Pages

24 July, 2014

Garisan penamat!

Ada rasa sayu
Bila Ramadhan akan berakhir
Beberapa hari lagi
Ada sedikit rasa
Takut tak sempat ketemu Ramadhan tahun hadapan
Ajal maut ketentuan Allah
Mana tau esok-lusa dipanggil dia

Ada rasa happy
Melihatkan keterujaan anak2
Nak menyambut raya
Anak2 itu
Apa yang dia tahu
Selain seronok raya,dah tak payah puasa
Boleh bergumpal dengan sepupu-sepapat
Seronok nak balik kampung katanya

Ada rasa sebak dalam dada
Teringatkan arwah ayah yang telah terlalu lama pergi
Teringatkan arwah mak & ayah mertua yang baik hati 
Al fatihah utk kesemua yang telah tiada
Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh mereka

Ada rasa cuak 
Baju raya hantar kat tailor
Tak tau ntah siap atau tidak
Dan sedang berkira2 nak meredah lautan manusia utk last minute goodies nak bawak balik kg esok
Dan memikirkan nak meredah kesesakan jalanraya nak balik Terengganu
Allahuakhbar!!

Berdoa yang baik2
Berharap yang baik2
Semoga permulaan Ramadhan yang baik akan diakhiri dengan pengakhiran yang baik jua

Untuk mereka yang bakal meredah perjalanan jauh
Semoga selamat sampai ke destinasi
Standby air minum + makanan utk anak2 takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya-mana tau budak2 mengaruk lapar
Standby wet tissue,plastik muntah
Sgt membantu utk orang yang ada ank kecik macam aku nih..


Doakan moga si kecik nih tak mengaruk duk dalam keta lama2


1 comment:

Rohani Hashim said...

Kak lynnnn...
Saya dah gerak balik pg ni. Nanti saya hapdet trafik yer. Tapi rasanya ke ganu xlah seteruk ke kelate.

Selamat hari raya kaklynnn. Minta maaf banyak2 ye kaklynnn.

**nanti tempek gambar adeeb berbaju melayu yer**