25 March, 2024

14 Ramadhan

Yaa ampon dah masuk 14 Ramadhan
As usual hidup serupa apalagi sepanjang Ramadhan ni
Pukul 5am dah bangun siapkan sahur & tak tido dah -solat subuh & bersiap nak g keja

Balik keja smp rumah pkl 5pm
Kelam kabut memasak plak
Masaklah apa aje yang ada
Yang mudah2 aje sebab memang berkuntau sgt mengejar masa
Paling cepat sudah memasak pkl 6pm
Paling lewat 6.40pm itupun jika Cik Nee ada kat umah sebab bila Cik Nee ada auto masak beria sikit.

Terawikh kalo x penat sgt,heret jugaklah kaki ke masjid.Kalo penat memang tido awal,sbb mata tu berat aje bila dah lepas isyak tu.

Anak2 alhamdulillah berpuasa tanpa banyak isu
Adeeb aje dah ponteng 2 hari sebab dia demam baru ni.
Affan masih belum diajar berpuasa-insyaallah tahun depan kita try ajar dia pelan2.

Shopping checklist & things to do
Ada beberapa perkara tak dibeli & settle lagi
  • Tudung raya Ain/Auni
  • Dokoh & brooch Ain/Auni
  • Kasut raya Adeeb/Mama
  • Selipar Adeeb yang hilang perlu diganti
  • Bayar duit kuih raya
  • Tukar duit raya
  • Make up si Ain
  • Skincare mama yang dah nyawa2 ikan
  • Buahtangan nak bawak balik kg
  • Seluar jalan Adeeb
  • Haircut for myself-serabut tengok rambut yang tak terurus ni.
  • Cuci dapor & stock up lauk pauk sebelum balik kg 
  • Mengemas hall-cuci kipas-servis a/c
  • Tukar cadar bilik
  • Mula mengemas beg untuk balik kg
Tahun ni memang raya paling berjimat rasanya
Anak2 hanya dapat baju sepasang untuk pakai dipagi raya & sepasang baju jalan & kasut raya.
Takde yang extravagant.Mama tahun ni pun xde beli handbeg raya sebagaimana tahun2 sebelum ni.
Tahun ni staf gomen tak dpt bonus raya makanya tight jugak budget raya kami-semata2 bersandarkan saving yang tak seberapa.

Apapun kena banyak bersyukur kerana masih ada rezeki menyiapkan kelengkapan raya anak2 seadanya.Macammana susah pun wajiblah berganti baju raya anak2, sebab to be frank anak2 pun jarang berganti baju jika tak kerana nak beraya.Sekadar tambah sehelai dua baju duduk rumah terutamanya Adeeb & Affan yang membesar dengan jayanya.Ain & Auni statik aje saiz masing2-sekeping aje.Makan x seberapa bdk2 tu.

Ajarkan anak2 kita tentang rasa syukur,sebab dengan kita bersyukur insyaallah Allah swt akan tambah lagi rezeki kurniaanNYA.Yakin & percaya Allah swt maha pemurah,tiada tangan yang menadah tangan berdoa dibiarkan kosong tanpa pemberian yang diminta atau diberi yang lebih baik dari apa yang kita doakan.

Teruskan berpuasa ye..ada plus minus dalam 2 minggu lagi kita akan menemui 1Syawal.Semoga amal ibadat kita diterima tanpa filter hendaknya.






No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...