Pages

17 October, 2017

Racistkah kita?


Happy Deepavali esok untuk mereka yang beragama Hindu.Dan selamat bercuti untuk kita yang tak menyambutnya.

 

Takleh recall kawan2 yang bangsa India masa zaman sekolah dulu..kalo tak silap ada seorang masa duduk kat Cochrane dulu,namanya Subashini (dia jiran belakang rumah kami) & ada sorang lagi-memang tak leh recall langsung..rambutnya pendek aje..masa aku Tahun 5 aku pegi sekolah sama dia (SK JALAN PEEL tahun 1989),aku pergi rumah dia-dia memanjang siap lambat –aku kena tggu dia makan dulu baru lah pegi sekolah sama2.Aku masih ingat lagi,rumah dia kemas sgt.Maknya full time housewife & karinya sangat sedap.Aku pernah diajak makan sekali.Masa kecik dulu,semua bangsa boleh jadi kawan baik.Sumpah aku lupa namanya!!Petang2 kami kayuh basikal sama2 keliling taman.Dulu ada basikal dah kira hebat sgt,aku memang akan mengayuh basikal berjam2 sehingga maghrib.Kalolah dia terjumpa blog aku ni..kan seronok kalo dapat jupe semula.

 

Kenapa dulu2 masa kita kecil kita bebas & tak kisah nak berkawan dengan apa bangsa pun?Berbeza bila kita dah masuk Uni @ dah masuk alam pekerjaan kita mula membentuk puak kita sendiri.Aku dah bekerja dengan banyak organisasi,dan aku melihat pattern yang sama setiap kali aku masuk ke organisasi.Yang melayu dengan puak melayu sahaja,yang Cina dengan bangsa riuhnya shj & begitu jugak India-mencari bangsa dia jugak.Kitakah yang racist @ budaya kitakah ini?Budaya yang diperturunkan dari senior kita dulu2.

 

Aku masih ingat aku ada seorang kawan baik masa Form 3 SEMERA berbangsa Cina-namanya Lee Ket Keong-surprisingly kami in-touch sehinggalah dia melanjutkan pengajian ke Australia.Sangat baik,even aku masih terasa betapa seronokmya berkawan dgn dia dulu.Takde prejudis,dialah cikgu Maths aku masa aku Form 3 & aku mengajar dia BM masa tu.Kami partner untuk Minggu Sains,buat buku skrap sama2 & kami menang masa tu.Allahuakhbar..indahnya persahabatan kami masa tu.Tp bila aku mula bekerja,kesibukan bertambah bila dah kawin & beranak pinak aku terus lost contact dengan dia.Tetiba rindu dengan sahabat lamaku ini..mari kita google ..sekarang dunia dihujung jari..semua boleh!

 

Deepavali mungkin takde makna apa2 pada kita yang beragama Islam melainkan kita tahu yang Deepavali means cuti umum.Dan sehari suntuk kita akan layan citer Hindi semua channel kat TV.But still as Malaysian,kita sambut semua perayaan kot.Kita still suka makan kuih bulan yang versi Halal ,aku jugak memang peminat no wahid makanan style Cina-kita jugak tak kisah melepak lama kat kedai mamak cari roti nan ataupun rasam.Budaya memperkayakan makanan sangat mudah diasimilasikan dalam hidup rakyat Malaysia ni.Jadi janganlah kita jadikan jurang agama & bangsa mencari kawan.Banyak yang kita boleh belajar melalui pergaulan dengan bangsa lain,bangsa Cina dengan skill bijak meniaganya & India dengan skill bercakapnya.India antara bangsa yang pandai negotiate walaupun kadang2 ko pening dengan point yang dia nak bagitau tapi still diorang bangsa yang hebat dalam komunikasi/persuation.Sebab tu lawyer ternama kebanyakannya berbangsa India.

 

Aku ajar anak2 untuk berkawan tak kira bangsa mahupun agama,hormat semua orang.Jangan jahat mulut,kawan baik2.Berkawan sebenarnya bagus untuk social interaksi development anak2,biarkan dia berkawan.Kita pantau dari jauh semoga anak2 kita terpelihara daripada segala bentuk anasir luar yang boleh merosakkan anak2 kita.Kitalah yang membentuk anak2 kita,sebab budaya racism ni selalunya terbentuk luar jangkauan dalam keluarga kita sendiri.Tak percaya,sila tanya anak2 kita?Ada tak kawan India @ Cina dalam kelas?Jika tidak tanya jugak kenapa?

 

Mari kita tukar budaya racism ni,kita boleh mencuba dengan anak2 kita sendiri.Anak2 kita acuan kita,jika bulat acuannya-bulat jugak hasilnya nanti.

 

Again,ketepikan perbezaan-carilah titik persamaan.

 

Kan kita 1MALAYSIA




 

 

 

 

 

No comments: