Pages

04 August, 2016

Emas online..1st time!

Katalah aku apa sahaja
Bukan semua benda aku shopping online
Aku ni bukanlah jenis kirai duit
Nak shopping memanjang
Setakat beli kain baju,pinggan mangkuk @ buku tu selalulah aku beli online
Lagi2 dari Lazada tu
Beli emas memang tak pernahlah


Tapi since bulan posa hari tu
Aku terjumpa seorang rakan fb yang jual @ menjadi reseller emas 916
Aku pun start pm dia tanya
Sebab tgk harga segram tak mahal macam yang jual kat kedai

Entah kenapa kali ni aku teringin nak beli emas
Kalo sesiapa yang kenal aku
Sure diorang tau yang aku jenis tak pakai emas
Ada takde cincin nikah dulu
Itupun pakai sebentuk shj
Buat signal-im married!!hahahha!!

Since ada duit sikit
So dari dok kat tangan aku dan habis menyopping kat Lazada
Baiklah aku bekukan duit tu dalam bentuk emas
Sesak2 blh jugak aku g Ar Rahnu..

Berbalik pada cerita emas tadi
Setelah deal berjalan tak smp beberapa jam
Aku pun lock satu rantai tangan bajet dengan adik tu
Jumaat deal,Ahad aku g amik barang tu
Yang aku suka ianya ada konsep COD
Security pada buyer sebab kalo guna sistem pos,buyer yang kena tanggung risiko.
Unless korang orang duit banyak,tak kisah ttg duit abis barang hilang..itu lain ceritanya.


Rupanya ada kedai di Axis Fiesta Ampang
At least rasa secured jugaklah sbb ada kedai fizikal macam ni
Walaupun deal segala bagai thru online shj

So since pembelian pertama melalui online ni sukses
Aku rasa bermula hari tu,aku akan start kumpul beli emas
Biarlah tak besar mana,at least ada yang berjaya disimpan dalam bentuk emas daripada simpan bentuk tunai yang sangat liquid.

Aku rasa orang pompuan yang tak berapa nak pandai simpan duit
So sila beli emas dari membazir beli tudung beratus ringgit,kasut berpuluh pasang,handbeg beribu ringgit
Emas selalu jadi option terbaik utk freeze duit kita
Emas sentiasa naik harganya
Kalo turun pun tak turun mendadak
Tak caya..sila baca tentang value emas
Jarang sangat turun harga!
Dari zaman 2005 rega emas dalam RM47-50 segram..sekarang rega emas dah RM190 segram
Makanya..sila percaya!






2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

cô hàng xóm said...

Kinh nguyệt không đều, rong kinh là những triệu chứng thường gặp ở chị em phụ nữ. Những chứng bệnh này vừa khiến cho cuộc sống của chị em bị xáo trộn vừa có nguy cơ ảnh hưởng đến sức khỏe sinh sản nên cần được khám chữa càng sớm càng tốt.