Pages

22 August, 2014

Black Friday #mh17

Sbg pengguna tegar public transport
Boleh nampak rata2 public mengenakan pakaian berwarna hitam
Solidariti bagi mangsa mh17 yg dibawa pulang pagi nih

Tiada kata yg dapat digambarkan
Betapa sakitnya ujian ini
Terutamanya kepada immediate family members

Pergi mereka dihantar dgn lambaian,semoga perjalanan selamat pergi & balik
Siapa sangka begini pengakhirannya

Kedudukan rumah aku
Yg berdekatan dengan highway ke KLIA
Nampak jln mula sibuk pagi nih
Dah seminggu tgk raptai kereta jenazah lalu lalang
Tumpang sayu jer rasa hati!

Semoga dipermudahkan semua urusan hari ni
Dan semoga Allah ampunkan dosa mereka & letakkan roh mereka bersama org2 yg beriman.
Amin...


Welcome home #mh17



No comments: