Pages

10 November, 2017

Nangis!!

Back to kisah Drama sangat ko si Putih-kereta kesayangan ku si Putih tu @ en VIOS.Aku dapat berita yang menyedihkan hari ni,foreman kata masalahnya dengan Engine keta aku tu “air dah bercampur dengan minyak”.Valve bengkoklah,itulah..inilah..#silameninggal

 

Recommend untuk TOP OVERHAUL.Kosnya lebih kurang RM2500 & lebih menyakitkan warranty, kedai berani bagi hanya 1 minggu sahaja dengan alasan kedai spare part pun bagi warranty seminggu jugak.Sakai!!

 

Dan menambahkan drama sedih aku ni,2 minggu lagi aku akan ke Penang.Allahuakhbar

 

Aku anggap ini ujian Allah swt dan mungkin jugak banyak hikmah yang tersembunyi.Memang aku ada niat nak beli kereta baru Cuma menunggu masanya tiba tahun depan tapi tak sangka pulak secepat ini aku kena memikir tentang kereta baru.

 

Kalo aku submit loan kereta baru pun,tak mungkin dalam 2 minggu ni kereta baru boleh keluar.Pengsan seround lagik!

 

So my contingency plan-

 

1st plan: pegi ajelah overhaul keta tu.Tutup ajelah mata membayarnya w/pun duit yang ada tak seberapa & doalahbanyak2 semoga selepas overhaul kereta di tahap peak performance tak menyusahkan kita.Kereta itu untuk memudahkan kita bukan menyusahkan kita.

 

2nd plan:tinggalkan aje kereta tu mereput bawah porch sehingga ada duit nak baikinya.Panggil ajelah UBER/GRAB jika perlukan kenderaan nak keluar bersama keluarga.Nak pegi Penang,kita sewa kereta aje.

 

3rd plan:proceed loan kereta tanpa pening2 kepala,Kemungkinan besar takkan sempat loan lulus @ kereta ready stok dalam masa terdekat.So pegilah sewa kereta kalo nak ke Penang 2 minggu lagi tu.

 

4th plan:biar ajelah tok laki pulak yang pening kepala memikir, sebab dah menjadi t/jawab dia untuk menyediakan keperluan asas ini untuk kemudahan isteri & anak2.Cukup2lah isteri jadi mastermind tukang memikir,tukang execute,tukang itu & ini-kasilah can dia pening kepala pulak.

 

5th plan:lantakkan disitu..titik.noktah.

 

Apapun redhalah aku dengan ujian sikit dari ALLAH SWT & yakinlah bahawa setiap ujian yang datang-pasti hadir dengan pakej “setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi”Siapalah kita nak menidakkan kenapa Allah uji aku saat ini?Tapi bersyukurlah kerana kita terpilih untuk diuji kerana Allah tahu kita mampu melalui getir ujian ini.Ingat selalu “Allah amik sikit tapi Allah beri banyak”

 

Duhai Lynn,you can do this!!

 

 

 

2 comments:

Nizam.Ariff said...

Klu vios tu cukup utk tampung bawak family for the next 4 years, I think rm2.5k is ok. Banyak kereta umur 8 thn ke atas @ 180K km mileage dibuat top overhaul...paling tidak, tukar gasket, kikis carbon, flush radiator. Tapi klu gasket dah bocor, air dah campur minyak hitam, ia boleh melarat ke benda lain. Sabarlah sis. Ada kebaikan lain / peluang lain sdg menunggu. Penang, driving, this monsoon?

mama lynn said...

Nizam,

Sebab nak ke Penang adalah wedding abg..takkan x pg kan...nak tak nak memang itulah pilihan yang ada.Top overhaul!