Pages

21 July, 2016

Episod Rotavirus itu sangat menyeramkan ok.

Isnin hantar Adeeb ke taska macam biasa
Smp taska cikgu whatsapp kata Adeeb muntah2 menyembur
Sampai 5x muntahnya

Aku masih bertahan
Sebab aku ingat mungkin sebab angin Adeeb muntah
Tapi bila cikgu asik whatsapp bagitau keadaan Adeeb
Aku dah tak sedap hati
Cabut balik 12:30 tghr

Bawak Adeeb ke klinik putrajaya
Jupe doktor,doktor terus terangkan tentang "Rotavirus"
Doktor bagi ubat demam & ORS
sebab doktor kata takde ubat untuk Rotavirus
Hanya make sure Adeeb minum banyak sangat untuk mengelakkan dia dehidrasi

*Adeeb tengah melepek atas riba mama sebelum jupe Doktor.

Balik dari Klinik,dalam keta menyembur muntah lagi
Dia merengek nauzubillah
Makan takmo
Minum tak berapa sgt
Aku mmg stop susu dia serta merta

*melepek sangat masa ni

Hari ke2 baru start cirit birit
Aku dah standby bagi makan probiotik
Mujur 2x aje episod cirit biritnya
Muntah stop hari ke 2
Makan pun dah mau sikit2
Aku sambung cuti jaga Adeeb kat rumah
Monitor makan minum dia

*ini masa hari kedua,makan biskut 5 keping pukul 4:30am

Hari ke 3
Muntah totally stop
Dan cirit 1x waktu pagi
Susu masih stop lagik
Malam mmg totally takde apa yang perlu aku risaukan

Hari ke 4
Alhamdulillah..aku dah hantar Adeeb ke taska bila aku tgk dia ok-x muntah & x cirit
Demam pun dah settle.

Hari ke 5
Petangnya cikgu bagitau Adeeb cirit lagik
Aiyokhh..mujur dah hari jumaat..aku still on probiotik utk Adeeb
Mujur dia takde masalah makan & minum

Hari ke 6
Baru betul2 settle..demam settle
Muntah settle
Cirit pun settle

Sujud syukur mak ko Adeeb!

Takde yang lebih membahgiakan seorang ibu tengok anaknya sihat sejahtera..






No comments: