Skip to main content

random 1234

pertama -
misi mencari/menjejak Jaja
dah berjaya semalam
nasib baik ada member yang dapatkan no telnya
malang sekali bila tel semalam
dia bagitau ada 2jam lagi sebelum flightnya balik ke Sandakan
so mmg takde rezeki nak jupe

kedua
semalam aku meroyan dgn seorang baker
memang baker yang selalu aku order
kalo nak makan kek
nak telan brownies
carrot cakes walnutnya sgt sedap
red velvet memang terbaik
memang aku memang repeat buyerlah dgn dia
semalam aku call nak pick up cheese brownies
selama nih tak pernah pun dia mention pasal delivery charge bagai'
suddenly semalam dia kata dia nak caj delivery

aku sedikit sentap!
bukan sekali dua aku order dgn dia
rasanya berpuluh kotak kot aku order dgn dia dr thn lps
even bulan posa baru nih..order smp 21 kotak brownies

-ve thinking aku
of coslah aku rasa dia nih nak cekik darah
suddenly impose those charge
sedangkan sebelum nih x pernah charge apa2

kalo dr awal dia bagitau
ada caj penghantaran bagai
xdelah rasa ralat sgt -sbb kita sedia maklum
sedangkan aku hanya mintak dia hantar ke ERL shj
since rumah dia kat putrajaya jgk

ok..fine..smlm aku g collect sndr kat rumah dia
reason- sbb aku x nak bayar delivery charge tuh langsung
aku pun amik brownies utk kawan2
diorang pun bagi $$ ngam2 harga brownies tuh aje
takkan nak caj pada kawan2 plak..kesian plak!

next time
aku lak rasa tak nak dah order dgn dia
dia tak pandai nak jaga customer
tak pandai nak retain customer
aku betul2 terasa dgn cara dia
so better get other baker next time!
yang ada budi bahasa- yang mungkin lebih sedap air tangannya

ketiga
semalam aku pusing merata
semata2 nak membeli kuih raya
anak2 pulak ada makan2 jamuan raya pagi nih
susah jugak rupanya bila x beli kuih raya bulan posa baru nih
so tahun depan kena beli jugak kuih raya
supaya kanak2 ada kuih raya nak dibawak ke sekolah
last2 beli kek shj utk kanak2 itu
dah kuih raya pun mahal serupa rega kek kan..

keempat
kalo xde aral esok akan g Melaka,esok jugak akan ke Tangkak
nak jupe kawan lama
nak memenuhi undangan kawan2
doakan smg lohkong x melompat esok

hahahaha!!

sila bertabah dgn wife kamu yea,papa :))

Comments

Imaan09 said…
1..kawan sabahan ek? 2..mm, right time utk rasa bakers y lain 3..kt bangi ada 1 kedai ni jual kueh raya sepanjang taun.. 4..waaa..sampai melaka kak?! sy paling jauh beraya pun seremban takat ni..

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...