14 July, 2025

Senyum ! Allah kan ada

 

46 tahun-tanpa filter.
Motivasi untuk terus bertahan & berjuang 

Hampir seminggu lamanya
Berulang dr rumah-HUKM
Mak masuk wad
Sepatutnya warded untuk routine endoscopy
At the end-sangkut Oksigen drop plak
Terpaksa on oksigen
Maka endoscopy pun cancel
Terpaksa re-schedule semula selepas usai jupe Cardio nanti

Kali ni Doktor kata macam mak ada lemah jantung
Dah ada TCA dengan cardiology plak lepas ni

Begitulah ye
Makin kita berumur
Bertimpa2 ujian bencana tubuh 
Aku x merungut jaga mak sakit
Tetapi inilah rentetan bencana tubuh yang mak aku lalui satu demi satu 
Kadang2 aku melihatkan ujian mak merupakan ujian & peringatan jugak bagi aku
Ujian rumahtangga jugak dimana disinilah suami teruji dengan kesibukan isteri yang ke hulu-hilir menjalankan tugas  sebagai seorang anak dan dalam masa yang sama memegang takhta sebagai isteri dan ibu jugak.Kemujurannya suami sangat memahami & tak pernah plak merungut tengok wife huru hara ke sana-sini sejak mak jatuh sakit 5 tahun lepas

Hari ini kembali ke pejabat tempat mencari rezeki sebab dah beberapa hari aku EL menguruskan mak.
Lemau jangan cakaplah
Memikirkan kerja bertimbun nak hadap & drama pejabat yang tak berkesudahan
Separuh hati rasa seronok bekerja ada gaji sendiri -boleh beli apapun tanpa mintak approval dari suami.
Tapi separuh hati seronoknya kalo duduk rumah aje-pagi2 bangun buat sarapan,siapkan anak2 ke sekolah-lepas tu boleh pi jogging.Pendek kata menjadi house wife & dalam masa yang sama banyak ME time.
Tapi itulah angan2 tak setara dengan apa yang kena hadap.

Hutang kereta yang berbaki 
Hutang PL yang berbaki 3 tahun
Anak2 sorang pun x habis mengaji lagi
Sungguhlah hidup mengira detik nak peghabis hutang aje setiap hari.

Tak mintak banyak
Semoga aku terus kuat 
Kuat bekerja,kuat berkhidmat jaga keluarga,jaga mak & dimurahkan rezeki nak settlekan hutang untuk ada masa banyak menguruskan mak yang makin uzur
Kekangan hutang sahaja yang menjadikan aku masih bekerja wpun hati meronta2 nak resign & jaga mak.
Sungguhlah ujian sejak aku melangkah kaki ke 40-an tak berenti lagi
Ujian bukan secubit
Jika tak kuat lama dah rebah
Sungguhlah meminjam kekuatan mak
Walaupun diuji satu demi satu
Mak masih kuat bertahan

Allah swt sebaik2 pengaturcara
Berbaik sangkalah dengan aturannya.











1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

Happy birthday adinda Lyn, moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan allah swt. 💖💖

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...