Pages

17 November, 2009

mengantuk tahap gaban!!

saat ku taip entry nih
aku sgtlah mengantok
wpun tadi dah belasah kopi-o kat mamak
dgn roti kosong & telur 1/2 masak sebijik
aku still ngantok lagi

kisahnya
as usual
si auni akan bangun mintak susu sejam sekali
dan mula penyakit berdukung dr kul 4.30am td
dan bermulalah saatnya aku tak leh tido
auni colic lg pg td
malam td mmg sejuk sgt
no wonder kalo auni kena colic lg
tp dia tak meragam sgt
siap dia ajak aku borak lg
auni skrg dah pdi mengagah
aku sapukan minyak yu yee
dan bg minum gripe water
dlm kul 6am baru ler auni ngantok balik...

aduiiiiiiiiii...
aku terlena di bwh buaiannya si auni
kul 6.30am papa dh kejut utk mandi
mmg sejak 3 bulan yg lalu
aku tak lena tido
dibuat dek auni...
tgk papa..
tido best jerrrrrrrrr...
siap bergulung dlm gebar

oppppppppps hr nih cukup auni berusia 3 bulan
esok nak bwk auni g cucuk lg
sure demam lg..
alahai!!

16 November, 2009

happy besday papa...

semalam hari jadi papa
yg ke 30thn
tp papa tk sihat
sejak balik dr PD
papa demam & batuk & flunya
smp berjangkit pd auni

aku tak smpt beli apa2 pun
sejak seminggu yg lalu
aku terkejar2 dgn masa
nak menguruskan auni & aIN
sinced papa berkursus

semalam aku & family
lari kejab ke Lenggeng,Ng 9
attend wedding kawan
sgtlah jauh..

so semlm the whole day auni tido dlm keta
sementelah dia ada flu
kesian plak aku dgn dia
balik sggh umah iman kat putrajaya
smp umah di ampang dlm kul 7.30pm

auni dah mmg tido dr dlm keta lg
tp by 3am onwards
auni tak mo tido
jenuh aku
berdukungnya..berbuai..ku peluk..kudodoi
sumernya tak jalan..
dia meragam sgt
smp ke 6am
the klimaksnya
dia menangis bagai nak rak

ku check perut
mungkin "colic"
sbb cuaca sejuk mmg jd penyumbang utama
kalo auni "colic"
tung..tung..tung..bunyi perut auni
sah "mmg colic"

aku sapu minyak yu yee
kat belakang betis dia
tapak kaki..perut dia
belakang badan..
ku tuam kaki & perutnya
"still x jalan jugak"

aku bagi dia "gripe water"
baruler lega sikit..
dia buang angin tak berhenti
tp auni still menangis
"lgsg x mo susu"
susahnya ht aku

tp aku tpaksa jugak pg keja hr nih
aku dah takde cuti lgsg
bayangkan betapa sedihnya aku
meninggalkan dia di nursery
di saat dia masih menangis kuat
masuk aje keta lepas letak auni
"aku plak yg menangis"

luluh hati seorg ibu
dan spjg perjalanan ku td
tak putus aku berdoa
smg auni dh berhenti menangis & dh boleh tido

ku tel ana
"pengusaha nursery anak2ku"

"kak..auni baru lepas mandi"
ok.auni dah tak nangis
skrg nak menyusu

legaaaaaaaaaaaaaaaaa..aku...

allahhuakhbar
sayangnya pd anak aku..

lindungilah anak2ku ya ALLAH
permudahkanlah aku menjaga & mengasuh anak2ku
dlm kesibukkanku sbg ibu..sbg wanita bekerjaya..sbg anak

utk suamiku
"selamat hari lahir yg ke 30"
smg panjang umur & murah rezeki hdknya
mama & anak2 will always loves u..

11 November, 2009

kesian ain


sewaktu aku betul2 baru smp dpn umah
belum pun smpt ku cabut tudung
terdengar si ain menangis
ku tanya kenapa?

