08 May, 2025

20th Anniversary & Pelan cuti sekolah

Last 30/4/25 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan aku & en papa yang ke 20 tahun.
Kami dulu nikah gantung,majlis besarnya bulan 8
Reasonnya bernikah awal 4 bulan sebab en papa kena isi form untuk posting sebab masa tu en papa masih di IPG Jitra.Konon2 takmo kena posting jauh Sabah/Sarawak sebab mostly lulusan Agama mmg KPM suka sgt hantar posting Borneo.

So bernikahlah kami seadanya-aku yang ulang-alik JAWI settelkan dokumen permohonan nikah,ke masjid Putrajaya hantar borang dan booking Qadi dsbgnya
Masa tu buat sekadar ada aje,tak beria macam orang lain.Gambar nikah pun bukan main kelam lagik.

Awal nikah kami x berduit pun,kereta pun xde.Sedih tak sedih.But kami survived hidup susah berdua.Start dari kereta Perodua Kenari sehinggalah bertukar2 kereta selepas itu.Dari hidup berdua sampai hidup berenam.Betullah orang kata rezeki orang mendirikan masjid ni,lain sifirnya.Alhamdulillah,x pernah lagi berlapar xde makanan.Anak2 kami sekolahkan sebagaimana orang lain.Ada duit makan luar,ada duit lebih lagi kami berJJCM jauh sikit.Takde duit dok senyap2 dalam rumah.

Suami adalah betul2 hadiah titipan Allah swt buat aku.Dia banyak mould siapa aku skrg ni,banyak tone down rebel aku.Banyak didik aku jadi manusia yang penyabar dan redha menerima aku seadanya.Dia bukanlah romantik & begitulah jugak aku.Bahasa cinta dia adalah Act of Service,Dia make sure apa aku nak makan,dia cari dia belikan.Dia x pernah komplen rumah bersepah,sebab dia faham aku jugak keluar bekerja sama macam dia.Dia x cerewet makan cuma cerewet tang nak beli baju atau barangan personal dia.Kadang2 menyampah melayan masuk kedai berpuluh2,1 pun x jupe yang dia berkenan :(

Tapi tetaplah dia suami yang baik.Ayah yang baik buat anak2 kami dan yang paling penting dia adalah menantu kesayangan mak aku.HAHAHA!!

Semoga kami berdua panjang umur & gigih membesarkan anak2 kami belajar setinggi boleh.Dan yang paling penting semoga rumahtangga kami jadi ladang pahala buat kami berdua,semoga terus bahgia-membahgiakan buat selama2nya.

Kembali ke kisah berangan aku entry sebelum ni.

Begini ye,kisah renovasi berangan aku tu
Tak nampak cara atau tak nampak cahaya
Kontraktor yang kami biasa tu
Tak available & aku plak malas nak recce kontraktor lain
Takmo amik risiko pun ye jugak

So as usual
Mulalah berangan nak berjalan bawak anak2
Takpun pi bayar depo pi buat Umrah September nanti
Sempena besday yang 46 tahun kekdahnya
Tapi tu lah..contemplating sgt
Nak pegi situ,nak buat itu,nak beli ini
Manusia kan..sumer benda ko nak ye

Setakat ini ,masih menunggu update dari jadual final exam Ain
Kalo ngam bolehlah rancang bawak anak2 berjalan jauh sikit cuti bulan Mei ni sebelum raya Haji nanti.
Tp as usual lah,angan2 mak jenin dulu
Sekarang nak berjalan ke mana pun kena tunggu jadual Ain dulu sebab cuti Ain dah tak sama dengan adik2 lagik
Nak berjalan tanpa Ain pun x seronok jugak sebab kami anak beranak dah terbiasa berjalan memang sumer anak2 ada belaka.

Tahun lepas aku bawak anak2 ke Pulau Perhentian,tahun ni rasa macam nak ke KK- wpun tix super israhell sgt harganya ttplah mak ko gigih ye.
Tak dapat panjat Kinabalu,dapat smp ke kaki gunung pun mujur dah!


Sebab memikirkan bila lagi nak ada masa yang sesuai dengan anak2.Kadang2 memikirkan tak tau panjang mana umur kita.Ntah2 esok lusa habis umur,kita tak tau.
Memikirkan duit mmg takkan habis,kadang2 pikir peghabis aje apa yang ada.Kita penat2 cari duit pun  untuk anak2,dah kenapa nak kedekut sangat berbelanja.Kita nak create moment bersama anak2.dan masa berlalu takkan berulang tapi moment will remain thousand years.Gittewwww!!
Tapi bila fikir semula,kang aku xde duit.Sapa pulak nak lanting RM50 RM 100 bg kat aku kan..nan hadooo..

So aku amik jalan tengah
Belanja berpada2
Simpan pun berpada2
Jangan sampai nak bersengkang mata cari duit
atau jangan sampai ikat perut x makan2
Aku punya prinsip menyimpan adalah 
At least ada 3-6 bulan gaji kami laki/bini
Belilah emas bekukan duit cash kat tangan
dan pedulikan tentang anggapan orang lain
Kita hidup tak mintak makan kat orang pun mujur

Next aku try hupdate lagi
Jadike plan berjalan kami cuti hujung bulan ni
Atau sesama melangut kat rumah aje

Semoga angan-angan aka niat baik aku Allah swt permudahkan hdknya kali ni










No comments: