16 October, 2017

Bersangka baiklah mama!


Sejak raya haji lagi kakak ipar ada bgtau kami yang nak datang KL tumpang rumah kami,sebab dia berkursus di Putrajaya.So bila kakak ipar dah bagitau, of course kita pun seronok nak menyambut tetamu.Bak kata nabi.tetamu datang bawak rezeki,keluar bawak dosa tuan rumah.Wallahuallam.

 

Preparation was done much more earlier,mengemas atas bawah,even husband terpaksa repair 1 lagi toilet supaya boleh memudahkan tetamu kami nanti.Lauk pauk segala mak nenek aku dah start beli dari hari Sabtu lagi.Aku memang beli banyaklah,double daripada seminggu punya bajet.Punyalah excited kan..Seronok kalo orang mari rumah kita ni.En papa beli tikar baru,abiskan duit utk benda yang bukan keperluan semata2 nak bagi tetamu kami selesa.Yea mmg boleh tggu nak repair itu-ini,bukanlah keperluan sgt kalo tak kerana tetamu nak datang bertandang ke rumah kita.

 

Kita ni punyalah seronok nak raikan tetamu,kita nak orang selesa duduk rumah kita.Biar dia seronok kekdahnya.Macam kita nak duduk hotel,bukan main bersih bilik masa check in kan..kita rasa diraikan.Cadar bersih tegang elok,bilik kemas, siap coffee bar..seronok rasa hospitality tu.Sebab itu harga bilik semalam kat hotel mencecah beribu pun ramai sanggup bayar,sebab apa kita reward diri kita dengan keselesaan.Kita suka dilayan,itu fitrah manusia.

 

So maghrib semalam kakak ipar datang satu family bersama anak saudara suami yang mengaji kat UIA tu..aku memang masak banyak..kari ayam,patin tempoyak,ikan bakar.Lepas makan Kakak Ipar bagitau dia sekeluarga nak tido hotel kat Putrajaya..Kami laki-bini pandang sesama sendiri.Tapi kami hormatlah keputusan dia,mungkin lebih selesa, lebih memudahkan bagi dia berbanding duduk rumah orang kan.Itu hak dia,siapalah kita nak menghalangnya.

 

But still,aku lebih prefer kalo diberitahu lebih awal.Aku bukan apa tak suka simpan lauk banyak2 dalam freezer,ni bila dah takde tetamu..mana nak masak banyak2.Kami anak beranak makan ikan 2 kerat pun cukup dah sekali makan,kalo goreng ayam pun 4 ketul tak abis.Simpan lauk lama2 tak elok,tak sedap dah masak nanti.So plan aku masak banyak2,sedekah jiran tetangga.Mungkin takde rezeki nak raikan tetamu tapi ada rezeki nak sedekah pulak kan..I/allah.

 

Pelajaran disini,mesej kena jelas.Kita tak tau apa yang orang lain dah buat semata2 nak meraikan kita.Sanpai en papa demam urat hari ni,mengemas ,bertukang punya pasal..Sebab itu aku kalo boleh nak pegi rumah sedara-mara/adik beradik aku elakkan utk bermalam,aku akan bagitau nak singgah kejap aje.So kita taknak menyusahkan tuan rumah nak melayan kita yang 5 beranak ni,tak perlu nak susahkan orang nak berhabis duit nak menjamu kita.Kita pun faham,kos bahan masak bukan murah sekarang ni.Selagi boleh tak mau menyusahkan sapa2,kita elakkan.Lainlah kalo balik kg sendiri,kita masak sendiri,kita beli barang sendiri.Itu lain citernya.

 

Aku takdelah rasa apa sgt, tapi bila melihatkan en papa jatuh sakit pagi ni semata2 sebab nak meraikan kakaknya.datang,terasa jugak dalam hati.Kesian suamiku.,semoga Allah beri kesembuhannya.

 

Blog post aku ni sekadar luahan hati aku,tak perlu sesiapapun yang mengiyakan @ menidakkan post ni.Cuma amik pengajaran dari kisah aku ni,mesej kita kena jelas walau dalam apa keadaan pun.Semoga kita memudahkan semua orang dalam urusan kita seharian.Dan berusahalah kita sehabis baik menjaga tali silaturrahim seerat mungkin,kerana pernah terbaca,Untuk menjamin kemurahan rezeki kita,jagalah tali persaudaraan kita sesama adik beradik mahupun saudara mara.

 

Wallahuallambissawab

 

Semoga Allah melindungi kita dari tipu daya syaitan yang direjam dan melindungi kita dalam rahmatNYA.

 

Ameen Ya Rabbal Alamin.


*scrolling gambar bilik hotel,buat motivasi nak bawak anak berjalan cuti2 malaysia!

 

 

 

 

No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...