15 April, 2025

Edisi BERANGAN itu gratis ye!!

Aku taktau orang lain
Tapi setelah beberapa lama
Orang lain bersiap rumah sebelum raya
Aku plak lepas raya baru sibuk nak persiap rumah
6 tahun lepas aku renovate rumah pun lepas raya
Jika ada rezeki bolehlah invest renovate rumah dengan kontraktor.

Kebetulan aku ada duit terpijak sikit
Aku ingat nak buat small reno kat rumah tu
Hajat dihati nak pasang tiles dengan kontraktor untuk bilik ditingkat atas.
Tiles bilik Auni & bilik master tu memang wajib tukar dah.
Kami dok bertangguh2 nak buat sebab membayangkan betapa hauknya rumah bakal jd disaster angkara hacking tiles lama tu
Tapi suka ke tak suka ke wajib kena tukar dah tu-dah tahap merbahaya sebab tiles sedia ada dah menunggu nak meletup aje
Dah ada yang pecah pun,kami cover dengan karpet aje buat sementara waktu

Keduanya nak tukar parquet kat tangga yang mula tercabut gamnya disana-sini
Nak pasang tiles aje kalo boleh.
Ketiganya nak pasang plaster ceiling dengan kontraktor yang buat servis pasang plaster ceiling  kat living hall dan hacking dinding pembahagi ruang antara living hall & dining.
Jadi Living hall & dining akan sharing satu plaster ceiling yang memanjang

Suka betul design PVC plaster ceiling macam ni


Ketiga kalo ada extra duit nak pasang aluminium folding door kat wet kitchen
So dpt membahagi ruang dining & wet kitchen tu sekaligus.

Ini memang lama dah aku letak dlm wishlist


Keempatnya kalo leh nak cari kontraktor pagar  rumah dan trade in pagar lama kami di & amik trackless gates.Dah lama berangan pun.
But still lah itu jika ada extra dimana2.

Sumpah cantik!


Setakat ni list yang wajib adalah menukarkan tiles di tingkat atas shj-itu memang xleh nak dielakkan lagik.

Tetapikan....as usual aku ni kan jenis tak tetap hati jugak
Ada rasa macam sayangnya duit
Baik aku beli emas wpun harga melambung ke bulan
Takpun baik aku beli tix g Jakarta bulan Dec nanti
Itukan dream places to go kekononnya
Takpun book aje tix Umrah bulan 8 ni
Begitulah nafsu-nafsi aku ni kan

Dan kesemua plan ni belum dibincang secara rasmi dengan en papa
Aku sejenis buat dulu
Gadoh kemudian kekdahnya

Masalah utama sekarang
Kontraktor rumah yang kami biasa buat tu sedang occupied keja lain
Makanya memang setakat ni x nampak bayang kontraktor lain lagi
So pelan2 survey lagi ni
Separuh hati aku nak peghabis duit persiap rumah ni
Tapi tu lah-tengok apa keadaan terutamanya yang melibatkan bajet & ketersediaan kontraktor melayan projek picisan dari aku ni

Wish me LUCK gais!
Wpun duduk rumah murah
Tetap berangan nak rumah cecantik macam  rumah AlipSyukri nok!





No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...