Pages

20 July, 2016

Squishy-apa ke menatang ni?

Aku rasa dari tahun lepas kot si Ain dok gila menatang Squishy ni
Siap belajar buat sendiri thru youtube
Aku memang tak amik port sgt
Sebab tau si Ain ni ada perangai suka mengikut2
Orang suka dia pun suka

Pastu satu hari aku pun google kat youtube
Tengok apa benda alah yang disebut pagi petang siang malam tu
Mak aikhhhh macam sponge aje kot
Cuma banyak corak,jenis & colourful
Saaaakit!!

Dan kegilaan si Ain
Dia beratib 24/7 nak pegi kedai jual Squishy
Dan the best thing
Dia yang carikan alamat kedai & paksa papa dia bawak dia kesana
Masyaallah!!
2x pengsan

Anak punya pasal
Kami laki bini setujulah ke sana
Nun dari Puchong ke Wangsa Walk demi melayan minat anak

*inilah nama kedainya- letak kat Tingkat 1



*deretan segala mak nenek squishy


*sesi bertafakur tgk mana satu yang cantik dimata dan cantik dipoket

*si Auni apa kakak suka dia pun harus suka jugak!pengsan mama!

Dekat 40 minit dalam kedai
Akhirnya selamat jua memilih & membeli dgn jayanya dengan ayat terakhir dari Ain-nanti bulan depan papa bawak pg sini lagi boleh?

Range rega mahal sikit bagi aku kot
Mungkin sbb barang ni imported
Tapi utk gegirl mmg suka sgt
Sbb so pinky2..

Ada lagi satu benda yang si Ain dok sebut2
SLIME..ini lagi buat mak ko sakit kepala!


No comments: