8th Syawal sudah hari ni
Macam cepat sangat masa berlalu kan
Macam baru aje huru hara balik kampung hari tu
Tup2 dah 8 Syawal
Sebagaimana entri sebelum ini
Aku beraya di Dungun,Terengganu tahun ini bersama keluarga adik beradik sebelah en papa
Kami selamat sampai ke Dungun setelah melayan jam jem dari Puchong-Dungun
Merasa berbuka puasa di RNR Gambang pada 28 Ramadhan
W/pun penat tapi kalo x mengadap jem tak rayalah kekdahnya kan
Anak2 terutamanya Adeeb & Affan memang enjoy betul balik kg berbanding kedua-dua anak dara den
Ain & Auni dah besar & introvert plak tu maka privasi space tu memang prioriti diorang,tp bila dah balik beraya dikampung-suka tak suka kena berkongsi kena mingle2 reramai..hadeiii
W/bagaimanapun Ain,Auni takdelah tak bercampur langsung cuma diorang ni reserve sikitlah.
Puasa terakhir hari tu,penat serupa apa
Pagi2 ikut en papa ke bandar Dungun
Beli barang2 nak beraya-pinggan,cawan,plastik sampah bagai
top up barang2 yang bakal memudahkan atau bg sedikit keselesaan di kampung macam baldi,gayung,rak pinggan.
Lauk2 kak ipar yang settlekan
Kami share duit sahajalah
Balik dari bandar,bersinsing lengan masak rendang Ayam 2 ekor
Kakak ipar handle plak masak lauk untuk berbuka
Hari tu kami berbuka dihalaman rumah berbumbungkan langit biru
Meriah!!
Aku sempat buat fruit cocktail habuan si Auni yang sibuk request wpun tak posa
Ain,Auni menolong mak ngah dia buat onde2
Habis berbuka sambung ke dapur
Rebus nasi impit 60 paket
Lepas tu tlg menyiapkan rencah nak masak lontong
dan KakSu handle sambal ikan bilis
Sedar2 dah dekat pukul 12 tgh malam
Sambung iron baju raya plak
Tido pengsan mungkin pkl 1 lebih dah kot
Esok pagi2 dah bangun
Orang lain bersiap bagai
Selain memanaskan juadah raya masuk dalam bekas
Aku mencuci dapur
Cuci sesungguhnya-makanan balance semalam yang tak habis- aku buang,aku cuci pinggan-mangkuk,gelas cawan apa adanya
Periuk belanga basuh bagi bersih
Kemaskan meja bagi clear
Lepas tu jirus air dapur dari depan ke belakang
tak tau berapa banyak air aku humbankan
sebab memang betul2 berminyak2
Belum lagi jirus air panas mengelegak
Mop lagi bagi kering
Cari kain buruk-lap lagi bagi kering
Serupa bibik awal2 pagi tu
Memang aku tak pg solat Raya
En papa aje pegi bawak Adeeb & Affan sekali
Dah siap mengemas barulah aku mandi
Bersiap bagai
Makan beramai2 bila orang dah balik solat raya
Dan as usual sessi bermaaf-maafan sesama keluarga & sessi kanak2 mengutip duit raya
Hari pertama tu kami hanya berpeluang beraya ke -2 buah rumah sahaja
Iaitu saudara terapat sebelah suami yang berada dikampung yang sama
Raya kedua aku ke KT bertemu Husna dirumah mertuanya setelah 9 tahun tak bertemu mata orang kata.
Dan raya ketiga kami sekeluarga dah bertolak balik ke Puchong semula
Raya keempat melayan Affan yang nak tengok wayang Snow White-ke IOI City Mall Putrajayalah kami
![]() |
Idea Kak Ain lah ni,nak pakai sedondon katanya |
Raya kelima aku masak Soto meraikan adik beradik aku yang masih belum sempat beraya bersama
Habis seperiuk besar
Malamnya sempat beraya kerumah kakak aku dikejiranan yang sama
Raya keenam & ketujuh-hari mereput sebab anak2 dara mula kembali ke asrama masing2
Sunyi semula rumah kami
Sehingga bertemu semula nanti
Kesimpulan raya tahun ni
Smooth sailing,xde drama sakit perut berkejar toilet
Takde drama aneh2 sepanjang perjalanan pegi & balik
Dapat sedekah banyak sikit seiring kemampuan kami
Anak2 tak merepek pelik2
Dan yang paling penting kami sihat alhamdulillah
Semoga kita direzekikan umur yang panjang untuk bertemu Ramadan & Syawal lagi tahun hadapan.
So hari ini kembalilah ke rutin dunia tipu2
Bekerjalah cari rezeki yang halal
Dan anak2 rajin2 bersekolah ye
Hidup memang struggle
Choose your struggle ye!!
Warga KL/Selangor
Mari kita bertabah melayan jem sepanjang weekend sebulan Syawal ni
Untuk yang berpuasa 6-selamat berpuasa
dan untuk yang rasa badan bagai dipam2
Wajib dah diet stop gula bagai tu
**kata kat diri sendiri sebenarnya ni**
Huhuhuhuhu!!
No comments:
Post a Comment