Ini kisah yang berlaku 3hari lepas,aku nak coretkan disini untuk kenangan aku.Isnin malam aku perlu transfer duit sebanyak RM350.00 dari akaun Maybank aku menggunakan applikasi M2U yang memang aku install dalam hp aku.
Aku buat transfer under option Favorite Payee –scroll down nama suami aku & rasa macam betul dah klik nama dia.Since nombor akaun suami aku dah Add As Favorite Payee makanya tiada TAC passcode diperlukan untuk transaksi tersebut.Bila transaksi berjaya baru aku perasan akaun yang aku transfer adalah akaun sebuah Badan Kebajikan yang aku memang add sebagai Favorite Payee jugak.Usually aku memang simpan banyak no akaun rumah kebajikan-sebagai instrument aku nak bersedekah,membersihkan rezeki bak kata Ustaz Ebit.Mengelabahlah jugak aku, sebab melibatkan duit en papa.Dan RM350 itu jumlah yang agak besar untuk aku ganti semula duit en Papa.W/pun suami isteri hutang tetap hutang.
Aku call Maybank hotline.CS advice untuk aku isi borang di mana-mana cawangan Maybank terdekat keesokan harinya.Dan dia inform prosesnya agak leceh jugak sebab Maybank akan call Pemegang Akaun (akaun yang aku silap transfer tu) untuk buat pengesahan-jika diberi pengesahan barulah bank boleh contra debit akaun penerima & refund semula pada aku.Jika penerima refuse untuk transaksi reversal ni,sila paham2 sendiri yang duit ko kira sadaqallahuladzim!!Aku plak esoknya nak ke Senawang,celah mana pulak aku nak cari Maybank.So aku google berkenaan Rumah kebajikan tersebut.Jenuh jugak,Aku kena counter check dengan no akaun yang aku simpan dengan website berpuluh rumah kebajikan yang ada kat Malaysia ni.Masalahnya aku selalu amik no akaun yang viral dalam Facebook so aku tak pasti yang mana satu rumah kebajikan ni,.Sakai kan?
Cari punya cari,aku jupe satu nama,website & akaun no untuk sumbangan yang match dengan akaun yang aku silap transfer tu.Terpaksalah tebalkan muka..Aku terus buat panggilan telefon kepada salah satu no yang ada.Seorang lelaki jawab tel,aku pun story lebih kurang & dia beri aku satu lagi no tel untuk berhubung terus dengan Admin Akaun.Aku pun call no yang dia beri,cerita semula.Dia dengan senang hati suruh aku whatsapp bukti transfer ,beserta akaun no .Aku pun buat spt yang dikehendaki.Tak sampai 10minit Admin tu transfer semula ke akaun aku,Sujud syukur!Alhamdulillah.
Segan jugak mintak duit kita sendiri w/pun tak bertentang mata.Seriously,kalo aku ada duit-aku halalkan aje-aku anggap aje duit RM350 tu mmg duit rezeki rumah kebajikan tu,.Masalahnya nak menunggu gaji hampir 3 minggu lagi,itu adalah misi mustahil.Apapun terima kasih banyak2 kepada Puan Musshidah dari Rumah Kasih Nurul Hasanah.Semoga Allah permudahkan urusan Puan sebagaimana Puan memudahkan urusan saya & dimurahkan rezeki hdknya buat Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Moral of the story, berhati2 bila buat transfer yea kawan2.Jangan over confident macam aku yea.Almaklumlah umur nak masuk 4 series ni,blur semacam.
Ehh semalam aku meroyan pasal kereta kan..dalam masa yang sama aku google tentang Ertiga-tetiba rasa macam nak letak dalam wishlist.Esok aku sambung merepek pasal ni kalo rajin.
No comments:
Post a Comment