06 December, 2023

Being boss @ 44 y/o

Aku as usual
Blog ni sendiri taip sendiri baca
Tetiba terbaca semula blog post pasal ex-boss ku 
Katik the katak😉 
The most annoyed boss ever

Aku dah lama meninggalkan keja based KPI tu.
Rasanya sejak  Dec 2014
And then aku join Department lain Feb 2015
Aku break lebih kurang 2 bulan
Aku dengan previous department lebih kurang +- 9 tahun
Lepas tu aku jump new place
Alhamdulillah di usia 44 tahun ni
Aku dah berada ditahap sekarang
Merasa ada anak buah yang perlu dijaga

Betapa kadang2 tak percaya
Rezeki Allah swt bagi tak diduga
Tapi aku banyak munasabah
Big power comes with big responsibility

Aku taknak jadi boss yang anak buah maki carut dibelakang
Aku taknak jadi Boss kurang empathy macam si Katik
Aku berusaha didik jadi Boss yang lebih "human touch"
Aku ada anak buah yang ada anak kecil
Yang mudah jatuh sakit
Jd ibunya selalu amik EL jaga anak sakit
Aku bagitau dia jika cuti dia dah habis
Amiklah MC-at least ada dokumen.
Tak kisahlah apa cara pun
Aku leh ttp mata sebelah asalkan terus terang dengan aku
Cuti saya dah habis Puan
Saya amik MC..kalo potong gaji apa yang tinggal.

Staff nak g Pregnancy check-up
Aku paham sgt g check up ni lagi g KK
Berjam2 lamanya
Aku allowed URL 1/2 day
Sbb apa,sbb aku dulu spt itu
Time off diberi hanya 2-3 jam
Nak menyampai ke pejabat semula
Termengah2 dengan perut yang membesar
Alasan Katik-itu masalah awak,mengandung bukan penyakit..vavik sgt

Aku taknak staff aku bekerja dengan tekanan
Bekerja sendiri dah cukup stress
Apatah lagi nak mengadap isu bossy boss
Aku paham sebab aku seorang ibu yang bekerja
Beban ibu bekerja ni hanya Allah swt aje yang tau.
Takyahlah propa argue sebab2 seorang perempuan tu kena bekerja sbb kita tak duduk ditempat dia
Kita tak tau apa life goal dia
Adakah dia bekerja sekadar suka2 sbb nak beli emas atau handbeg berjenama?
Atau dia memang perlu bekerja kerana komitmen yang sedia ada?Kita tak tau kan..

Aku tetaplah menyokong mana2 ibu yang bekerja
Aku percaya rezeki dari ALLAH swt tp tetaplah kena usaha
Dalam keadaan skrg wajiblah isteri ada duit sendiri
Kalo bukan untuk bayar komitmen sekalipun 
Cukuplah buat simpanan keluarga waktu kecemasan
Kita takde duit,malu kan nak pinjam2 orang.
At least ada duit sendiri,kita rasa self reliance tu lain
Kita tak harap duit pada suami yang mungkin jugak suami pun cukup2 makan jugak nak menyara keluarga.
Aku tak nampak pun antara aku & kawan2 yang sama bekerja ni ego sebab ada duit sendiri tapi aku melihatkan kemandirian seorang ibu itu bila dia bekerja,dalam masa yang sama membantu kelangsungan hidup berkeluarga.

Yang tak bekerja -mereka yang bergelar suri rumah tangga,itu pilihan masing2.Aku hormati pilihan masing2.Kita kena saling hormat-menghormati dan jalankan peranan masing2 tanpa mendabik dada-saya jaga anak 24/7,anak didepan mata.That's true.tak salah pun statement tu.Ibu yang bekerja ni mungkin kurang bahagian masa ttp tidaklah mengenepikan terus peranan kami sebagai seorang ibu.Kami ttp ibu,balik menjalankan tanggungjawab sbg isteri & ibu,Memasak,mengemas,membasuh baju,meladeni anak-tengok homework anak,segalanya utk keluarga bila selesai tugas hakiki dipejabat.

Point aku disini adalah being empathy,jadi boss yang lebih memahami dan dalam masa yang sama make sure keja yang ada disiapkan mengikut jadual.Ajar anak buah bekerja secara efisien dan mengimbangkan kerjaya dan keluarga.Motto hidup aku sbg ibu yang bekerja-Family always comes first,Tapi kerja tetap buat,jangan sampai menyusahkan orang lain nak take over keja kita.Nak cuti,silakan.Nak healing punch out awal-silakan.Nak MC-silakan.Tapi balik keja nanti pelan2lah hadap keja kita bagi siap elok supaya memudahkan urusan kerja orang lain lebih2 lagi jika kerja kita melibatkan orang lain.Aku takde grup whatsapp department-dan aku x bercadang pun nak buat.Apa2 anak buah nak tanya diorang leh dtg jupe aku.Jika ada keperluan mendesak barulah diorang call/whatsapp aku terus.Weekend bermula Jumaat ptg selepas waktu kerja-aku elakkan segala urusan pertanyaan kerja pada anak buah.Unless ada majlis rasmi diluar waktu pejabat.

Pengalaman pahit dahulu ketika bergelar orang bawahan mematangkan aku.Treat staff better,they will stay longer.Semoga amanah diberikan dijalankan dengan penuh tanggungjawab & dipermudahkan urusanku sehinggalah tiba masa bersara nanti.16 tahun lagi insyaallah jika panjang umurku.












No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...