01 March, 2024

Back to school be like :x


1/3/2024 hari SST kicked in
Nangislah bayar barang lepas ni
Boleh dah tengok senarai barang yang kena cukai 8% selepas ni,tiba masalah kita insaf lebih dan berhemah dalam berbelanja

Hari ni jugak harinya kita boleh start claim back Income Tax yang telah dibayar ke LHDN
Katanya tahun ni dah start terasa bahangnya
Banyak benda yang tak leh claim cthnya;- Perlancongan yang kita dapat rebate tunai RM 1k tahun lepas.
So welcome to Madani era
Serba perit & sakit.

Sehari dua ni dah berjaya settlekan urusan kelengkapan sekolah anak2
Anak yang bersekolah ada 3 orang tahun ini termasuk Affan yang akan memulakan Sessi Tadika 6 tahun-di TABIKA PERPADUAN aje.
As usual mak ko cheapskate😂

Baju seragam termasuk pakaian dalam total adalah RM643.00-ini untuk 3 orang anak ye.Adeeb kena beli seragam untuk 2 sekolah berlainan.Itupun habis sikit dah belinya.Auni hanya sepasang.Adeeb beli 3 pasang.Affan beli 2 track suit.Adeeb dpt track suit 1.Beg sekolah beli 3 buah.Since beg sekolah habis koyak dah masing2.Tudung Auni dan pakaian dalam untuknya.

Buku sekolah Adeeb termasuk stationery 3 beradik tu adalah berharga RM 252.70.Beli plak baju kurung pasang untuk Auni pakai prep-nun beli kat Muaz textile-rega RM 120.00 dptlah 3 pasang & kasut prep sepasang RM 59.30.

Yuran SRA Adeeb dalam RM 357.00 & Auni dalam RM83.00.Yuran Tabika Perpaduan Affan anggaran kami standby dalam RM 300.00.

Jadi plus minus dekat RM2000.00 juga belanja buka sekolah budak2 ni.

Minggu depan kami akan ke Terengganu plak menghantar Auni balik ke asrama.Kos perjalanan wajiblah RM500.00.Tak hantar tak boleh jugak sbb kali ni tiada bas yang disediakan kesana.Suka atau tidak wajiblah kesana jugak.Kena bagi jugak duit poket kurang2 RM200.00 lebih takut ada buku2 yang cikgu suh beli & lagi2 nak bulan posa kot dia teringin nak makan itu @ ini.

So moral of the story memang bulan Februari gaji memang lebur untuk perbelanjaan naik sekolah anak2.Mak pak silalah berjimat apa yang patut.Mujurlah nak masuk bulan posa,jimatlah belanja makan kat pejabat kan.

Tapi bulan puasa tak jimat mana jugak kan..belanja melayan tekak pun boleh tahan.Nak murtabak daging,nak ayam percik,nak puding karamel belum lg nak minum air macam2 kaler maunya.Astaghfirullah..tobatlah Lynn !!
Belum campur anak2 teringin nak itu,teringin nak ini.Takkanlah mama kata xleh.Dah ler penat posa seharian,tak sampai hati weiii...kesian kan.

Membebel kenaikan harga pun xkan memberi faedah-sbg marhaen kitalah kena bijak urus kewangan kita.Kurangkan makan diluar,kurangkan membuang masa browse lazada,shoppppeeeee bagai tu.Settlekan hutang yang ada secepat mungkin.Ajar anak2 membeli yang perlu shj & yang paling penting sekali janganlah pi tambah hutang baru.

Gittewwww!!




No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...