Skip to main content

memasak = selamat + jimat

dalam mabuk2 pening lalat
tetap gagah masuk dapor ok
wpun masak sejenis
aku bantai tido semula
still memasak

bagi aku memasak x perlu skill sgt2
memasak perlu belajar trial & error
credit utk google
menu hari ke 16
semua aku google
dari macammana nak wat bihun spore
macammana nak wat ayam goreng berempah
dan yang terakhir cara nak buat agar2 lumut
wah!!!
hasilnya..boleh tahan ikut tekak aku



menu sempoi--day 16th Ramadhan



menu hari ke 17 lebih meriah
sbb badan dah bertambah baik
wat telur itik masak lemak
goreng kangkung air
gulai tempoyak faveret no wahid
nekbat kesukaan lohkong

menu carca marba--day 17 Ramadhan


hari ke 18 Ramadhan
aku kepenatan sikit
banyak yang lohkong tolong
dr merebus telur,kentang
siang sayur,siang udang
tq lohkong!!

kari telur
udang goreng kunyit
sayur kobis bunga + buncis tumis air
ikan selar goreng!
alhamdulillah!!
menu orang penat day 18th Ramadhan
semuanya demi misi
menjaga perut
spy tak membeli makanan yang mendatangkan mudarat
cukup2lah dgn pasar ramadhan

aku adalah taubat!!

biarler aku masak bodoh2 pun
asalkan kenyang
asalkan tahu kebersihannya
asalkan sedap ikut tekak sendiri
dan yang paling penting jimat $$$

kan???

Comments

Dr Singa said…
macamana orang dulu dulu tu tau lalat tu pening macam mana ek...??
Imaan09 said…
semalam saya pun xtau laa keracunan ke diracuni..haha.. gila dekat 10x ke toilet..rasa nak merangkak je..pas tu say NO to bazaar jugak
Ibu n Abah said…
Bravo lynn....
Mmg lebih berbaloi makan airtangan sendiri...

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...