15 October, 2011

dare to swim here ?

aku antara penggemar tegar waterfall
tp sejak beranak kecik tak berani nak bwk anak2 kesini
atas banyak faktor keselamatan
tggu ain & auni besar dulu nampaknya


aku paste gambar2 waterfall yang paling menakjubkan
sila tgk & ternganga
x tahu bila masa kita akan sampai kan..


sgt chantik !!

























hari ni akan ke Sogo
doakan aku x pengsan yek !!

muahahahahha

happy weekend peeps :-)

14 October, 2011

hanya utk anak :-)

semalam aku EL
auni doesnt look ok
batuk muntah2 --->> hanya slps 1 hari flu
and this paranoid mom ( aku ler tuh)
bring her to paed di tawakal hospital
gara2 x sanggup x tido malam dgr anak sakit ler nih  :-(

jupe paed..bagi ubat & amik stock singulair utk cairkan kahak auni
amik stok Flixotide & amik new appointment date baru
aku jugak amik Pneumococoal vaccine utk 24month-60month
at least kena ada 1 dos suntikan dr umur 2 tahun- 5 tahun
rega rm300 utk 1 suntikan
costly tp demi anak..apa shj kan..

pneumococoal vaccine is highly recommended untuk :

  • kanak2 dari berumur 2 bulan hingga 5 tahun
  • low immune system
  • tinggal di nursery / day care
  • yang tiada mengalami alahan ubat2 tertentu
kepentingannya :-

  • mencegah penyakit jangkitan telinga tengah
  • pneumonia, brochitis,lung infection
  • meningitis-radang otak
study proven its can  reduce the possibilities to get those illness but not 100% guaranteed- utk dpt penyakit still ada -itu mmg kuasa Allah kan.

apapun its good to take this vaccination for the baby onwards secara berkala

the schedule :-

2month- 24  month : 3 doses
24month-60month :  1 dos

cost :

kena survey ikut klinik/ hospital yang offer lah
tp harga lebih kurang rm280- rm300 selalunya


loves this picca very much

apapun demi anak
mereka shj harta aku yang paling berharga


smg auni cepat2 sembuh
mama sayang auni sgt2


* nak beranak sorang lagik tahun depan kena simpan duit kurang2 rm2000 utk vaksin yang tiada subsidi ni..bilalah kerajaan nak murah hati bagi subsidi 1/2 jadiler..

muahahahaha ...

12 October, 2011

tetiba berSEMANGAT kan ?

warehouse
CLICK FOR LARGER VIEW :-)

gara2 entry semalam
aku rasa mcm sgt sesuai utk aku berjalan2 cuci mata keringkan poket
di Sogo sabtu/ ahad ni

mana tahu kot tersangkut/ terberkenan dgn handbeg
kata lohkong

"nak tunggu smp bonus..harus terburai segala isi perut beg tuh"
"beli ajelah yang lain"

dengar tuh kawan2

aku aim 1 beg Bonia dari dulu

mmg sblm aku kawin mmg berkenan yang jenis tuh


apapun smg diperkenankan oleh en lohkong dahulu

ada sesiapa nak ikut aku merayap ke sogo hujung mggu ni?

jommmmm......sawan bersama2

11 October, 2011

another good reason to get a new tote bag ^_^

rupa yang x semenggah mana :-(



aku x tau apa masalah dgn beg ni
baru berusia 2 bulan
beli masa sales di Sembonia 70 % Alamanda
agaknya sbb beg murah
x tahan mana
tetas sana-sini


si auni yang dah pandai cakap
pagi2 ni
dia belek beg aku
dia sebut " mama, beg koyak lagi "
muahahahahha..


ko mmg anak mama, nunie..



dah ler x semenggah koyak lak tuh : \

 
boleh x bg separuh bonus hujung tahun utk mama ganti handbeg baru
kalo green light..mama sanggup heret beg nazak ini ke hulu- ke hilir 2 bulan lagik


lohkong , tapi kali ni kita beli yang tahan setahun dua..huhuhu

ayat x mo kuar duit sendirik
beg tangan kan jugak nafkah zahir dr suami
sila take notes :-)


- utk kawan2 yg x leh view picca..kindly leave comment yek..gara2 tempek gambar melalui dropbox application jer nih. tq in advance lalings :-)

10 October, 2011

Glory Beach Resort - just simply great :-)

sebagaimana entry mggu lepas
aku & family berjaya jugak ke GBR sabtu lepas
bagi aku GBR just awesome to accomodate your bored weekend
mmg best !

