Skip to main content

HAPPY 3RD BIRTHDAY "AUNI IRDINA BT ROSMADI"

besday celebration in advance last 11/8/2012



kehadiran kamu sgt mama & papa nantikan
agak lewat kak ain dapat adik
dan kehadiran kamu saat mama baru shj mendapat kerja baru
mmg totally combo
new job & new addition in family

mengandungkan kamu
punya 1001 cerita
dgn mabuk sampai usia kamu 16 minggu
dgn allergic pada bau ikan,segala jenis ikan,even tgk ikan dalam akuarium pun mama loya bagai nak rak
mengandungkan kamu-mmg sejarah buat mama
mama tak suka masuk dapur
masak..jauh sekali..
dapur papa,mama & kak ain waktu itu di kedai thai
kesian papa kamu!!

saat menantikan kelahiran kamu
mama & papa berbelah bahagi
samada mahu melahirkan kamu secara normal @ tidak
akhirnya keputusan berpihak
pada option induce secara sukarela pada usia kamu 38 minggu
bilamana waktu itu sgt kritikal
dimana arwah tok ayah kamu sedang sakit tenat di HKL
genap usia kamu tak sampai 2 bulan arwah tok ayah meninggal dunia

kelahiran kamu tak sesusah @ selama sakit bersalinkan kak ain
segalanya Allah permudahkan
alhamdulillah...kamu anak yang begitu comel
kecik..halus..dan nyenyak sgt tidonya!!

namun Allah menguji kita
2 tahun pertama membesarkanmu
mama & papa menjadi penghuni setia wad pediatrik selang 3 bulan
kamu ada masalah paru2
kamu ada cold symtom allergy sejak usia dalam pantang

ada penyakit lelah
pneumonia 3x
acute brochitis 2x
viral fever 2x
HFMD 2x
otitis media

Allahuakhbar...hanya Allah yang tahu apa yang mama rasa
merata mama mencari penawar
dr semurah2 ubat sampai semahal2 ubat
akhirnya mama pasrah--tawakal pada Allah
smg Allah memberikan kesembuhan buat kamu

dan mama takkan jemu mencari penawar utk kamu
alhamdulillah..Allah uji kita..akhirnya
makin berkurang episod tinggal ward buat kita sekeluarga
kamu makin sihat

cuma kamu kena banyak berpantang itu & ini
dan mama minta maaf--
bila kamu menangis2 nak makan ice cream
tapi mama kata NO
bila kamu berguling2 nak berendam dalam kolam
mama still kata NO
suatu hari nanti kamu akan TAHU
apa jua yang mama lakukan demi kasih & sayang mama pada kamu

Ya ALLAH
tolong lindungi anakku
dunia & akhirat!!

Auni Irdina,
selamat hari jadi sayang
mama doakan kamu jadi anak yang solehah
berjaya dunia & akhirat

mama,papa & kak ain
sayang kamu sangat2!!

Comments

Suliana said…
Sdh plk entry ni.. Hepi bday again auni.. Smg sht selalu ye..

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...