06 November, 2012

BURGER BAKAR-LOKAS MAKANA PUCHONG UTAMA

burger bakar LOKAS MAKANA- PUCHONG UTAMA

setelah berbulan2 dok baca review orang
sabtu lepas baru berkesempatan pergi Lokas Makana,Puchong Utama
konsep food court terbuka
memang banyak kedai makan
dan tarikan utamanya tentulah Burger Bakar

kosnya baru RM8
tapi boleh makan 4 beranak
utk meat lover mmg sesuailah kot

macam aku nih
setakat merasa, oklah
bukanlah beria makan sgt pun
nak rasa jerk m/mana sedapnya

daging patties tuh saiz besar
mungkin dibuat guna daging kisar + lada hitam+tepung jagung kot
sbb kuat sgt bau lada hitam tuh
kukus-grill-panggang
ehhh!
bakarler..

ada cheese
ada mayonaise
ada sos
ada salad
ada roti
jadiler burger bakar

x leh telan banyak2
muak utk tekak aku

sedap utk mereka2 yang suka makan daging
sila cuba yek

antara makanan - yang popular di alam maya

mana yang dah try kita pangkah siap2

-macaron
-burger bakar
-RVC
-rainbow cake
-durian crepe
-garret pop corn

memang menggoda kan..



ORIENTASI TAHUN 1-SKTPP2/SRATPP





sebagaimana sedia maklum
anakanda sulungku Ain Darwisyah
akan melangkah ke Tahun 1 tahun depan

Ain telah selamat didaftarkan ke 2 buah sekolah
sekolah agama pada sessi paginya
dan sekolah kebangsaan pada sessi petangnya

pendaftaran sekolah agama
memang strict sikit
jenis 1st come 1st serve
sebab kuota sangat sikit
kebetulan SRA hanya ada sebuah di kawasan perumahan

aku dah start mendaftar utk SRA sejak March tahun nih lagik
alhamdulillah..dapat jugak selit nama si Ain
phuhhhh!!
ada jugak mak-bapak yang datang walk in utk pendaftaran jumaat lepas
tapi terpaksa ditolak atas dasar kapasiti yang terhad

masa pendaftaran SRA tuh
dijalankan pada pukul 3pm
elok sgt tgh hujan lebat sabung menyabung
heret jugak auni sekali
bakal2 budak tahun 1 nih diwajibkan menjalani ujian diagnostic
ini untuk penilaian awal samada anak2 nih pandai membaca atau tak
ain memang cuaklah pada mulanya
tp bila dah lama2 nampak dia ok & happy
kebetulan ada kawan baik masa di tadika yang sama kelas dgnnya
sementara anak2 menduduki ujian
mak-bapak kena dengar taklimat sekolah

as usual selain soal disiplin
sillabus pembelajaran
pakaian seragam serta yang paling wajib soal yuran pendaftaran awal
hanya rm190
giler murah kan!!

SRA nih baru setahun beroperasi
luas sekolah serupa macam sek kebangsaan
ada kantin ada padang permainan
memang selesa sgt nampaknya
sistem diguna pakai sillabus JAIS
bawah seliaan KPM jugak

keesokkan harinya
aku berkumpul plak kat sek kebangsaan
ada orientasi jugak
ada jugak ujian diagnostic utk class grading
kali nih nampak Ain okey sikit
dia nampak excited
agaknya tgk ramai kawan2 kan!

apapun semua ok
ain mmg nampak happy
tak sabar katanya nak masuk sekolah tahun depan

tapi as usual aku adalah sedikit risau
si Ain tahap penakutnya mmg boleh tahan jugak
risau kalo tetiba dia nak pg toilet
risau macammana dia nak beli makan kat kantin
risau nak naikkan dia van

kalo pikir risau aku
listnya
will be endless list

apapun semoga Allah permudahkan
anak sulung masuk sekolah
mak-pak yang lebih gelabah!!

hehehehehe!!






