21 March, 2025

Puasa,UPKK & Plan beraya kami

As usual sibuk naw aku
Bersawang semula blog ni
Penghujung Januari mak sakit hampir 2 minggu lamanya.
Cuti CNY kami x kemana-settlekan urusan baju raya anak2 hari pertama smp ke Shah Alam mencarinya.
Lepas tu sibuk dengan urusan keja yang x berkesudahan.

Tup2 masuk Ramadhan
Hidup haywire tunggang langgang
Berperang dengan rutin puasa sambil mengadap Affan yang dah memulakan persekolahan di Tahun 1

Result UPKK telah diumumkan semalam
Macam baru sangat aku hantar post berkenaan Adeeb & UPKK-nya Januari lepas
Alhamdulillah,result Adeeb w/pun bukanlah straight A's dia tetap score 7B,1C & 1D
Sujud syukur!

Sangat baik berbanding result Trial UPKK yang semuanya FAILED
Maksudnya apa tau
Adeeb boleh buat,cumanya dia perlu push factor belakang dia
Dia kena ada orang yang initiate & support dia betul2
Jadi berbaloi papanya drill dia tempohari

Untuk meraikan dia semalam
Masaklah gulai asam pedas ikan jenahak dan buat koktel buah kegemaran dia untuk berbuka puasa.
Senyum meleret sambil bertambah2 dia mengadap koktel buah dia tu
Nak celebrate makan luar kena tunggu kakak2 balik dr asrama dulu baru meriah.

Insyaallah Ain akan start cuti raya bermula hari ini.Petang ni sampailah.Seronok bila  Ain balik,lega satu perkara orang kata.Ain walaupun x pandai memasak,dia rajin menolong keja lain macam settlekan kain baju kat rumah,menyapu & mengemas.

Auni plak akan balik Khamis depan.Ikut perancangan kami akan balik ke-kampung en papa hari Ahad.Kemungkinan kami akan berada di kampung sampai hari Khamis,supaya Jumaat kami leh berjalan tgk wayang  kat KL sebelum Auni balik asrama semula hari Sabtu.Tapi as usual ini plan awal,tak tau kot kena rombak semula plan ni.

Ikut hati serik dah sangkut jammed berjam2 lamanya atas jalan macam tahun lepas.Itu pasal kalo leh tahun ni memang nak balik awal ke KL.
Ahad nak mengadap ribut taufan jammed ke Selatan plak nak mengantar Ain plak.
Bayangkan aje dah migrain rasa!

Kelengkapan raya ada few things masih belum berjaya dibeli.Antaranya tudung & kasut anak2 dara,Untuk Adeeb & Affan-senang dah settle cuti Nuzul Quran hari tu.Anak lelaki tak banyak renyah,asal ada katanya.

Harapnya sebelum balik kg,settle dah segala urusan nak beraya ni.Spt tahun2 sebelumnya kami masih mengekalkan tradisi beraya secara sederhana.Baju 2 pasang sorang.Kasut sorang sepasang.Beli kuih raya yang sama dengan seller yang sama saban tahun.Tukar duit raya buat sedekah mengikut kemampuan kami.Standby duit lauk sepanjang berada kat kg.Dan kena standby duit minyak,duit tol,duit belanja atas jalan back & forth balik kg-KL.

Kemujurannya awal bulan dah settle servis keta,makanya x serabut berebut booking service slot dah. Masih guna kereta yang sama,belum ada rezeki lagi nak tukar keta baru lagik.

Harapnya tahun ni xde lagi episod raya terkejut macam dulu.Mtk2 raya Isnin ikut kalendar so that ada masa yang panjang bergolek2 bercuti raya tanpa huru hara mcm tahun sebelum ni.

Tak harap banyak,semoga x sangkut jammed teruk sgt pegi & balik.Kami sekeluarga sihat hendaknya,dan tak diuji dengan ujian yang aneh2 tahun ni.

Selamat berpuasa semua & selamat hari raya in advance.Mana tau ada penyakit M aku-harus raya haji plak baru nak berupdate blog ni semula.

Acik kertu ni, blog bukan sebab ada masa tapi bila tetiba ada mood aje.Dah xde passion berblog hari2 macam dulu.Ini bukan sebab faktor usia ttp faktor priority.People change kan...muahahahaha





No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...