Kalo tak masak sendiri
Aku mesti g makan umah mak
Takpun weekdays aku g masjid besi bukak posa & stay sampai terawikh
Aku tak rajin pegi berbuka kat masjid sebelum nih
Sebab tak confident nak bawak budak kecik
Tak tau datang angin mana,tahun nih gatal nak g berbuka kat masjid
But pertama kali pegi
Rupanya seronok
Orang ramai duduk bersila sama keluarga
Lepak2 sambil tunggu azan
Makan-minum orang hidang depan mata
Selalunya utk berbuka
Ada makanan ringan
Biasanya kuih & air sejuk
Pas berbuka kena bergegas utk solat maghrib dulu
Maka-kalo sesiapa yang nak protokol sangat berhidang cantik2
Ini mungkin tak sesuai utk anda
Aku?
Belasah aje,aku takde pantang-larang
Nama pun free,jangan cerewet
Aku suker g Masjid Besi Putrajaya nih aka masjid sultan Mizan
Tempat luas
Ada playground utk kanak2
Dan view cantik
Playground nih mmg sesuai & alternatif mesra masjid
Letaknya kat kawasan ruang legar
Jauh sikit dari ruang solat
Maka takdelah kacau orang solat
Explore sana sini
Dan pas maghrib barulah ada heavy food
Selalunya nasikler
Menu macam2
Masyaallah
Murah rezeki makan kat masjid
Lauk mesti 2 jenis,sayur,buah2
Macam semalam rezeki kami
Ada nasi beriani lagi
Makan relax2 sementara tunggu waktu isyak & solat sunat terawikh pada yang mahu
Aku cakap terus-teranglah
Kalo tak pg masjid
Nama nak buat sendiri kat rumah
Memang tak ler
Nafsu nak tido tuh lebih
Sebab tuh suker nak g masjid
Teruja nak ikut terawikh macam jenaah lain
Selalunya tak susah sgt wpun ada anak kecik
Adeeb tido pas maghrib selalunya
Letak aje kat karpet solat,alas kain yang bawak dari rumah
Tidoler lena dia smp pas terawikh
Ain & Auni pandai bawak diri masing2
Apapun seronok sgt
Kalo tak bulan posa
Rasanya masjid takkan semeriah ini
Wallahuallam bswb!
No comments:
Post a Comment