05 November, 2012

MONDAY blues

teruk benar :(
aku rasa aku ok hari nih
datang keja berbaju kurung
warna pink+hijau
pakai handbeg pink
tudung pink + kuning-pelangi gitu!

datang awal- kul 8am dah terpacak kat opis
dah siap breakfast mihun goreng + teh ais +kuih lopes
serba okey mood aku pagi nih

belum apa2
tak sampai kul 1130am
si boss katik MR K dah hantar email siap penuh tanda ???
gara2 aku bercuti kecemasan Jumaat lepas
rasanya panjang lebar explanation aku hari tuh

hari nih dia threaten nak cancelkan cuti aku 16hb nih
katanya aku dah amik jumaat lepas
aku pun bgtau tak boleh
sebab 14hb mmg aku nak balik kg suami
ada wedding sepupunya
jadi aku bagitaulah- samada boss nak approve @ tak?
saya still akan bercuti jugak
titik
noktah

takkan tak boleh nak beza cuti kecemasan
dengan cuti yang beralasan

kadang2 mood yang bermula dgn baik
akan jadi huru-hara
bila berdepan dgn orang yang moodnya
x berapa nak baik pg2 isnin nih!!

banyak citer nak kurepekkan
tp mood sedikit kedaung
selepas mengadap boss moody pagi nih


*rasa nak balik awal - dah x larat mengadap muka boss


01 November, 2012

1-11-2012


Banyak benda berlaku bulan lepas
salah satunya pasal shifted department
antara department yang paling digeruni
kebanyakan staff takut utk shifted dimana tempat aku bekerja skrg
pada awalnya aku jugak sama

3 hari aku meroyan
3 hari jugak aku in denial mode
tapi masuk hari ke 4 aku belajar adaptive
this is challenge
susah macammana pun
sakit macammana pun
hadap-telan-mamah
kunyah2 sampai lumat

semalam hari terakhir october
banyak benda yang aku belajar
salah satunya - bekerja dgn niat mencari rezeki yang halal
disaat KPI aku ditahap sipi2
aku diberitahu ttg cara2 utk melonjakkan KPI itu ditahap selamat
dalam hati-- ishhh apa salahnya kan mencuba?
tapi bila pikir dalam2..
itu adalah bisikan the devil setan yang menyesatkan manusia

aku usaha jugak selagi aku mampu
aku stay di ofis smp pukul 7pm
pagi nih aku smp opis - hampa!
dan mmg KPI yang aku harapkan berganjak still statik di tempat asal
tapi aku tetap berpuas hati dgn KPI setakat itu
cukuplah..asalkan ianya rezeki yang halal
utk disuap makan anak berdua di rumah
utk membina darah-daging yang baik

ini baru sedikit ujian dunia
aku sedikit terpana pada awalnya
tapi alhamdulillah- aku tetap ingat muka anak2
merekalah sumber inspirasi utk mama berpijak di bumi nyata

Ya Allah
lindungi aku
dari fitnah dunia
dari sumber rezeki yang haram
dari dunia yang menyesatkan

permudahkan pekerjaanku bulan ini
amin ya rabbal alamin

pic : google !


31 October, 2012

rezeki setahun sekali :))

rezeki:))

daging korban
tahun nih murah rezeki sungguh
kakak ipar dari terengganu bagi
jiran tetangga bagi
mak bagi lagik

sampaikan Ain complaint asik2 lauk daging
huhuhu!!

aku siap2 potong
susun dalam ice - box

ada 6 paket dlm ice box
ada yang aku dah masak sup
ada jugak yang dah selamat wat goreng kunyit
makan 4 beranak

kalo rajin nak merendang malam nih
so senang perabis belaka
bagi kawan2 opis makan
kalo nak tggu kami 4 beranak perabis
rasanya tggu raya haji tahun depan
still berbaki


*rasa badan makin dompok 2-3 hari nih..mencekik daging x berenti





30 October, 2012

post AIDILADHA


sorry for lack update
aku sibuk tahap dewa
closing JJCM Kuching pun x sempat nak buat lagik

klik2 Fb time ada masa sikit
jeling2 blog time lunch
browse sekali imbas dalam tren
credit to all gadget yang sedia menemani kemana2


memang sibuk lain macam
citer Raya- xde yang menarik pun
aku balik raya ke Perak tahun nih
semata2 menemankan mak yang nak kesana
alhamdulillah..perjalanan pg-balik
aku x sangkut dalam kesesakan jalanraya
magik?

