Pages

06 August, 2014

MC Donalds & aku

Aku terpanggil nak buat entry ini
Sebab sedang hangat sangat kempen boikot makan McD dan seumpamanya
Malah McD jadi keyword panas sejak akhir2 ini

Aku membesar di KL
zaman remaja mmg pantang outing aje
Akan cari McD sbg tpt makan
Masa tuh value meal baru RM4.99
Dan aku peminat tegar MC Chicken
 & Double Cheese Burger
Tak lupa jugak Choc Sundae makan sama french fries
Heaven sungguh masa tuh!

Back 1995-1996
Zaman budak2 rajin melepak kat McD
Lebih2 lagi Jln Silang & depan CM
Lagi2 hari Jumaat,mmg ramai student kat situ
McD jadi medan bersosial rasanya dulu
Zaman dulu mana ada fb yea..

Even pekerjaan pertama yang aku buat pas SPM
Adalah jadi cashier kat Mc D Jln Bukit Bintang
Dekat T JUNCTION Lot 10 corner tuh
Punyalah teruk keja
Kalah hamba abdi
Tapi still seronok
Sbb makan free,kawan ramai
Masa tuh gaji bukan banyak mana pun
Tp still hadap jugak g keja

Aku tau masing2 sedang berkobar2 dgn isu boikot
Jadi macam dosa besar sgt kalo makan McD skrg nih


Cuma biarlah boikot cara berhemah
Jgnlah sampai huru-harakan premis mcD
Macam yang terjadi di premis Dungun baru2 nih
Itu kebodohan melampau namanya

McD still bagi impact dalam dunia remaja aku
Wpun baru memulakan kempen boikot kerana terkesan dgn kemusnahan Gaza
Tapi jauh di sudut hati
Ada rasa simpati pada para pekerja mcD yang betul2 bekerja utk cari rezeki halal
Semoga Allah permudahkan serba serbi


Boikot ttp boikot
Biar cara berhemah & bertatasusila
Dan mentarbiah anak2
Adalah cabaran paling getir setakat ini
Terutamanya Auni
Dia paling suker makan McD
Terutamanya breakfast set
Tp still,kena usaha & offer alternatif

Moga2 berjaya & istiqomah hdknya!



3 comments:

norey said...

aku setuju dengan pendapat mung....malu aku kes kat dungun tu...agak² la....

Nor Akma said...

woooo. mcd CM. kenangan masa muda tu kak ;)

Nor Akma said...

woooo. mcd CM. kenangan masa muda tu kak ;)