wpun hotel x segah mana *
but the services was tip top
with spacious & clean apartment provided
the beach scenery just outside our balcony
ini mmg more than expected
but GBR is recommended utk org marhaen macam aku
yg x biasa dilayan 5* ok
so kalo yg x biasa dgn 5* hotel mmg x sesuai pg sini
muahhahaa..

sila layan gambar dr Tabby aku yek

DSLR lohkong as usual..sgt slow nak transfer ke lappy


Pantai Tanjong Gemok- from our balcony


the dinner taken place here- antara satu lagi sbb akan ke PD semula..ikan jenahak bakar yg yummmeh!!!aku akan buat 1 entry utk restoran ini..tggu :-)


kanak2 riang ria yang x abis2 paksa mama & papa pg mandi kolam..mandi laut penakut hampeh!!


my lohkong- after breakfast buffet at coral restaurant


pool session--never ending session :-)


anak pekan takut pasir pantai..contoh terdekat si auni ..memanjang suh mama cuci kaki dia..haiii ler anak..she said "kotorler mama " ciss bedebah :-(


right after check out- bubye GBR


a good things about PD this time
kitorang ke PD x melalui highway PLUS
tp melalui KLIA-SEPANG-BUKIT PELANDOK- PD
it just take time about 40minutes driving
dan its save toll $

jalan x teruk pon
bertar ,cuma lengkang-lengkuk
serta dikelilingi estate kelapa sawit
scenery yang lain dr yang lain

anyhow with money & time spend here
its more than worth it

rasanya hujung tahun akan kesini lagik
mau paksa adik beradik join sekali
kata bonus kan..

huhuhuhu

x mo review pasal bajet 2012
ramai dah review kan
antara alasan wajib x nak review
sbb x boleh claim rm500 wang sara hidup dr govt tuh

sgt x sesuwei

hahahahahahha



07 October, 2011

" feeling free friday "


di hari jumaat yang mulia
di mulakan dgn pagi yang kelam- kabut
anak2 mula kembali ke nurseri/ kindy hari ni stlh papanya kembali bekerja pg ni
dlm nak keluar rumah cepat pukul 640am jugak baru masuk keta
mujur si auni x meragam wpun dah seminggu x ke nurseri

hari ni bekerja dgn senang hati
wpun keja x pernahnya habis
mungkin fenomena feeling free friday
dan mungkin jugak sbb hari ni balik keja pukul 4pm
atau mungkin jugak sbb x sabar nak streaming online tgk pembentangan bajet 2012
atau jugak sebab dah berjaya melantak pizza 2 keping pagi ni dgn jayanya
muahhahahaha

esok perancangannya akan bertolak ke PD
semoga x de aral melintang hdknya
anak2 sgt excited dgn baju renang baru yang papa diorang belikan
mak-pak lagi excited nak terjun laut dr mandi pool
smg cuaca baik2 hdknya

esok..kita wat review bajet berhemah kerajaan katanya tahun 2012
tgk apa yang PM nak bentang petang ni
kita senyum aje kalo terlibat
dan jangan lupa banyak2 bersyukur kan

apapun smg ada penambahbaikan dr tahun lepas
wpun tahun lepas sedikit menyampah dgn kenaikan kadar GST
yang sedikit membebankan rakyat marhaen macam aku
kalo tahun lepas, fokus utk pembelian rumah pertama
alhamdulillah,we manage to fully utilise last year budget to own our 1st house
so tahun ni aku berharap kenaikan gaji yang berpatutan
utk menampung kenaikan sara hidup yang x tahu bila akan berakhir
penghapusan cukai yang x sepatutnya kalo boleh

itupun kalo ada kan?

anyhow kindly wait & see ok :-)

what they can offer to us
is that as promised " rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan"

till then  happy weekend to all frens
TQ FOR DROPPING BY :-)

06 October, 2011

Pengalaman Berpantang

entry ini merupakan pendapat peribadi melalui pengalaman peribadi
x semestinya betul & x semestinya salah

aku menulis kerana mengenangkan pengasuh anak2 ku yang sedang berpantang 2 minggu anak ke 3
alhamdulillah..dia murah rezeki ..
anak selang setahun..mudah conceived
jadi bayangkan anak yang rapat2..kesemuanya perempuan

semalam aku bersms tanyakan keadaan dia
dlm masa yg sama menanyakan proses confinementnya

katanya " dia berpantang sendiri utk anak ke 3"
wah salute aku !!

