18 December, 2023

Untuk Kak Ain,anak mama

 Sungguhlah,tahun ni memang tahun kami sbg mak pak rasa teruji sangat.Tahun ni pertama kali kami melalui pengalaman anak sulung kami yang bakal menduduki SPM.

Walaupun nampak macam mak pak cool sebenarya kami sama susah hati mengingatkan anak sulung kami yang akan menduduki SPM Jan 2024 ni.

Memang kami tak pernah letak sekian2 target untuk Ain.Dok pesan sama Ain,SPM ni bukan penentu masa depan tetapi segalanya bermula dengan SPM.

Jika result SPM baik,ada peluang untuk Ain sambung study tinggi lagi.Mama x harap pun Ain dapat straight A'S-yang penting result SPM tu melayakkan Ain sambung Matrik atau pun Diploma UITM jadiklah.

Being parents,aku takmo strict sgt dgn anak.Aku hanya bg guideline-jika Ain nak itu-Ain kena buat ini.Kita kena lebih realistik dengan anak2 skrg.Depa skrg hidup dengan dunia dihujung jari,dah pandai berkawan,dah pandai secret2 dengan mama.Aku xmo jadi over protective,xmo guna kuasa veto-kalo boleh nak anak tu willing sendiri nak belajar,nak usaha sekuat mungkin.Doa ajelah tak putus2 untuk anak tu.Semoga Allah swt pelihara anak kami,dipermudahkan urusannya,diberi kebaikan buatnya dunia & akhirat.
Aamiin ya rabbal alamin.

Utk Ain,anak kesayangan mama,papa.Apa pun result Ain produce SPM nanti,mama papa akan raikan.Jika keputusan tak sebaik mana sekalipun,mama akan bersama  Ain untuk masa depan Ain.Kita usahalah apa sahaja asalkan Ain mahu belajar.Mama Papa jika perlu bergolok bergadai sekalipun,sanggup.Tiada ibubapa yang taknak tengok anaknya berjaya.Samalah jugak dengan kami.Jika kamu berjaya,mama papa tumpang gembira.Kami x dpt apapun jika kamu berjaya nak,sebab kemanisan kejayaan kamu solely untuk diri kamu.Kamu akan ada kerjaya yang baik,bertemu jodoh,membina keluarga kamu suatu hari nanti.

Semoga kamu bertahan menepis angin pitung beliung SPM 2023/24 ni.Walau apa keadaanpun yakinlah bahawa usaha takkan mengkhianati hasil.Insyaallah.

Sehingga itu,percayalah doa mama,doa papa tak pernah luput untuk kamu adik beradik.Mama melahirkan kamu dengan besar harapan semoga kamu jadi contoh tauladan buat adik2 kelak.

Sayang kamu lillahitaala.










No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...