takdelah magik sgt
mana taknya aku bertolak balik kg kul 3pm hari jumaat
balik semula ke KL hari sabtu 3pm jugak
bijak kan?

aku serik bersesak2 atas jalanraya
tahun depan kena prepare jerlah
sbb surely akan sangkut jugak
sbb tahun depan turn raya haji ke Terengganu



mereka2  yang  datang 

hidangan utk   mereka2!!


malam raya untuk pertama kali rumah aku ada orang datang bertakbir raya
wah sgt meriah!!
ada dalam 40orang kot
nasib baik jadi rumah pilihan ke-3
so tak lama sgt menunggu
aku masak soto ayam jerk
buat agar2 lumut sudah
bancuh teh o sebekas
jadikler utk orang yang tak berapa nak rajin nih kan?

elok jerk semua kumpulan bertakbir nih bergerak ke rumah lain
para jiran2 aku yang pompuan datang beraya
then aku pun join jugak g bergosip beraya ke rumah jiran2 yang lain
malam raya - aku bantai makan rendang+nasi himpit
makan laksa ,makan jagung,makan dessert
amik...pukul 1am baru balik
selang sejam baru lohkong balik
sangatlah meriah rasanya!!

pagi esoknya terlewat bangun
lohkong pg solat raya kat masjid
mengemas rumah
packing kain baju
gedebuk-gedebak kul 11am baru bertolak rumah mak
tggu lohkong solat jumaat
makan x renti2 kat rumah mak
baru bertolak ke Perak

apapun hopefully belum terlambat nak ucapkan
SALAM AIDILADHA
utk semua kawan2 blog & family


*tgh pening kepala memikirkan orientasi SRA kak ain hari jumaat nih & ujian penilaian darjah 1 kak ain hari sabtu nih..sebenarnya mama yang lebih neves!!

22 October, 2012

JJCM-KUCHING-Day 2

-sila jangan muntah darah entry panjang -banyak tepek gambar nih-

aku bangun 5.30am kat sana
giler awal
pertama sebab hujan sepanjang malam-sejuk sampai ke tulang

trip bermula pukul 8am
itupun rasanya driver tggu awal lagik
kat sana 630am dah cerah ok

aku bersilat bagi mandi kanak2
hari kedua merupakan hari yang paling panjang rasanya di Kuching
turun2 aje driver bawak pg breakfast
kedai makan depan homestay sahaja pon
aku try makan the famous Laksa Sarawak
malangnya -- memang tak kena tekak aku
aku rasa rempahnya mungkin kuat sgt baunya
adik aku plak belasah mee kolok..yg tuh lebih sedap sikit

lepas makan- driver bawak ke Pasar Sarikin
katanya tempat wajib singgah
ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam kot
ikut jalan kampung 

Pasar Sarikin ini boleh aku samakan macam Uptown/downtown kot
tapi versi siang hari
macam2 benda jual
dari barangan perhiasan rumah, pakaian,alatan memasak,mainan- ishhh macam2 lagiklah
tapi masa aku smp cuuaca adalah sgt panas
sila stress bila heret kanak2
aku mmg tak memusing sangat sbb Auni & Ain sgt cranky
aku rasa harganya agak murah - kebanyakan peniaga adalah orang tempatan & jugak peniaga yang datang dari Indonesian-katanya Kalimantan bersempadan disitu
sampai aku pun naik confuse - yang mana satu rakyat tempatan,mana satu peniaga Indon
percakapan/pertuturan lebih kurang sama bunyinya!!

