Aku berkesempatan ke sekolah Auni untuk sessi PTM-Hari amik report-card.Awal pagi aku dah bertolak,wpun aku dah tau result penuhnya tapi aku memang look forward nak jupe Cikgu kelas Auni.Kenapa Auni..sebab aku sempat utk uruskan Auni tetapi untuk Ain papanya pulak yang amik giliran pada waktu petangnya.
As usual mak-pak yang datang macam2 ragam.Mostly mak2 yang datang berderet sama anak2 yang lain.Golongan bapa boleh kira dengan tangan.Yang datang bersama suami-isteri pun boleh kira dengan tangan.Haiiiyaa…baru kita nampak patern disini-adakah semua ibu itu full time housewife @ hanya ibu sahaja yang amik berat hal sekolah anak2 ni?Wallahuallam.Aku tetap dengan prinsip KEUTAMAAN bila melibatkan urusan sekolah anak2-samada aku @ suami-kami kena hadir bila sekolah memerlukan penglibatan mak-ayah.Buat anak sama2,hal anak tolong hadap sama2!!
Giliran aku yang ke 8 kalo aku congak dengan jari-tapi as usual masih ada parents yang tak paham erti giliran-suka hati mak ayah dia aje nak cut queue dengan alasan dia seorang aje keja!Sakai!Orang lain pun keja jugak,tapi still hormat masa orang lain jugak.Ko datang lambat,sila beratur dari belakang.Nak cepat,sila duduk kat kelas kul 7am lagi.Gitu!!Nak ajar anak berdisiplin tetapi mak-ayah ke laut dalam,nak kena ajar beratur & bersabar ikut giliran pun kalah mengajar budak masuk tadika !Emo aku…
Ok,tutup kisah mak-pak tak bertamadun ni,back to Auni story.Jupe aje Guru Kelas Auni,terus dia ucapkan “TAHNIAH”.Auni maintain no 1 wpun ada persaingan dengan rakan sekelas yang dalam peratusan sama-jadinya mereka berdua berkongsi kedudukan NO 1 dalam kelas.Alhamdulillah.Cikgu jugak bagitau,Auni antara pelajar yang “STRIVE FOR EXCELLENT” dia jenis buat keja memang tertib & akan buat sehabis baik.Tiada istilah buat keja asal siap..Wah!!Hebat sangat review guru kelas Auni.Mama dulu pun tak sehebat ini nak,Mama ko dulu sangat penyegan.reserve & bukanlah excellent sangat.Mama sangat pendiam,buat hal sendiri.
Alhamdulillah.Tiada apapun sumbangan mama & papa pada kejayaan Auni,dia sangat independent.Sangat teliti & yang paling penting dia suka apa yang dia belajar.Mama-papa hanya bertindak sebagai mentor dari jauh & mendoakan kejayaan anak2 tanpa henti setiap waktu.Semoga ada doa antara kami yang Allah makbulkan.
Semalam Auni buat persembahan tarian di SK sempena Hari Kanak-Kanak.Dia sangat berani,tak rasa segan nak naik atas pentas.Aku tumpang bangga tengok dia confident atas pentas wpun teruk kena gelak sebab menari lagu I AM ME-by Dato Seri VIDA.Lantakkan orang nak gelak nak,sehari dua diorang lupalah tu.
We look forward next 22/11-Auni akan amik hadiah lagi tahun ni.Semoga anak mama ini terus terbang tinggi.Panjang lagi liku2 hidup kamu,nak.Berjuanglah sehabis baik,semoga kejayaan dunia seiring dengan kejayaan di akhirat kelak.
1 comment:
Comel je.. hehheheh
Post a Comment