalan..Jangkaan aku utk aku delivery actually 17hb May 2006..On 3rd May aku ke KLIA menghantar ibu ku yg akan menunaikan UMRAH waktu itu..Smp di KLIA rasa macam ada air yg keluar tp aku buat dek aje sbb macam sikit sgt yg keluar tp ianya kerap..Ia berlarutan sehinggalah malam 6hb May, bila aku mula rasa sakit..At the same time mak aku tel drpd Mekah, bila aku beritahu keadaan ku waktu itu..Katanya "dulu masa mak nak lahirkan kau, macam tu jugak..baik cepat2 pg hospital"So dah naik cuak, malam tuh dgn tak makan apa pun aku ke Hospital,smp aje hospital doktor check..mmg water beg dah leaking..Kira2 dkt 4 hr dah leaking.Punyalah jahil waktu tu..Kata doktor baby dah takleh nak move sgt sbb air ketuban hampir kering.So by hook or by crook next morning kena induce..Sedihnya aku waktu tu memikirkan mak yg jauh kat Mekah sana..

By 7am keesokannya..doktor mula induce dgn memasukkan ubat dlm rahimku.Aku dah mula sakit dalam pukul 8am,SELANG 15M contraction…Barulah tau langit tu tinggi ke rendah..Pukul 2pm nurse dtg nak check jalan dah buka berapa cm rupanya baru 1cm..aku dah berguling sgt2 atas katil..punyalah sakit rupanya baru 1cm.By 3pm dr induce kali ke2 .That time makan pun tak lalu..sakitnya hanya ALLAH yang tau..nangis je keja waktu tu..Ada takde pun benda yang aku nak makan waktu itu hanyalah kek coklat yg hubby aku belikan..

Berlarutan sakit kontraksiku itu sehinggalah 8.30mlm..water bag aku pecah..basah seluruh katil..panik takleh kiralah waktu itu..Pggl nurse , bila diperiksa jalan baru 3cm..Nurse paksa berjalan seluruh ward.dgn tenaga yang tak seberapa, dgn kontraksi yang rasanya selang 5minit aku berpaut pada dinding untuk berjalan..sakitnya bukan mainan.

Midnight by 12pm barulah jalan bukak sebanyak 5cm.Aku dgn dibantu nurse bertugas mengemas baju baby, pampers dia & keprluan lain utk dibawa turun ke labour room.Masa nilah kesakitan ku tak boleh dibendung, hinggakan atas stretcher pun aku rasa macam nak berguling..

Dlm labour room, nurse mula drip air amik baby punya heartbeat..aku tak putus2 mengucap..melihatkan wajah tenang suamiku..buat aku lagi sayu..tiba2 dgr nurse bgtau fully 10cm.aku diminta mula meneran dgn bantuan nurse & suamiku ketika itu..tp mengenangkan tenaga yang tak ada disebabkan tak makan..susah jugak..nurse terpaksa menjalankan proses episotomi..kali ke 4 meneran barulah baby keluar..tp kenapa takde bunyi bayi menangis yek??sedihnya…aku takut apa2 tjadi pd anakku ketika itu…tak lama kemudian barulah dgr suara halusnya yang menangis kuat..Rupanya anakku perempuan, bukan spt dlm scan yg dr beritahu kononnya aku bakal menerima anak lelaki..

tepat 1.49am lahirlah buah hatiku itu..dia tertidur pulas..bagai tersenyum.dgn rambut lebat, putih melepak..takku sangka itu anakku yang aku namakan AIN DARWISYAH iaitu BERMAKSUD "mata ahli sufI".Semoga anakku akan selalu menyejukkan mataku dgn tingkahlakunya..semoga anakku berjaya dunia mahupun di akhirat!Amin..


This entry was posted on Tuesday, July 8th, 2008 at 8:02 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed. Edit this entry.

One Response to “my treasure moment!”
zaharah Says:

July 8th, 2008 at 10:36 pm edit

kak lyn, mmg sakit bersalin kalau induce. aku pun kena time 1st baby sbb darah tinggi. 7hb, 9 pm, dh msk air. 8hb, kul 10 pg, br bukak 1 cm, kul 12, 2 cm. kul 3, 3 cm. swo, doktor tmbh dos. kul 6, 6 cm. msk labour room. kul 10.10 pm, br najwan selamat dilahirkan. (8 okt 2004). then, ckp psl anak sakit kan, aku pernah bwk najwan pi klinik kul 1 pg sbb temp dh naik 39.7′c..hehehehehe.

Leave a Reply
Logged in as adi-lynn. Log out »





--------------------------------------------------------------------------------


Entries (RSS) and Comments (RSS).

No comments: