Pages

11 November, 2009

kesian ain


sewaktu aku betul2 baru smp dpn umah
belum pun smpt ku cabut tudung
terdengar si ain menangis
ku tanya kenapa?

"ain sakit gigi,mama"
alahai..
kesian anakku

mmg inilah satu2nya trauma bg aku
aku membayangkan betapa susahnya anak sekecil ain
utk kuheret bertemu dentist

ain tunjukkan gigi geraham sblh kanannya
"berlubang"
mmg ku akui
gigi ain mmg banyak masalah
selain habit menyusu smbl tido
dan minum & makan benda2 yg manis
serta kemalasan & ketidak mahuannya dia
utkku berus ggnya..
makin memburukkan lagi keadaan

so aku tak amik masa yg lama utk buat keputusan
aku bancuh sedikit garam & air suam
aku paksa ain berkumur
aku mandikan dia
siapkan dia
dan sekaligus aku jugak mandi
dan bersiap utk bwk ain bertemu dentist malam nih jugak
memandangkan papa takde selama 2 hari mulai esok
mencari dentist di kosas
rupanya gah pd signboard jer
haram takder..
konon nak pg pandan indah
at last masa papa lalu di belakang waterfront
nampak signboard "KLINIK PERGIGIAN INDRA MAWAR"
nampak cerah means mungkin masih BUKAK lg

jenuh aku memujuk ain
ain cakap

"mama,ain tak mau cabut"
"nak mintak doktor tampal jer"

jupe doktor..
doktor tanya apa masalahnya
mintak ain duduk di kerusi
alhamdulillah
wpun ain nampak takut tp dia sgt obedient
aku tak beranjak sedikit pun dpd dia

doktor amik segala perkakasnya
"mmmm mmg berlubang giginya"
"kena tampal & buat rawatan akar sbb nampak lubangnya agak dalam"

once dia mula nak menampal
ain nampak cuak
doktor tuh sehabis lembut cuba utk bg treatmentnya
for the first 5minute ain still ok
tp lepas tuh dia mula "menangis"
sian ain..
jenuh pulak memujuk..

so doktor amik keputusan buat tampalan sementara pd gigi geraham hdpn
dan buat treatment matikan akar pd gigi geraham ain sblh belakang
agak sukar tp ain nampaknya mula rasa ok kot
sbbnya dia tak meragam sgt...

dkt 15minutes barulah rawatannya tamat
doktor bagi antibiotik & jugak ubat tahan sakit utk ain
kosnya hanya RM88

tak kisahlah
asalkan ain sihat & tak mengadu sakit lagi..
aku cukup risau kalo dia sakit lagi
susah hati..
opis dah ler jauh dr umah
dgn papa yg takde esok-lusa nih
buat aku makin susah-ht kalo dia sakit..

aku hanya berharap ain cpt sembuh
dan aku berazam nak bwk ain
utk next treatment
kalo boleh nak tampal sebelah kiri gerahamnya pulak..
smg mudah nak memujuk ain nanti

lindungilah anak2ku ya allah

No comments: