Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas.
Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan.
Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata.
Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu.
Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah dan sedang mewarnai hidup.Anak2 memang truly blessing dari Allah swt.Anak2 jadi pemangkin supaya aku jadi lebih baik hari demi hari,lebih sabar,lebih banyak doanya dan lebih kuat berusaha sbb nak beri yang terbaik buat anak2 kerana anak2 tak minta dilahirkan.Dia dilahirkan dengan izin Allah swt menjadikan kami sbg ibubapa mereka maka suka atau tak suka,kami memegang amanah untuk membesarkan,mendidik & beri segala yang terbaik dibawah kemampuan kami.
Tak mintak banyak,semoga Allah swt panjangkan usia yang barakoh,dimurahkan rezeki supaya aku dapat retire for good by umur 50/51 nanti.Diberi kesihatan yang baik & terus ada ruang berbakti untuk mak yang makin uzur.Diberikan kemudahan serba serbi & ditunjukkan jalan keluar pada setiap kesulitan.Semoga anak2 berjaya dunia akhirat,ditemukan jodoh yang baik2 dan yang paling utama smg anak2 jadi anak yang mendoakan kami ketika suatu masa kami dipanggil pulang ke negeri abadi kelak.
Layanlah gambar dr hp my eldest daughter-Ain
So that xde plak gambar Ain dlm ni,dah dia yang tukang photognya.
Hello 46th!! |
Yours truly |
Dengan boypren halal |
With Auni my 2nd |
With Adeeb-my 3rd |
My with bongsu -4th |
Tetaplah nak enterframe potong kek mama. |
1 comment:
Happy birthday Lynn, moga sentiasa dalam lindungannya...hugs hugsss....
Post a Comment