aku berpantang anak sulung si kak ain di rumah mertua
itupun stlh 5 hari berpantang sendiri di rumah sendiri bersama hubby aku
puncanya masa tuh kereta kami kemalangan seminggu sblm aku bersalin
jadi tggu abang ipar jemput balik ke kampung
mak aku pulak masa tuh pergi menunaikan umrah di Mekah
so mmg sgt sedih time itu
almaklumlah,anak sulung..confirm nak duduk dgn mak sendiri
jadi nak xnak kena balik kg suami utk berpantang anak sulung
nak tunggu mak balik mmg lambat lagik

tp rahmat disebaliknya
mak mertua mmg jaga aku tip top
selama 7 hari berturut2 aku berurut dgn mak long lohkong
mandi air serum x tinggal selama 30 hari
makan-minum mak mertua jaga sampai 30hari
mak mertua htr smp pintu bilik
urusan ain..mandi manda..mmg mak mertua & kakak ipar yang tolong
hidup aku wpun bosan masa tuh, tp heaven
subhanallah...mmg x terbalas jasa ibu mertua ku itu..



aku hanya jaga diri sendiri
pakai bengkung, pakai stokin,makan jamu Sendayu Tinggi

outcome : mmg aku rasa lebih segar..lebih kuat..lebih slim down masa tuh...kalah waktu anak dara

anak ke 2- si auni irdina
berpantang 3 hari shj dgn mak - itupun sbb tggu waktu berurut tamat
hari ke 4 bantai balik rumah sendiri
banyak sebab masa tuh
antara yang aku paling ingat..arwah bapa mertua di hospital utk rawatan kanser prostat
mak mertua di hospital
kebetulan aku berpantang bulan puasa
so nak xnak aku kena balik rumah sendiri-uruskan makan- minum suami & mertua di hospital
aku masakkan utk sahur/ berbuka
mmg macam bukan org pas bersalin

its very stressful journey actually
aku rasa aku langsung x berpantang
makan ikut sedap tekak aku
aku buat kerja rumah..membasuh ,memasak,mengemas,mengelek 2 org anak kehulu-hilir
pakai bengkung-stokin-bertungku  ikut suka aku
aku  asyik bersedih masa pantang
auni kena kuning selama 30 hari
berapa kali pg amik darah
memanjang kena tggl-smp satu tahap aku bercakap sorang2
aku x cukup tido,auni asyik menangis malam..mintak susu
ain meragam tahap dewa sejak beradik kecik
lohkong yang memanjang xde rumah sbb menjengok arwah bapa mertua di hospital
malam baru balik

this is really bad experienced

dan kesimpulannya : aku rasa lepas tempoh berpantang aku rasa badan x berapa sedap,badan mengembang semacam ...serba x kena..wpun sedikit lost weight tp masih x memuaskan hati..mmg serba x best rasanya

aku punya pendapat mengikut pengalaman aku
its good to get someone help you during confinement

orang yang pas bersalin
jiwa lemah..badan lemah..serba serbi lemah
they need helping hand even to do simple things macam tolong memasak
ini bukan kes manja x kena tempat
tapi utk sesiapa yang pernah merasai pengalaman macam aku
they will agree to this statement

jangan rasa kita terlalu kuat utk buat semua benda
dont even say " you is totally can manage / organise everything in order "

its totally nonsense
sbbnya kita x leh bayangkan keadaan dari beranak seorang tetiba ada newborn yang kita kena handle sekali
belum lagi bab2 lain - household chore yang tiap2 hari pun xkan habis
kena pulak jenis org macam aku
rimas tgk rumah sepah
balik operation tahun lepas pun belasah wat kerja rumah macam org sihat

melainkan ada hubby yang boleh tolerate keadaan kita
ringan tangan membantu serba serbi
itu mmg lain cerita

apapun tepuk dada tanya selera
see your own preference
wpun selesa tinggal di rumah sendiri
tp sebenarnya bila berpantang di rumah sendiri lagi serabut
sbb kita intended to do everything mcm kita sihat sgt

so bila fikir2 balik
lohkong mmg x leh complaint bila aku mengembang semacam

he noted  very well

" how hard the journey that i went through during last confinement "

utk ayah2 & bakal ayah di luar sana
if u read this entry :-

"please ,lend your helping hand when your wife need you "
they not asking for your  money but lil bit consideration when the time is indeed


the confinement- is not a matter of having good healthy meal but more than that :-)


utk kawan2 yang bakal bersalin tahun ni
have a safe journey during your confinement

smg tiada siapa yang bakal melalui apa yang telah aku lalui dahulu

dont take this entry as reference
but read through this as my bad luck experienced

peace :-)

