08 November, 2017

Drama sgt ko si Putih


Semalam aku ada tugasan kerja di Senawang.Pagi2 pulak kawasan perumahan aku black out-mujur baju sekolah anak dah siap iron cuma tudung aku aje yang belum sempat iron.Baju aku belasah aje baju yang jenis tak perlu iron segala.Jenuh plak semalam,dengan hujan pulak pagi semalam-dengan nak hantar Adeeb ke taska pulak.Sedikit huru hara aku jadinya.

 

Aku memandu menggunakan highway Elite Putrajaya-KLIA-Senawang.Aku bawak tak laju mana,tak cecah 100km/j pun sebab dok risau jalan licin kerana masih hujan.Selamat sampai ke Senawang dalam 1jam tanpa berhenti dimana2 perhentian RNR.Pukul 3.15pm keja aku dah settle kat Senawang so aku bertolak semula untuk pulang ke rumah.Baru masuk highway-baru smp ke Bandar Ainsdale temperature kat dashboard tu blink2 warna merah.Aiyokhhh seram mak!Nak stop kat roadside aku adalah penakut sebabkan kereta area situ laju2 dan ada potensi aku jadi mangsa in case ada manusia2 yang suka amik kesempatan diatas kesusahan aku time tu.Aku nampak stesen minyak tak jauh dari Bandar Ainsdale-aku stop betul2 sebelah stesen minyak & call heroku “en papa”.En papa advice aku stop kejap, bukak bonet depan & tengok coolant-tengok ada air atau tak?Dan dia advice aku jalan pelan2 menuju ke RNR terdekat sebab bahaya aku sorang2 kat situ.

 

Dengan lafaz bismillah & tak lekang mulut aku sebut “LAILAHAILLAHANTASUBHANAKAINNIKUNTUMMINAZZOLIMIN” sebab aku pernah terbaca jika kita dalam kesulitan-kita bacalah Dzikir ni berulang2 kerana tiadalah pengharapan selain daripada mengharapkan bantuan dari Allah SWT semata2 semoga dipermudahkan aku hdknya.Aku masuk highway semula-dalam 10 minit aku sampai ke RNR Seremban.Aku stopkan enjin,pegi toilet & makan.Aku tetap positifkan diri sebab aku tgk tangki coolant air masih ada ½ dan dok intai kat bawah kereta tak nampak sign air menitik menandakan leaking dimana2.

 

Adalah 30 minit aku melepak kat situ & memulakan perjalanan semula untuk balik rumah.Tak sampai 10minit kereta gerak-temperature sensor blink2 semula.Aku bawak habis slow wpun jenuh kena hon dengan kereta/lori belakang sebab slow-Slow tak slow pun dalam 80-90 km/j sebab kenderaan kat situ pakat laju2 belaka.Memang makan hon aje aku semalam tapi aku buat bodoh aje sebab aku dok lane paling slow dah tu-ko nak laju sila beralih ke lane kanan,bodoh!Aku istighfar banyak2,tak berhenti dzikir yang atas tu-sebab next RNR yang terdekat 30 minit jaraknya dari situ.Aku memang taknak stop kat roadside atas alasan2 keselamatan & aku pulak bersendirian-perempuan pulak tu.Aku gigih jugak memandu seslow yang boleh,offkan a/c & off radio-bukak tingkap sikit untuk angin.Kemujurannya tak hujan petang semalam & cuaca tak terik sgt.

 

Temperature still blinking sampai di RNR Dengkil dan aku yang degil ni takmo berhenti sebab jarak RNR Dengkil dengan exit Putrajaya hanyalah 5minit jauhnya.Aku pelan2 bawak sampai ke Plaza Tol Putrajaya.Elok aje aku lepas TouchnGo lane-terus hilang temperature blink2 tu.Sakai !!So aku buat kesimpulan dengan pengetahuan cetek yang aku ada mengatakan Sensor Board untuk Temperature ni dah kaput.Perlu ditukar..hahaha!!Cerdik sgt ko kan,kalah pomen kan.Kereta VIOS aku ni usianya dah masuk 8 tahun & macam2 penyakitlah dia mai satu persatu.Tapi kereta ni sangat berjasa pada kami sekeluarga.Pernah accident sekali sahaja,bulan 5 tahun ni.Merasalah aku car-less seminggu sebab tunggu insuran claim.Menangis weeeii takde kereta!Patah kaki..

 

Pagi ni bercerita dengan mak kisah kereta aku ni.Mak cakap “kamu kena cepat2 tukar kereta kamu tu,lagi lama pakai-lagi macam2 penyakitnya”Marilah berhuhuhuhu..Hajat nak beli kereta baru memanglah dah lama ada Cuma en papa tak berani nak tambah komitmen lagi buat masa ini.Tapi tak taulah,kot esok lusa en papa terbuka hati nak beli kereta baru kan..wallahuallam.

 

So petang2 ni ke aku akan ke workshop-tengok apa kata si Neoh tu pasal si Putih kesayangan kami sekeluarga ni.Semoga rosaknya tak merosakkan atau meranapkan poket mama /papa yea.Kami nak pakai duit ke Penang 2 minggu lagi…uwaaaaa!!

 

Tumpang doakan yang baik2, semoga Allah murahkan rezeki aku suami-isteri-semoga ada rezeki nak beli MPV hendaknya.Hidup zaman PM yang bijak laksana ni,kita rakyat marhaen pun kena bijak berbelanja jugak.Paham2 sudah!!

 

 

*ada sapa2 nak sedekah Mitsubishi Outlander yang merah ni?

 

 

 

No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...