Pages

17 July, 2016

Sahabat terbaik itu

Kawan memang ramai
Tapi sahabat itu 1 dalam 1000
Cukup susah nak retain seseorang dalam hidup kita
Tapi dia ni memang special



Inilah sahabat aku
Namanya Husna Abdullah 
Orang Kb,Kelantan.
Aku dah berkawan dengan dia dekat 20 tahun
Sanggup datang jengok aku waktu raya baru ni kat Dungun

Orang yang selalu faham siapanya aku
Yang berkongsi kisah suka & duka
Yang jadi tukang karut bila aku sedih
Dan selalu ada bila aku perlukan dia

Tahun ni Husna & family bakal jadi tetamu Allah
Seronoknya dengar..cerita orang muda nak buat ibadah Haji
Aku doakan semoga ko beroleh Haji yang  mabrur,diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan.

Husna,
Kalo mu telek blog aku ni
Aku nak bagitau mu,aku sayang sangat ke mu..
Semoga segala yang terbaik Allah beri untuk mu & family
Ameen ya rabbal alamin.




No comments: