Menelek result exam 2 anak dara, macam2 rasa ada.W/pun bukan result penuh lagi but still mak ko sesak dada,sakit jantung sumer mai dah.Result Auni memang excellent,the lowest marks dia dapat adalah 88% untuk DST & English 1,selebihnya 90% +.Dia mmg budak yang cerdas sikit,senang tangkap kata orang.Belajar tak seberapa tapi dia memang boleh buat.Result Ain-sumer subjek Agama dia lulus cemerlang-90% ke atas.Sejarah,Sains & Maths masing2 dpt C sahaja.English writing D.Tintong terus mama ko nak!
Mulanya aku ada rasa sesak juga dada tgk result Maths Ain sebab kami suami isteri memang all-out study sama dia untuk paper Maths,rasanya 2 bulan sebelum exam lagi.Kami print berbelas set PAT untuk Ain latih tubi.Hampir setiap hari kami ajar dia,mesti siapkan latih tubi 1 set setiap hari dengan bantuan aku @ papanya.Belum lagi termasuk kertas lain.Tapi memang kami tekankan pada Maths sebab nampak dia lemah subjek tu.So bila tgk result dia,both of us(aku & papa) agak kecewa jugak sebab kami expected after those series latih tubi obviously nampak dia boleh buat tanpa bantuan kami.Kami harap at least dia dapat maintain B sama macam Ujian Pertengahan Tahunhari tu.But still,she cant handle the test..Kalo aku yang frust apatah lagi papanya yang memang monitor anak kesayangannya 24jam tu..We really hopes with good grade she can slot in to upper class instead of 4th class rite now, with expectation that once she mingle with those “good student” she will be able to challenge herself to score for better grades on next year UPSR.What to do,hancur berkecai harapan mama-papa… L
Aku istighfar panjang2, kegagalan dia bermakna kegagalan kami jugak sebagai ibubapa.Aku mohon keampunanmu,Ya Allah.Ilhamkan kami jalan terbaik membantu anak kami ni.Mungkin doa kami berdua tak makbul atas semua dosa & khilaf kami atas muka bumi ini.Permudahkanlah hendaknya..
Kenapa kami berdua cuak semacam?Sebab Ain akan UPSR tahun depan,kami ada hajat nak masukkan dia Sekolah Berasrama Agama –melihatkan syarat kemasukan yang panjang berjela,ada sedikit cuak disini.Mampukah anak kami bersaing untuk satu tempat dalam berpuluh ribu permohonan nanti.Ain memang kami tak hantar kelas tuisyen,kami suami isteri yang mengajarnya.Dengan jadual dia yang packed pagi petang sekolah,sangatlah kejam rasanya nak hantar tuisyen malamnya pulak.Masa mana dia nak berehatnya.Suami ajar Ain Maths ,subjek agama.Aku ajar English,BM serta ajar dia buat nota untuk memudahkan dia mengingat fakta.
Tapi rasanya tahun depan aku kena cari seorang personal tutor yang boleh ajar Ain,takperlah bayar mahal pun as long as dia boleh tunjuk sedikit kemajuan.Mana tau dengan bantuan tutor dia mahu nak belajar,bila belajar dengan kami berdua banyak sangat mengelatnya.Nak makanlah,nak siapkan homeworklah..bla..bla..bla..Pengsan!!
Kami suami isteri sangat flexible tentang jadual belajar anak2, dan anak2 tau masa bila kena bukak buku.Kami sendiri belek homework anak tetiap malam,no gadget during weekdays-diorang hanya boleh pegang hp/tablet sabtu & ahad sahaja.TV pun anak2 kurang tengok.Cuma masing2 kurang fokus mengulangkaji terutamanya Ain.Auni kes terpencil,dia mmg lain sikit kalo nak bandingkan dengan Ain.But still Auni tak terkecuali dalam urusan kami sbg ibubapa-dia tetap kami pantau jugak pelajarannya samada di SK mahupun SRA.Kami berdua tak amalkan double standard-masing2 kami dah janjikan hadiah yang sama jika reach sekian2 target.Tak solat ,2-2 pun kena sebat,Cuma selepas ini kami kena mulakan pendekatan lain utk Ain & Auni.Kena focus untuk bantu Ain sejauhmana yang kami mampu.Lebih2 lagi Ain akan exam besar tahun depan.Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua suami-isteri bantu anak sulung kesayangan kami.
Untuk Ain,mama & papa tak marah Ain gagal kali ni.Mama nak Ain belajar dari kesilapan.Tiada manusia yang tak pernah buat silap & tiada manusia yang terus naik ke puncak tanpa bersusah2 dahulu.Semoga Ain belajar sesuatu dari kegagalan ini & bertekad untuk terus berusaha dengan lebih gigih tahun depan.Kita lupakan sahaja apa yang dah berlaku tahun ni.Kita terus melangkah gagah untuk tahun depan.
Mama & papa akan cuba apa yang boleh untuk bantu Ain.
Ain anak kesayangan kami,semoga Ain jadi contoh yang baik untuk Auni & Adeeb.Semoga niat mama nak Ain ke SMA nanti Allah permudahkan.Ameen Ya Rabbal Alamin.
2 comments:
Serapan pemahaman tak sama setiap individu, walau dari acuan dan cara yg sama. Apatah lg subjek bernombor vs perkataan. Anak aku pun sama, tak ikut jejak aku sgt...Tapi bab hafalan mmg superb. Aku? Aku superb bab hafal nombor je...esp no. hp...haha
Nizam,
Aku suka menghafal tak suka nombor!Tak tau sebab apa,mgkn sebab suka sgt membaca.Menurun kat anak no 2 tu.Subjek menghafal mmg dia sumer excellent.Bab no kureng sikit!
Post a Comment