Pages

06 October, 2015

Lontong versi Opah Cik Nee

Ini mmg faveret no wahid aku
Lontong!

Menu wajib ada @ menu ulang tayang tiap kali musim raya keluarga aku
Seperiuk besar kami adik beradik kerjakan

Nak buat lontong tak susah
Nak mula tuh aje yang payah

Kali ni aku nak share resepi memasak lontong versi Mak Aku yang orang biasa panggil Cik Nee.

Bahan2:-

Kobis
Kacang panjang
Lobak
Sengkuang
*semua atas tu hiris halus2

Suun & fucuk-rendam dulu bagi lembut

Tempe
Tauhu
*potong kecik & goreng sebentar


Bawang merah+bawang putih +cili merah-hiris halus
Udang kering-tumbuk
Serai 1 batang-titik

Santan cair-1,1/2 biji-terpulang berapa banyak nak kuahnya
Santan pekat -1cawan (jika suka)

Cara2:-
Tumis segala bahan tumis (bawang segala & serai)
Tumis sampai wangi

Masuk santan cair

Then baru campak segala sayur2 keras macam-carrot+kacang panjang

Dah mendidih

Baru masuk sayur lembut2 tuh
Masukkan tempe & tauhu goreng tu

Masukkan santan pekat utk pekatkan kuah sedikit (agak2)
Masukkan daun kunyit (jika suka)

Masukkan suun & fucuk masa ni.

Dan perasakan sesedap rasa.

Hidangkan dengan nasi himpit + sambal ikan bilis

Ada orang suka sambal kacang
Atau sambal udang

Aku pulak suka makan dengan sambal ikan bilis.

Dan tambah kacang goreng + telur rebus jika suka.


*terus lapor tgk gambar ni!!

Selamat mencuba semua.
Deepavali nak dekat ni!!

Kan kita satu Malaysia!!

No comments: