Pages

26 October, 2015

Santau konon!

Cuti awal muharram tempohari
Aku berada di Taiping
Melawat sepupuku yg koma di ICU
Kerana kegagalan kedua-dua buah pinggangnya

Sepupu aku masih muda 
Belum mencecah 30 tahun
Dan masih anak dara belum berkawin lagi

Dia langsung tak tahu yang dia menghidap penyakit buah pinggang walaupun banyak simptom awal yang dia alami 3 bulan sebelum itu.
Dia hanya pergi klinik biasa & diberi sebegitu banyak ubat-kata doktor ada ulser perut.
Bila tak baik2 wpun dah telan ubat macam2,mak & ayah sedara aku bawak jupe bomoh-kononnya takut anaknya terkena "santau"
Hukaloh!!

Telanlah air jampi berbolong2
Sampai sengkak perut kembung air

Kemuncaknya dia sakit dada,rasa sesak nafas & pengsan
Dikejarkan ke hospital & koma 
Situasi sgt kritikal 
Emergency dialisis terpaksa dilakukan

Hari ke 6 baru beliau sedar dari koma
Masyaallah
Dan sekarang beliau dah dibenarkan keluar wad & diberi MC selama sebulan
Arahan dialisis telah diberi & masih dalam pemerhatian doktor lagi

Moral of the story
Peringatan untuk diri aku
Dan mungkin utk kawan2 jugak
Kalo sakit berpanjangan atau simptom sakit masih ada walaupun sudah berkurangan silalah melawat ke hospital-dapatkan diagnosis awal.Kalo mmg takdir Allah kita sakit teruk,i/allah ada ubatnya.Kita usaha & tawakal pada Allah.

Takyahlah jupe bomoh,tok dukun
Kita boleh try cuba perubatan alternatif bila perubatan moden tak menjadi
Tapi janganlah terus abaikan perubatan moden.

*gambar takde kena mengena dgn cerita,cuma gambar diambil ketika menunggu di luar wad ICU,Hospital Taiping.

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan disini:-

Bila doktor telah mengesahkan tentang sakit sepupuku itu adalah kegagalan buah pinggang-soalan pertama yang ditanya adakah sepupuku mengamalkan pengambilan ubat kurus?

Sekadar buat renungan kita.







4 comments:

ibuafiqahhuzaifah said...

adakah ubat kurus dipasaran merbahaya walaupun ada kelulusan KKM?
huhu persoalan yang tak terungkai...betul tak Lyn?
kurusler cara sihat..

Dr Singa said...

alhamdulillah dah sedar..

apa akhirnya Dr kata diagnosisnya?

mama lynn said...

Dr Singa,

Sekarang asik kuar masuk ICU,ini dah kali kedua.Skrg tgh melalui rutin dialisis & diet ketat.Kesian tgk dia.

mama lynn said...

Takut kan Irniey..
Wallahuallam
Sy amik pendekatan apa ubat yg kita amik ada kesan jangka pjg pada kita