05 October, 2011

im totally left behind -shameless :-\

aku tahu aku sedikit ketinggalan
gara2 mau ke PD hujung minggu ni
jenuh aku google sana- sinun
utk cari best hotel..yang boleh accomodate 4 of the family seselesa mungkin
yang ada offer breakfast sekali
dan jugak fasciliti yang baik


mula2 mmg mau ke TBR
sbbnya pool dia yang sgt mesra kanak2
bila aku go through the web- standard studio view aje dh rm420
gulp!! telan air liur berkoyan2






sedangkan tahun lepas sblm diorg upgrade pool
rega bilik yang sama adalah rm150 shj
sgtler mahal kan?
gulp!! telan air liur berkoyan2


so google lagik..
so aku ingat nak carik style apartment
yang ada 2 bedroom
in case kot ada adik beradik mau join sekali
lagi best kan


aku try carik melalui sini
compared dgn harga reservation thru website hotel & agoda
mmg jauh macam langit & bumi
so aku pun prepare  kad visa debit aku
booked hotel Glory Beach Resort
hanya RM207 semalam..
ianya ada 2 bedroom apartment with breakfast
this is awesome ok !!


sila tgk sini kalo x percaya


so next time aku akan booking hotel macam ni
lagi mudah


antara cara2nya :-


  • kita search hotel- tarikh- tentukan berapa ramai yg akan pergi termasuk kanak2
  • pilih hotel- pilih jenis bilik macammana yang kita nak
  • dah puas hati..confirm harga semuanya termasuk tax bagai
  • then proceed dgn booking process
  • masa ni sedia utk mengisi maklumat peribadi, mode of payment & confirmkan sumer detailnya
  • selepas 30minit  tggu email pengesahan sampai & print voucher yang ada-voucher itu proceed upon check in di hotel nanti


walllllaaaaaaaaaaaa...this is super easy peasy..napelah selama ni masih menggunakan sistem manual ...sgtler ketinggalan tren aku ni..


so GBR


here we come


cant wait to golek2 , terjun pool sama kanak2


alhamdulillah..ada rezeki claim masuk yang x disangka2


rezeki Allah..siapa nak jangka.


nak bercuti dekat2 jadiler
as long as recharge ok !!

Glory Beach Resort Port Dickson - Swimming Pool
x sabar mahu berendam sama anak2 disini..
Glory Beach Resort Port Dickson - Banana Boat
atau banana boating ke?




smg perancangan ini akan berjalan lancar
dr malam td  kak ain x berhenti bertanya
bila nak sabtu mama?


so sweet :-)


ada sesiapa mau join ke PD jugak hujung mggu ni ?
boleh kita berjimba sama2

04 October, 2011

Kitchen Cabinet - small budget :-D

ini antara entry hutang aku dgn my old buddies
dia yg sibuk sgt bertanya ttg kitchen cabinet
almaklumler dia baru siap rumah banglo kat kampung halaman tercinta
so mmg niat nak fit in the kitchen cabinet katanya
mana nak sama rumah kecik coet gaya rumah aku


actually spt entry sblm ni
mmg aku & lohkong ada sedikit bajet utk fit in kitchen cabinet
as long ianya tahan lama,tahan lasak & berpadanan dgn bajet kami
so kitorang carik kontraktor melalui website je pun
cuba tgk  nih
almaklumler aku mmg xde keja lain kan..
mengadap internet 24jam kalo boleh..
huhuhuhu


as usual sbg penggemar warna putih
dah ler encikvios warna putih
kitchen cabinet juga harus putih
kalo boleh sumer benda nak warna putih tp x complement kalo putih sumer so kitorg mix match dgn black colour concrete top


mula2nya pelan asal x membolehkan kitorang wat L shape macam ni
sbbnya kedudukan singki yang menghala  ke tingkap & disebelahnya adalah pintu dapor
tp kontraktor bg suggestion utk pindahkan singki dr kedudukan asal
so terbentukler L shape kami
actually dapor kami x luas mana
comel jerk  dlm 9' x 6'
so utk design KC yang comfortable & practical
sgtler payah ok!!


it took 2 hours discussion on design,material,budgetting
it took 2 week before hand over to us
it took 2 months utk tuan rumah kemas molek2..
and it will take 20 years kot ...utk tuan rumah tukar kitchen cabinet baru kot!!

cost us about 5k+
so far alhamdulillah berpuas hati dgn end finished
padanler dgn kos yang kami kuar
so x leh demand melampau2


tp kalo rajin survey
mmg ada yg lagi murah kot

pesanan khidmat masyarakat :-

sila wat survey banyak2
survey design,material,harga
tentukan konsep yang anda suka
jangan lupa ukur dapor anda dulu
siapkan bajet anda betul2 dan fix to that budget
dan paling2 penting find the reliable contractor
kalo boleh contractor yang paham kehendak kita
dan bukan dgr cakap dia aje







abaikan gambar x semenggah dr hp cokia aku

utk Siti Rohani my dear laling
bwk2ler dtg rumah aku ok
dah lama kita x jupe chit chat kan..

