Pages

13 June, 2013

Vaksinasi & isu semasa



Seriously mmg tgh trending kot dlm forum ibu2 ,page kesihatan ibu & anak terutamanya

Aku ada join satu group dl Fb
Ttg kesihatan ibu & anak
Yea lah-mana tau ada info yg bguna yg boleh diguna dimasa hadapan
Lagi2 tgh mgdg nih kan
Banyak benda yg aku terlupa
Jadi aku percaya
Mencari ilmu itu tiada penghujungnya

Hari nih ada 1 isu hangat
Ttg pendirian seorang ibu yang refuse utk memberi vaksinasi berkala kepada bayinya even Bcg yg diberikan slps bayi baru lahir 
Dgn alasan keraguan kepada kandungan-halal/haramnya unsur vaksin tersebut utk diberi kpd bayi
Ada jugak yang ditokok tambah yg mgatakan memberi vaksinasi itu amalan masyarakat barat-x islamik /tiada keperluan disitu

Trust me
Ramai ibu yang mempunyai pendapat yang sama
Semuanya atas dasar mahukan yang terbaik utk ank mereka
Yea,siapa tak mahu yang terbaik utk anak yg penat kita kandung kan?

Baru2 nih majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa vaksin Rotavirus kedua2 jenisnya terbukti mempunyai Dna bab*
Jadi haram hukumnya
Tetapi diberi kelonggaran utk mengambilnya sekiranya bayi berada di kawasan terancam dgn wabak AGE tersebut.
Sekiranya tidak ada ancaman-semoleknya bayi tersebut dijaga tahap kebersihannya serba-serbi
Ini mmg jelas lagi bersuluh

Aku takdelah kata apa yg ibu2 nih buat adalah tak betul
Aku hormat pendirian masing2
Cuma aku rasa kan baik jika tidak mendengar @ menjatuhkan konklusi tanpa penyelidikan rapi
Yg mjadi mangsa bayi itu sendiri

Sekarang mungkin boleh mendabik dada
Anak saya so far ok wpun tanpa vaksinasi
Esok-lusa siapa tahu?
Kita tak tahu kan!!

Mencegah lebih baik daripada merawat
Dan aku tetap dgn pendirian aku
Memberikan perlindungan asas kepada anak aku selama mana aku mampu dan ianya bermula dgn vaksinasi berkala
Selama mana tiada pengeluaran fatwa halal/haram-aku berpegang pada yang itu shj.
Hanya itu.

Ada seorang doktor keluarkan pendapat dlm page tersebut
Namanya aku rahsiakan yea

"Kalau dok kira sgt halal/haram -kandungan yang meragukan dlm vaksin tersebut-rasanya ibu2 kena mula memikirkan utk bersalin di rumah tanpa dadah-kerana sewaktu bersalin macam2 ubat yang akan disuntik ke tubuh badan ibu-cth: ubat mengecutkan rahim-ubat bius utk hilangkan sakit ketika dijahit luka perineum,epidural"

Ubat2 ini juga tiada tanda halal & mungkin jugak meragukan kandungannya!!

See the point of it?

Susah kan kalo masing2 tak terbuka-mata
Masing2 anggap mereka yang terbaik

Ini pendapat peribadi
Tak mewakili mana2 pihak pun

Bagi aku -doktor merupakan rujukan utama utk segala isu kesihatan
Kedua-sumber2 dlm internet
Ketiga-pengalaman sendiri

Doktor nih telah dididik bertahun lamanya utk menjadi seorang doktor
Jadi wajarlah mengikut nasihat mereka & merujuk pada yang pakar
Aku bukan anti perubatan alternatif
Tapi bagi aku kita usaha setakat mana kita mampu
Selebihnya kita tadah tangan tawakal pada Allah


Jgn dipolitikkan entri nih
Ini pendapat peribadi
Dan tak mewakili sesiapa pon

Hormati perbezaan pendapat
Dan berusaha mencari titik keseimbangan setiap segi

Peace no war!!









8 comments:

Imaan09 said...

Harharhar.. Lea duduk dikalangan pejuang2 y xnak anaknya d vaksin..malas nk amik pusing.. Satu soalan sj..kut2 kak lin tau jawapannya.. Adakah vaksin WAJIB kt mesia ni..?? Wajib sehingga klu xbuat kna penalty..?? Sbb sumtimes, feel annoyed dgn kempen mereka.. Hihii.. Klu xwajib, xyah la amik, dok diam2, risiko esok2 tanggung sdiri.. Knapa xsemudah itu??

Imaan09 said...

Harharhar.. Lea duduk dikalangan pejuang2 y xnak anaknya d vaksin..malas nk amik pusing.. Satu soalan sj..kut2 kak lin tau jawapannya.. Adakah vaksin WAJIB kt mesia ni..?? Wajib sehingga klu xbuat kna penalty..?? Sbb sumtimes, feel annoyed dgn kempen mereka.. Hihii.. Klu xwajib, xyah la amik, dok diam2, risiko esok2 tanggung sdiri.. Knapa xsemudah itu??

littlehumblelynn said...

Lea,

Kerajaan msia belum mewajibkan lg tp memberi galakan & subsidi penuh utk itu.Kjaan Msia dgn dasar kesihatannya komited utk provide better vaccination system sejak bayi baru lahir lagik.sbb itu jadual penuh immunisasi & pemeriksaan bayi secara berkala diberi secara percuma utk kita.

Utk mereka2 yg refused itu & ini-better dok diam2-stand on their right.x pyh nk kompang sana-sini mgatakan tindakan mereka betul & yg kita buat nih salah.

Sedangkan polisi vaksinasi ini dah dijalankan berpuluh thn lamanya & inovasi dijlnkn berperingkat2.

Bg k .lin-selagi xde kenyataan rasmi @ bukti kukuh-stick shj dgn apa yg ada.bersyukurlah jd rakyat msia

Suliana said...

Setuju dgn akak. Slgi blm keluar fatwa haram, akakn diteruskan.tp point utama isu ni dh melencong sebenarnya. Mulanya psl nk vaksin atau x, pastu meleret2 ke lain..

Suliana said...

Setuju dgn akak. Slgi blm keluar fatwa haram, akakn diteruskan.tp point utama isu ni dh melencong sebenarnya. Mulanya psl nk vaksin atau x, pastu meleret2 ke lain..

littlehumblelynn said...

Sue

Kita stick shj pd yg lama smp ada keluar fatwa/bukti2 kukuh ttg halal/haramnya.ssh mgadap org yg lebih pdi dr doktor nih.

Liz said...

Betul la. Sekarang ni isu vaksin makin menjadi-jadi. Ibu yang memilih untuk memvaksinkan anak dipandang seperti tak sayangkan anak. Erk, sampai begitu sekali.

Bagi saya, jadual imunisasi penuh tu tidak salah untuk diikut kerana insya Allah ia memberi perlindungan. Untuk vaksin tambahan, saya tak ambil kerana rasa tiada keperluan setakat ni (harapnya semua ok). Kita hanya boleh berusaha untuk memberi perlindungan, betul tak? Jangan nanti bila anak dah sakit dan tiada pelindungan dari vaksin, baru nak menyesal.

Sekurang-kurangnya, kita telah mencuba

littlehumblelynn said...

Liz

Tuh ler,kita buatlah apa shj mengikut naluri kiya sbg ibubapa asalkan x bertindih dgn akidah @ menyalahi undang2!!