Skip to main content

Barakah 20th Ramadhan

   semakin gemar berdoa utk kebaikan orang lain,
semakin mustajab doa kita
saat itu para malaikat turut berdoa utk kebaikan kita
allahhuakhbar!!


semalam hari yang sangat panjang rasanya
balik keja tak sempat masak
beli -order shj dr kedai Thai
konon2nya taknak sakit perut beli kat pasar Ramadhan
ini pun atas nasihat blogger jugak

sampai rumah sempat tanak nasi
bancuh air sirap cincau sejag
tak sampai 20minit dah azan
berbuka- minum air bergelen2
mmg style minum banyak gitu!!

lepas makan- maghrib- g amik baju yang siap tempah kat tailor
menjemur kain baju - barulah mandi
sudah mandi -kerahan kanak2 naik bilik-sbb aku nak melipat kain baju dkt hall atas

sambil layan Waris
tgk ada mesej whatsapp
macam familiar sgt2 nombornya
tapi tak leh nak recall

rupanya kawan lama sejak sekolah menengah
subhanallah!
rasa nak melompat jupe kawan lama..
its been 20 yrs --last jupe masa sblm kawin kot 9 thn lepas !

berborak bagai dlm Whatsapp
sambil maki-hamun membebel sbb lama x contact
kebetulan mmg nombor tel dia mmg hilang terus bila hp aku hilang dulu
mujurlah dia still simpan no aku
kemujuran lainnya aku masih tak bertukar hp number sejak berbelas tahun lamanya

inilah barakah Ramadhan
sedikit-sebanyak kita akan selalu terusik dgn Ramadhan
masa macam ni lah..mmg selalu kita akan teringat dgn kawan2 lama
mereka2 yang beriringan dgn diri kita
semasa zaman kanak2,zaman remaja & zaman kolej dulu
such a sweet moments!!

apapun semoga tali silaturrahim & muamalah kita
akan terus berpanjangan sehingga akhir hayat
Allah maha mengetahui
kadang2 kasih sayang seorang kawan
tak boleh kita ekspresi dgn kata2

dan kau tahu
aku selalu doa yang terbaik utk ko!

pls keep in touch babe
-u know who u are-

*meski beli kat restoran Thai- perut aku mula meragam tgh malam td membawa ke pagi--semoga tak melarat hdknya..sbb ptg nih nak g Jln TAR.doakan misi berjaya!!

Comments

Dr Singa said…
Waris?
cerita antu kan?
Imaan09 said…
uissshh..ada misi jalan TAR..apakah isi kandungan misi tersebut..??
bujal X said…
keh keh~~saya ingatkan tengah layan waris tu layan anak~~

*saya pun perut memulas~~ayam kfc yang pedas tu punya penangan~~haih~
Dr K said…
ya...allah dah janji ramadan ni..bulan penuh barakah....dan barakah itu dtg dlm pelbagai bentuk..

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...