aku sempat beli perhiasan-jam dinding yang diperbuat dari kulit kerang
beli EVEMATIC MAT yang reganya baru rm 19 kat sana -aku beli sampai 2 bidang
aku jugak beli pua kumbu
beli jugak kain tenun indonesia utk kawan2
t-shirt sarawak disini lebih murah compare beli di Waterfront- kosnya tak sampai rm15 
mujur anak meragam- kalo tak harus jugak aku membeli yang bukan2 kat sana
harganya bisa ditawar lagi yea ibuk2

antara yang sempat tangkap disana- telekung2 sgt murah ok..truly from indonesia..


jam dinding kulit kerang itu-melepak bawah bangsal sebab kepanasan..dan cik nee sempat jugak ke Pasar tani - jalan ke luar dar Pasar Sarikin itu.

balik dr Pasar Sarikin- driver bawak singgah ke Pasar Tamu
macam Pasar Tani
cik nee ajer yang trn--- aku adalah penat
panas yaa rabbi ..
anak2 meragam jangan kiralah
rasa nak mengamuk jadinya kita!!

driver bawak makan tghr
tak tau apa nama tptnya
sgt mahal-cekik darah
makan nasik campur jer 
tapi rega adalah cekik darah!!

lepas makan- dibawanya kami ke Kilang Pasu
kat sini pun sedikit hilang akal
sbb sumernya cantik2 ok
harga pulak diskaun 50% serba-serbi
sila sawan disitu!!
aku beli 2 bijik saiz sederhana- pastuh pening kepala m/mana nak bawak balik
disitu ada demo pembuatan pasu cara tradisi
utk mereka yang beli pasu
ada servis packing pasu dalam kotak- sgt kemas & selamat 

pasar tamu-kilang pasu-ciik nee sedang mensaawan, auni yang pengsan terbungkang dalam van  & bungkusan pasu yang sedia dibawa naik flight !

dekat situ aje ada 45 minit kot
pastuh..driver bawak ke Kilang Lada /produk borneo
sempat membeli Lada Hitam sarawak
dan beli fridge magnet lagik
sawan fridge magnet tak habis2!!

sempat jugak ke PASAR TAMU BAKO
semata2 nak beli Ikan Terubuk Masin
beli sampai RM20
dapatlah 7 ekor shj
jangan risau yek-- diorang dah siap packing utk bawak naik flight
langsung x berbau !!

kami jugak dibawa ke tempat wajib singgah- kedai kek lapis
mmg masa kitorang pegi hujan tgh lebat giler babas
nak tak nak memang kami redah hujan nak masuk kedai kek lapis aka rumah orang tuh
masuk2 mmg makan tester kuih
alahai..sedap2
kosnya dari rm10-rm20
beli lebih 10 bijik- free 1 bijik
kat sini shj - aku beli sampai 20 bijik kek- sawan!!

style disitu
kita rasa tester
kita buat order- diorang akan hantar hari apa yang kita mintak
macam kes aku- aku order petang - dan dia hantar malam tuh jugak pukul 9mlm
dkt situ- once order baru diorang buat
so mmg fresh from oven kekdahnya!


last but not least driver bawak ke tempat wajib posing 

Pasar Tamu Bako-ikan terubuk masin,Cat STATUE,kek lapis tester- auni sgt suker kek lapis ..

dah siap bergambar bagai
baruler kami balik ke homestay
kelam-kabut mandi sbb masing2 kehujanan
terutamanya kanak2
aku punyalah risau takut demam- bantai bagi PCM sorang satu
time tuhler kami bersolat Jamak ZUHUR & ASAR sekali

malam tuh kami makan kat kedai makan bawah homestay shj
tak berapa sedap
tapi mahal!!

lantaklah..janji kenyang!!

balik homestay -sawan packing baggage
sebabnya esok nak check out plak
pening - takut excess baggage 
allocated 65kg jerk

phuhhhhh!!

ok smbg lagik...