smg ko puas hati yek
dgn entry tertunggak selama 3 bulan lamanya

ampun banyak2

glad to be home :-D



mangsa banjir bergelimpangan di hall :-)




alhamdulillah
akhirnya aku & family reunited again at our tiny lil home
sangat lain rasanya bila berada di rumah sendiri
rasa rindu sgt2 nak golek2 kat hall kecik kami tuh


sampai2 rumah sibuk membasuh pinggan mangkuk yang x sempat nak cuci
basuh periuk nasi yang dah naik kulat itu
mmg sblm tggl rumah hari tuh banyak benda x settle
sbb rushing nak g hosp that time
so mmg mlm td keja mengemas dapor sahaja


kain baju yg dlm beg x kemas lagik
kain baju baru berangkat dr jemuran pun berlonggok dlm raga lagik
kesimpulannya..x tahu bila nak dtg mood melipat kain baju


smlm punyaler penat
aku anak beranak tido dkt hall macam mangsa banjir
sbbnya kak ain dh tertido dr dlm keta
so mamanya malas nak angkut naik atas..so sila tido beramai2 kat bawah
lohkong wpun nampak ok..doesnt look totally ok
nampak pale aje lagik
pity him :-(

lohkong is on medical leave until 6/10
will have further appointment with physician doctor next 10/10
dan aku bila lohkong bercuti mmg lagi kelam-kabut
sbbnya kena masak pagi-tghr sekali harung
susah jugak bila lohkong x pandai memasak ni
sgt jeles kalo kawan2 yg ada hubby yang pandai memasak ni..

apapun sgt2 bersyukur sbb lohkong dh kuar ward
wpun insuran reply macam giler lambat smlm
bayangkan discaj kul 1pm
kul 6pm baru dpt reply
macam harem!!

syukur..syukur..syukur sgt2
smg bulan ni aku boleh concentrate keja
cover apa yang x  tercover bulan lepas

Allah jua yg maha mengetahui
rahmat disebalik setiap ujianNYA

mode : x  sabar nak tggu budget 2012 release

ada yg best ke ?

03 October, 2011

Doa panjang di awal pagi 3 October

Sabtu lepas aku & anak2 tido di ward APSH
temankan papa yang sakit itu
seronok tgk anak2 yang berkepit dgn papanya
mcm x jupe 10 hari jer lagaknya

maklumler anak2 aku lebih banyak spend masa sama papa dr mama dia
sbbnya mama kuar gelap..balik keja pun gelap dah
kadang2 mama x smp rumah...anak dah masuk tido semula

so far lohkong look much2 more better
tp doctor hold smp hari ni utk repeat x- ray katanya
nak x nak dok jugakler di ward w/pun dia kuar masuk ward ala2 dok hotel gitu
suka2 jalan sana-sinun
mujurler dok hosp private 
kalo x , jgn harapler nak merayap gaya gitu

selamat shopping kasut sandal
wpun hanya belasah beli kat VINCCI shj
belasah beli baju blouse di JJ
gara2 xmo balik rumah amik baju lain
so hr ni g keja pakai baju baru..kasut baru
dgn harapan mood keja pun baru di bln Oct nih
muahahhaha!!

bulan ni bulan repair KPI

bulan ni nak cover segala menda yg burst bulan lepas
aku harapkan tiada siapa lagi yg jatuh sakit
smg aku & lohkong sihat2 hdknya begitu jugak dgn anak2
smg xde apa2 emergency macam bulan lepas
begituler panjangnya doa aku slps subuh pagi tadi
bulan ni aku betul2 mengharapkan smg segalanya berjalan lancar
amin..

insyaallah will bring the kids to PD
as token to them
to bring the cheerful faces stlh beberapa lama terperuk di rumah & hospital
kesian anak2 aku..
tgh survey hotel lain..ada hati mau ke LexisPD..tp yaaa ampun..reganya..
sila fengsan!!
layan gambar anakanda terchinta di APSH :-

si auni yang makin membulat skrg ni :-)


bergelimpangan tido di ward papa :-)

tgh menunggu berita dr lohkong
smg x ray report ok
boleh discharge ward hari ni

sudah rindu teratak buruk kami
di TPP itu


doakan yang baik2
amin..