Sabtu lepas aku & suami beserta anak2 menghantar Kak Ain pulang ke asramanya semula di Alor Setar.
Tepat 7.11am dari Puchong-kami selamat sampai ke bumi Kedah pkl 2.30pm.Kebulur memasing-terus ke Aman Central sbb kebetulan perlu cari kedai gadget untuk beli charger head charger handphone baru Ain.
Terpaksalah juga beli handphone baru sebab susah dia tanpa handphone ni.
Sampai aje ke AC-kami carik makan dulu.Makan kat The Chicken Rice Shop sahaja sbb Affan sgt picky.Makanya Nasi Ayam ni makanan selamat jika nak paksa dia makan or else dia rela berlapar tanpa makan.Affan hanya makan nasi yang ada rasa,Contoh nasi lemak,nasi goreng,nasi ayam.Pasta pun hanya makan Carbonara shj.Walau begitu picky-Affan tetap membesar bagai johan.Tinggi tak serupa dgn rakan sebaya lain.
Dah sudah makan-teruslah memusing cari Kedai Gadget-mujurlah jupe yang dihajati.Sedar2 tak sedar jam dah 5.15pm/Melompatlah kami sebab Ain kena masuk asrama sblm 6pm.
Smp asrama Ain pkl 5.45pm itupun sebab salah jalan.Hantar Ain dengan 1001 nasihat.Sebak rasa hati sebab Ain bakal menduduki Amali Fizik esok,dan kami jauh disini.Sedih weiiii...acik emo betul.
Kami bergegas ke Hotel Grand Crystal-kami book kat Agoda shj dengan harga RM92.Jadikler-biliknya besar jugak.Ada breakfast.Malangnya xleh access pool sbb under mauntenance katanya.Mengamoklah dak Affan :(
Esoknya bangun Subuh & terus bersiap.Makan sarapan di hotel & terus bergegas balik.Singgah Taiping umah Uncle Mit & singgah RNR Tapah untuk makan & solat,
Smp KL singgah umah Cik Nee plak-belikan dia mihun goreng & dia makan ubat.Barulah balik ke rumah.Smp umah kami ngam2 azan Maghrib.
Walaupun balik KL miskin 600-700,redhalah mak pak oiiii..Asalkan anak selamat sampai asrama,kita pun senang hati nak tinggal dia.
Insyaallah,ada 2 lagi trip berulang ke Alor Setar-dimana hari 1 Kak Ain menduduki SPM ujian bertulis & juga hari terakhir untuk bawak balik segala barang dia selama hampir 2 tahun diasrama.
Jadi kami plan cuti awal2 & bajet apa yang patut spy tak sangkut bajet/komitmen yang lain.T20 atas pagar dengan 4 orang anak2 yang menetap di Selangor tak kaya ye gais...miskin jugak.Cukup2 aje hidup nak menyampai ke gaji akan datang.
Kami golongan yang x dapat apa2 bantuan STR/Rahmah dsbgnya-taxpayer yang nak mintak refund pun masih x dpt 100% refund -kami yang kadang2 bercatu jugak nak itu atau ini.
Kami laki bini pakai kereta tempatan sahaja,masih serve hutang rumah dan belanja hari2 pun menyesakkan.Barang mentah yang naik harga,belanja runcit yang dulu ya hanya RM80 seminggu dah jadi RM 120 seminggu,Belum lagi kenaikan bahan asas yang lain.Dulu shopping barang kering sabun2 untuk sebulan baru RM 350-sekarang RM 450-500 sebulan.Lebih lagi pun ada.Tapi tu lah merungut pun x de solution,akhirnya berjimatlah selagi boleh.Kadang2 x tau jugak nak berjimat dimana,masaknya hari2 tapi tetaplah x kaya2..hahahhahaa..
Hari ini dapat claim EMadani--ececehhh..rasa macam dapat claim RM 1000..almaklumlah x pernah merasa duit gomen bagi sesaja ni.Rasa macam habis kayolah RM 100 tu.Rasa nak beli lipstick-last sekali beli lipstick raya tempohari.Sadis sungguhlah weii 😄Apapun TQ PMX.Merasa jugak orang macam saya merasa duit gomen bagi.
Apapun syukur alhamdulillah,apa rezeki yang kita dapat wajiblah kita syukuri kerana Allah swt dah janji bila kita bersyukur dengan apa adanya,nescaya Allah swt tambah lagi nikmatnya,
No comments:
Post a Comment