20 October, 2012

JJCM KUCHING - Day 1



-sila jangan muntah darah baca entry panjang & banyak tepek gambar nih yek- 

mintak maaf banyak2 
in case kalo ada yang menunggu entry Kuching trip nih
dah seminggu baru sempat nak hapdet
dont expect too much
ini bukan travelog
ini sekadar catatan peribadi utk masa depan

trip ke Kuching nih
aku tempah tiket dari bulan Mac-2012
alhamdulillah..dapat tiket RM68 pergi balik
x termasuk kos baggage lagik

aku bertolak ke Kuching -pada 12/10 flight AA pukul 11.45am
selamat tiba ke lapangan terbang Kuching 115pm
utk mereka yang belum tahu / atau bercadang nak ke Kuching
jangan terkejut sebab di Kuching airport
ada kaunter imigresen 
anda2 diminta menyediakan I/C semua anggota trip utk check clearing dahulu

+- lepas clearing , amik baggage
tunggu plak van tour yang aku tempah sejak awal lagik
kisah menempah tour van/guide nih mmg macam2 kisahnya
alhamdulillah manage to get one reliable person-En Ahmat namanya
kosnya adalah RM900 utk sewa van & pemandu serta kos penginapan 3h 2malam sekali..
murah kan?

driver dah siap menunggu
kami terus dibawa makan tengahari 
kedai makan itu namanya KOPI O CORNER
maaf x sempat tangkap gambar kat situ
just mcm kedai kopitiam biasa shj

lepas makan - dibawa menunaikan solat ZUHUR & JAMAK ASAR 
di Masjid Negeri
selepas itu driver tuh mencadangkan utk ke India Street Pedesterian Mall
pergilah jugak pusing- dan terus berjalan sampai ke Waterfront yang famous itu

malangnya..tak sempat nak berjalan sangat hujan turun maha lebat
mmg trip kesana - mmg tak kena gaya
asik hujan memanjang..KL pun sama kan..musim hujan nih!

sempat berteduh sambil shopping barang2 cenderahati kat Kuching Waterfront Bazaar
rambang mata tgk key chain comel2 & jugak fridge magnet
seriously murah jugak!
16 bijik keychain macam2 jenis- RM10
fridge magnet - RM2 sebijik
sila fengsan!!

 sila layan gambar yek!
Bangunan ADUN,INDIAN MALL,WATERFRONT BAZAAR,Sarawak River Cruise adalah mahal yea- RM60 seorang!

bergambar itu adalah wajib walaupun muka berminyak,badan berlengas sgt2!!-time nih Auni mengamuk nak naik cruise- mama adalah sgt kedekut nak membazirkan duit utk kos river cruise yang mahal itu :(

adalah 1 jam di area situ
driver p/up & kami dibawa pulak ke Tempat Kristal
jangan tanya - kat mana?
aku adalah blur disitu

sangat cantik2
kosnya aku rasa agak murah sikit compare di KL
tapi kena survey area China Town sbb last day aku ada singgah area sana
harganya lebih murah dari kedai kristal nih
huhuhuhu!!

sat aku tepek gambar lagik ;

sila fengsan peminat kristal semua..aku x berapa suka..jadi tak berapa membeli..yang sawan adalah  bonda terchinta..beli macam bawak kontena!!
lepas cik nee - bonda terchinta
dah sudah mensawan kristal kat sini
driver pun hantar kami ke homestay 
aku at the last minute cancel hotel booking
sbb lebih selesa pg dok homestay
sbb bila tggl hotel 
bilik aku & mak jauh2
so better tggl homestay- mak aku lak jenis suka masak2
suka minum2
so ini pilihan paling tepat

homestay adalah flat yea kawan2
meski hanya 2 bilik
tapi makkkkk aikhhhhh besar giler..
kalo kat KL ini adalah standard kondo

tak percaya..
sila tgk gambar ini

hall & dining - dapor ada kat belakang, toilet 2, bilik ada 2,ada tv,-siap ada cerek,kuali,periuk,perkakas pinggan-mangkuk,mesin basih,aircond,kipas,ada extra bed- truly mmg selesa & absolutely sangat2 murah!!
malam pertama itu
kami dinner makanan yang cik nee masak dari rumah
ada sambal ikan bilis,gulai lemak ikan kurau,ikan masin,nasi goreng-kami panaskan
lepas tuh masing2 pengsan kepenatan

ehhh kat sana pukul 6 lebih dah macam senja di KL
cepat gelap 
jadi mata pun cepat mengantok..

ok..tunggu next 2nd day entry pulak..
penat nak memilih gambar nih
penat lagik nak mengarang
biar ayat merapu pon!!




