46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang
Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutnya warded untuk routine endoscopy At the end-sangkut Oksigen drop plak Terpaksa on oksigen Maka endoscopy pun cancel Terpaksa re-schedule semula selepas usai jupe Cardio nanti
Kali ni Doktor kata macam mak ada lemah jantung Dah ada TCA dengan cardiology plak lepas ni
Begitulah ye Makin kita berumur Bertimpa2 ujian bencana tubuh Aku x merungut jaga mak sakit Tetapi inilah rentetan bencana tubuh yang mak aku lalui satu demi satu Kadang2 aku melihatkan ujian mak merupakan ujian & peringatan jugak bagi aku Ujian rumahtangga jugak dimana disinilah suami teruji dengan kesibukan isteri yang ke hulu-hilir menjalankan tugas sebagai seorang anak dan dalam masa yang sama memegang takhta sebagai isteri dan ibu jugak.Kemujurannya suami sangat memahami & tak pernah plak merungut tengok wife huru hara ke sana-sini sejak mak jatuh sakit 5 tahun lepas
Hari ini kembali ke pejabat tempat mencari rezeki sebab dah beberapa hari aku EL menguruskan mak. Lemau jangan cakaplah Memikirkan kerja bertimbun nak hadap & drama pejabat yang tak berkesudahan Separuh hati rasa seronok bekerja ada gaji sendiri -boleh beli apapun tanpa mintak approval dari suami. Tapi separuh hati seronoknya kalo duduk rumah aje-pagi2 bangun buat sarapan,siapkan anak2 ke sekolah-lepas tu boleh pi jogging.Pendek kata menjadi house wife & dalam masa yang sama banyak ME time. Tapi itulah angan2 tak setara dengan apa yang kena hadap.
Hutang kereta yang berbaki Hutang PL yang berbaki 3 tahun Anak2 sorang pun x habis mengaji lagi Sungguhlah hidup mengira detik nak peghabis hutang aje setiap hari.
Tak mintak banyak Semoga aku terus kuat Kuat bekerja,kuat berkhidmat jaga keluarga,jaga mak & dimurahkan rezeki nak settlekan hutang untuk ada masa banyak menguruskan mak yang makin uzur Kekangan hutang sahaja yang menjadikan aku masih bekerja wpun hati meronta2 nak resign & jaga mak. Sungguhlah ujian sejak aku melangkah kaki ke 40-an tak berenti lagi Ujian bukan secubit Jika tak kuat lama dah rebah Sungguhlah meminjam kekuatan mak Walaupun diuji satu demi satu Mak masih kuat bertahan
Allah swt sebaik2 pengaturcara Berbaik sangkalah dengan aturannya.
|
1 comment:
Happy birthday adinda Lyn, moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan allah swt. 💖💖
Post a Comment