"ain sakit gigi,mama"
alahai..
kesian anakku

mmg inilah satu2nya trauma bg aku
aku membayangkan betapa susahnya anak sekecil ain
utk kuheret bertemu dentist

ain tunjukkan gigi geraham sblh kanannya
"berlubang"
mmg ku akui
gigi ain mmg banyak masalah
selain habit menyusu smbl tido
dan minum & makan benda2 yg manis
serta kemalasan & ketidak mahuannya dia
utkku berus ggnya..
makin memburukkan lagi keadaan

so aku tak amik masa yg lama utk buat keputusan
aku bancuh sedikit garam & air suam
aku paksa ain berkumur
aku mandikan dia
siapkan dia
dan sekaligus aku jugak mandi
dan bersiap utk bwk ain bertemu dentist malam nih jugak
memandangkan papa takde selama 2 hari mulai esok
mencari dentist di kosas
rupanya gah pd signboard jer
haram takder..
konon nak pg pandan indah
at last masa papa lalu di belakang waterfront
nampak signboard "KLINIK PERGIGIAN INDRA MAWAR"
nampak cerah means mungkin masih BUKAK lg

jenuh aku memujuk ain
ain cakap

"mama,ain tak mau cabut"
"nak mintak doktor tampal jer"

jupe doktor..
doktor tanya apa masalahnya
mintak ain duduk di kerusi
alhamdulillah
wpun ain nampak takut tp dia sgt obedient
aku tak beranjak sedikit pun dpd dia

doktor amik segala perkakasnya
"mmmm mmg berlubang giginya"
"kena tampal & buat rawatan akar sbb nampak lubangnya agak dalam"

once dia mula nak menampal
ain nampak cuak
doktor tuh sehabis lembut cuba utk bg treatmentnya
for the first 5minute ain still ok
tp lepas tuh dia mula "menangis"
sian ain..
jenuh pulak memujuk..

so doktor amik keputusan buat tampalan sementara pd gigi geraham hdpn
dan buat treatment matikan akar pd gigi geraham ain sblh belakang
agak sukar tp ain nampaknya mula rasa ok kot
sbbnya dia tak meragam sgt...

dkt 15minutes barulah rawatannya tamat
doktor bagi antibiotik & jugak ubat tahan sakit utk ain
kosnya hanya RM88

tak kisahlah
asalkan ain sihat & tak mengadu sakit lagi..
aku cukup risau kalo dia sakit lagi
susah hati..
opis dah ler jauh dr umah
dgn papa yg takde esok-lusa nih
buat aku makin susah-ht kalo dia sakit..

aku hanya berharap ain cpt sembuh
dan aku berazam nak bwk ain
utk next treatment
kalo boleh nak tampal sebelah kiri gerahamnya pulak..
smg mudah nak memujuk ain nanti

lindungilah anak2ku ya allah

aiyokkkk.....

alahai esok papa nak g course kat PD
so aku akan makin kelam-kabut
nak menguruskan anak2 ku pg2 tuh
nak kelam-kabut balik pulak
nak amik budak2 tuh
selalunya anak2ku by 2pm dah ada umah
sbb papanya balik awal
kesian pulak anak2ku tpaksa dok lama
kat nursery tuh..
nak wat m/mana..
mama takde cuti dah sayang ooiii..


aku kena belajar independent

papa makin hari makin sibuk
aku malas nak susahkan mak
disaat mak tgh susah hati
biarlah aku uruskan anak2ku sendiri

smg dipermudahkan sgl urusanku

10 November, 2009

tired mama..

betapa sibuknya aku sejak mula bekerja
betapa penatnya aku
awal pg seawal pukul 7am
aku dah berangkat ke opis di PJ
selewat kul 8pm baru aku tiba di umahku
kelam-kabut nak memasak
nak mengemas,nak membasuh
siapkan beg baju auni & ain
penat sungguh..
tgh malam pulak
ntah berapa jam jer aku dpt lena
kena bangun susukan auni
yg akan bangun 4-5 kali satu malam
belum lg bab dia meragam
nak tido berdukung..

tp penat2 pun
inilah kebahagian
bergelar seorg ibu kepada 2 permata hati ku
weekend sedaya-upaya
aku akan luangkan masa
bwk2 anak2ku berjalan
terutamanya ain
yg pandai request skrg nih
"ain nak pg jalan2"

kesian jugak pd ain
kdg2 sedih jugak tgk dia menunggu aku balik
ikutkan hati aku mmg tak mo keja dah
sejak ada auni
aku rasa HATI aku ada kat umah jer
aku kesian pd auni yg masih kecik
tp desakan hidup & komitmen yg pelbagai
aku kena lupakan hasrat ku bersara awal nih..
aku kena kuatkan hati utk terus bekerja
sekurang2nya 10 tahun lg
insyaallah

aku hanya tawakkal je
smg anakku2 selamat dlm jagaan nursery
smg anak2ku sihat sentiasa
smg aku kuat hati & cekal hati
melalui hr2 mendatang..