16 October, 2012

RESTORAN HM SRI BAGAN,BAGAN LALANG :))



Maaf, masih belum sempat nak upkan citer Kuching lagik
semalam berperang dgn kain baju 3 bakul
melipat,menyusun satu-persatu
itu jerk dah buat rasa penat
mana taknya balik keja- memasak-bagi kanak2 makan-diri sendiri pulak makan
mandi-mengadap kain baju
tv pun x sempat nak bukak

so better aku up citer makan2 6/10 hari tuh
mula2 mmg x plan nak g Bagan Lalang
lepas g Alamanda that day beli kasut kak ain
x tau nak pg mana
terus dtg idea nak makan seafood
start google jalan- terus ke sana

dr Putrajaya dalam 45minit driving
senang citer pg google HM SRI BAGAN, BAGAN LALANG

sampai mmg tgh azan maghrib
mujur ada meja kosong
if not mmg nangislah menunggu
tapi seriously orang ramai
dan servis mmg slow giler!

even nak tggu diorang kemas meja pun amik masa 1/2jam
amik order 1/2jam
after amik order-
tggu lagik 1 jam
mmg betul2 buang masa
dah sampai order pertama adalah air
then baru smp ikan bakar
after 1/2 jam baru smp pulak makanan yang lain
sampaikan anak2 mengamuk jugaklah
sabor jelah :(

mungkin disebabkan faktor tak booking dulu
mungkin jugak sebab malam minggu
jadi servis agak kucar-kacir disitu :(

adoikhhh!!

on top of that
the taste is marvellous
price charges - still considerable as cheap!
portion jugak munasabah

sampai sekarang teringat2 rasa sotong goreng tepungnya yang sgt sedap
manis-rangup
meleleh air liur!!

that day aku order
-ikan siakap bakar
-sotong goreng tepung
-lala masak cili
-tomyam campur
-telur dadar

kalo x silap reganya rm83.40

pesanan khidmat masyarakat
sila booking dulu yea kawan2
sila google no telnya
aku adalah malas..

and please try ikan bakar dishes
mmg sedap!!!!

pergghhhh!!!




 

15 October, 2012

safely landed :))

aku selamat tiba KL dr Kuching petang  semalam
flight delay 10minit jerk
sampai kul 5pm
+- sampai rumah kul 6pm

balik rumah mendobi baju 3 round
unpack souvenir bagai bagi jiran keliling rumah
sort souvenir utk bdk2 opis yg memesan
mengemas rumah
adoikhh mmg penat

KUCHING- best jugak cuma mungkin aku pg masa cuaca x menentu
sepanjang 3 hari memanjang hujan
so kegiatan berjalan agak terbatas
lagi2 bawak kanak2 yang ada lelah tuh kan!

Foto
baru smp LCCT masa nih

antara destinasi terakhir semalam-muzium Kucing..
 x sempat nak transfer gambar bagai dlm lappy
sila berdoa smg aku rajin sikit dlm minggu ni

apapun hari nih dah mula keja
x sempat nak bernafas
keja banyak menunggu :(

till then :))

12 October, 2012

weekend getaway :))

ini auto-published entry yek

saat kawan2 membelek blog nih
tuan blog dah selamat berangkat ke Kuching

doakan yang baik2

sedikit nervous jugak
sbb baru2 nih berurusan dgn ramai conman kat sana

tempat wajib pergi ke Kuching
adalah pasar Sarikin,kedai kek lapis Dayang Salhah,Pantai Santubong
tgklah kalo rajin aku bersiaran
itu pun kalo x pengsan kepenatan

doakan kesihatan mak & ahli rombongan baik2 belaka
jaga diri baik2

selamat berhujung minggu!

tempat wajib posing kot ?