Pages

06 October, 2015

Aidiladha @ Dungun!

Setelah 2 tahun tak balik beraya Haji kat Dungun
Tahun ni baliklah jugak
Cadangnya nak buat akikah Adeeb kat kg sebab nak buat kat sini
Mahalnyalah kira sebahagian lembu kat sini
Dekat RM700..gulp!
Kalo 2 bahagian dah RM1400
Kat kg baru RM450 sebahagian

Raya jatuh hari Khamis
Rabu petang baru kami balik sbb aku masih ada urusan hari tu
Huru hara nak kuar KL menuju ke Tol Gombak
Boleh kata semua jalan nak masuk ke Tol Gombak-MRR2,DUKE-sumer sesak teruk.

Masuk tol Gombak-super sesak
Merasalah bersesak lama kat highway
Mencabar betul sbb dengan kanak2 lagi
Makan malam kat RNR Temerloh pun dah dekat pukul 10pm
Ank2 pun mengamuk lapor
Orang ramai,nak cari seat pun macam mengemis kekdahnya
Huhuhuhu!!

Selamat sampai kg pukul 2am
Nangis!!

Esok pagi kelam kabut bangun 
Dah pukul 7am-subuh dihujung waktu
Berebut iron baju raya masing2
Sebab en papa nak g solat raya

Pagi raya takde aktiviti
Makan apa aje org hidang


As usual ada nasi dagang
Ketupat palas + sambal ikan kering + kuah kacang

Pastuh sibuk menyiapkan rencah2 nak masak gulai
Sebab rencananya nak buat kenduri akikahnya lepas Asar
Tapi..en papa balik bagitau lembu yang sepatutnya nak disembelih tu boleh pulak terlepas..mak aikhhhh!!
Alih2 memang tak jadilah sembelih
Dah lembu tu naik minyak pulak pagi tu

Terpaksalah beli daging 10kg dari pasar semata2 nak masak sebab tetamu telah dijemput
Makanya majlis akikah adeeb ditunda lagi sehingga Disember ni
Nak buat sekali dengan majlis kawin adik ipar 

Esoknya aku membosan
Tak tau nak wat apa
Datanglah idea nak memasak lontong
Sebab tgk banyak jugak nasi himpit biras masak yang masih berbaki lagi
Maka dengan bantuan mak 
Tel mak tanya resepi
Maka jadilah lontong versi 36 tahun baru 1st time masak
Masak bukan susah pun tapi kalo dah dasar pemalas kan
Tak dapek nak menolong!!




Sedap sampai licin seperiuk
Tak sangka pulak org terengganu pandai makan lontong
Hahahah!!

So begitulah raya kami 
Takde cerita best pun
Terperuk kat rumah
Makan dan makan
Sabtu kami balik KL semula
Ahad melepek kat rumah
Penat travel nih!!




1 comment:

Daddy Ziyyad said...

Saya "simpati" baca setiap kali musim raya, nak ke pantai timur mesti jem teruk...

Saya rasa lembu kat Dungun tu gemok kot..tu pasal 1 bahagian mahal..hahaha