Ahad minggu lepas dikejutkan dengan berita mak yang mula tak sihat sangat
Demam & batuk tak berhenti2
Rasanya lama jugak mak tak jatuh sakit
Kali terakhir masuk wad kalo x silap Dec tahun lepas
Kira cemerlanglah rekodnya-7 bulan free warded
Jika nak dibandingkan tahun lepas macam hampir setiap bulan masuk wadnya
Ahad petang aku dah mai melawat mak
Ikutkan mak akan duduk dirumah aku seminggu lamanya minggu ini
Sebab adik perempuan aku ke Sabah
Semalam (Isnin) bangun pagi2 aje kat whatsapp grup adik beradik
Bagitau mak berada di ED Hospital Putrajaya
So semalam pagi2 aku bergegas ke HPJ
Jenuhlah cari parking kat HPJ di hari Isnin
Segala ceruk penuh
Alih2 aku park keta kat underground parking IKN
Menapaklah ke lobi utama
Aku g sarapan dulu barulah ke ED
Sempat capai bubur lambuk nak bg mak makan
Elok aku nak ke ED
Terdengar pengumuman-waris kepada Ainee bt Mat,sila hadirkan diri ke Zon Separa Kritikal
Berlarilah aku x cukup tanah
Rupanya mak dah nak ditolak ke Unit Hemodialisis
Sempatlah bagi mak makan bubur lambuk 6 sudu
Lepas tu mak ke HD,aku pun cabut masuk opis
Keja bertimbun nak hadap,sebabnya minggu lepas Khamis/Jumaat aku mc
Lutut kanan aku yang season mula meragam semula
Aku ada masalah Osteoarthritis
Kalo x silap lebih dari 10 tahun kot
Tp takmolah bercerita pasal sakit aku yang ini
Panjang naw kisahnya
So balik keja semalam-aku cabut dalam 4.30pm
Smp umah aku memasak untuk makan malam
Dan kul 7pm aku bergerak ke HPJ
Sebab aku yang akan jaga mak malam di hospital
Alhamdulillah,kali ni aku boleh deep sleep
Kemungkinan ada 3jam deep sleep
Selebihnya memang aku terkejut2 bangun sebab as usual
Wad ni kejap2 nurse dtg,kejap lagi doktor masuk
Maka memang celah mana nak lena tido pun
Aku bangun pkl 6.15am mandi & salin baju
Lepas tu kejut mak bangun,dia perlu mandi,salin pampers & baju
Mak kena solat subuh
Sebab nampak dia sihat sikit hari ni
Compare dari semalam
Pagi tadi baru mengadu lapar
Aku pun turun cafe beli nasi lemak,buah
Mak memang suka makan nasi lemak bungkus kecik2 tu
Lepas tu barulah aku tinggalkan mak diwad
Aku kena masuk keja pagi ni
Singgah rumah dulu,salin baju kerja & belikan makanan si Adeeb
Dah mana sempat nak masaknya
Maka kedai tepi jalanlah jadi penyelamat
Tak tau berapa lama lagi mak akan di tahan diwad
Sebab malam tadi Doktor kata kalo leh off oksigennya hari ini
Mungkin leh discaj lah
Demam pun xde dah
Cuma kedengaran batuk2 lagi sikit
Aku merasakan culprit utama mak masuk wad
Adalah kegagalan adik lelaki aku mengawal water intake mak aku dari Jumaat-Ahad pagi
Air jadi penuh kat paru2
Kemujurannya kali ni,mak tak seteruk kena macam tahun lepas
Sungguhlah serik melayan tantrum mak di wad
Ntah kenapa aku suka mak diwad kali ni
Mungkin sebab wadnya lebih selesa,dan mak dapat berehat dengan lebih baik
Mak pun diwad,elok selera makannya
Gula & BP dikawalselia oleh nurse bergilir2
Pendek kata memang dijaga dengan baik
Apapun aku redhalah dengan sedikit ujian permulaan Julai ni
Aku selalu percaya,ujian Allah swt pada kita hamba yang lemah ni tiada sebab lain selain nak beri pahala kebaikan,atau galang ganti lebih baik dari sebelumnya.
Cepat sihat Mak
Sayang mak sangat2.
No comments:
Post a Comment