13 December, 2023

Random ; 2023

 2 minggu lagi kita bakal menginjakkan kaki ke tahun baru iaitu Tahun 2024
Aku tak tau bila last sekali aku review,relook apa yang aku dah lalui sepanjang tahun
Mungkin 5 tahun lepas aku super bz
Aku xde banyak masa nak menulis apa yang aku lalui

2023 aku boleh simpulkan sebagai tahun smooth sailing dalam kerjayaku,dan tahun ujian sbg anak
Kerjayaku alhamdulillah,aku rasa aku dah capai milestone yang aku harapkan
Aku dulu berangan worklife balance,ada masa utk keluarga serta weekend yang tak payah pikir hal kerja
Alhamdulillah bab tu memang aku bersyukur sgt2,Allah swt makbulkan doaku yang satu itu.

Urusan anak2,tahun ni tahun tempias berperang dengan Ain yang akan menduduki SPM.Tahun ni jugak duit mengalir macam air paip,susah betul nak menyimpan.Banyak betul perbelanjaan luar jangka dari awal Jan-Dec'2023.Pelan menyimpan aku memang ke laut dalam setakat ini.

Nak kata aku boros untuk diri sendiri,rasanya tak,Tapi lebih peghabis duit melawat anak2 di asrama,peghabis duit ganti barang2 anak yang hilang-bayar duit tuisyen Ain yang ratus2 harganya.Belum lg top up duit untuk rumah bilamana  en papa short sana-sini.Itulah resminya rumahtangga kan,kenalah hadap walaupun duitnya nan hado.

Aku dok berharap tahun 2024,kewangan lebih stabil-boleh selit2 menyimpan duit untuk anak2,boleh berjalan jauh sikit bawak anak2 berjalan.Boleh belanja mak,adik2 bila ada rezeki lebih.

Tahun ni berjaya bawak anak2 bercuti ke Pulau Pangkor.Bagi aku habis hebat dah ni sebab dekat 18 tahun kawin baru berjaya kesana wpun kampung arwah tok hanya di Setiawan :)Anak2 enjoy the trips-itu yang paling penting.Duit kita boleh cari tapi memori tu priceless yea.

Hidup sbg aku -self independent.Aku dari dahulu tak reti nak mintak itu-ini.Aku sejenis manusia yang self reliance,nak apa cari sendiri.Tak reti smp ke sudah nak mintak en papa itu-ini.Duit gaji en papa pun smp sudah aku x tau berapa.Sejenis kisah pun idok.Dia bagi duit aku amik,berapapun aku amik.Tak pernah tanya kenapa banyak ni,kenapa sikit ni.Syukur ajelah apa yang dapat.Sbb tak suka rasa meminta2 tu.Aku pulun buat dropship jual tudung.Aku buatlah apa sahaja asalkan aku ada duit tepi buat minum kopi.Sekarang tgh sawan steamboat -ada plak geng kuat makan.Sapa lagi si Ecah lah kawan lama masa kat Uni dulu.Lagilah ligat cari duit tepi,nak g steamboat sebulan sekali kekdahnya.Jupe Ecah sebenarnya terapi untuk aku,dia lah kawan sahabat susah senang 20 tahun lamanya.

Di usia aku yang ke 44 tahun aku lebih merasakan malas nak amik tau sangat-malas nak beria sangat-malas nak beria2 sangat.Aku dah sampai peak being whatever you're comfortable with.Don't try harder.Cukuplah mensia2kan masa muda mengadap macam2 drama kehidupan.Dah tua2 ni hiduplah tenang2 aje.Yang penting hiduplah secara bermaruah,cari rezeki yang halal & jangan menyusahkan orang lain.Khalas!

So marilah teruskan kehidupan selagi nyawa masih dibadan-cari amal baik buat bekal diakhirat kelak.

Rindu anak2 dara masa kecik ni :(







No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...