27 April, 2026

Menang Shopping Voucher Alamanda

Weekend lepas sesungguhnya memang pack betul jadual kami
Selain menguruskan mak minggu lepas
Sempat jugak menghadiri 3 jemputan open house yang masih belum reda
Syukur alhamdulillah,kami menumpang rezeki makan percuma

Sabtu lepas kami terpaksa uruskan amik pencil box Adeeb yang tertinggal di sekolah
Rupanya pencil box tu tak tau sapa yang sakai sangat peel pi buang kat atas atap
Bukan senang kami nak mengaitnya,agak tinggi jugak
Tapi disebabkan sayangkan duit beli kalkulator rega rm100 tempohari,gigihlah kami mengait amik pencil box tersebut
Mujurlah dapat diselamatkan,dan kalkulator & isi didalamnya masih ada

Bukti pencil box dicampak ke bumbung tingkat 2


Semalam setelah hantar Ain,aku & husband ke Alamanda
Kami kebetulan nak g CelcomDigi
Since aku dah habis pelan kontrak jadi aku bercadang untuk downgrade pelan yang ada
Terasa mahal bayar bulan2 sedangkan penggunaan aku x sebanyak mana
Since rumah & opis ada wifi jadi macam berbazir bayar RM90 untuk pelan telefon so aku downgrade ke pelan RM45 yang ada 100GB allocation & unlimited calls.Jadiklah untuk acik2,bukan beria guna hp pun.

Lepas uruskan pertukaran pelan CelcomDigi kami gi makan kat The Chicken Rice Shop
Makan berdua habislah RM42 
Since Adeeb & Affan tak ikut sama semalam
Masa membayar kat kaunter tengok ada promo-FNB
Resit FNB lebih dari RM40 entitle untuk menang Shopping Voucher
Kami pun naik atas -ke Concierge CS
Isi borang dalam tablet & merasalah lucky draw style isi koin dalam mesin & draw box kuning

Menu wajib order kami di TCRS-wajib pilih roasted chicken

Dan soya sejuk 


Poster champaign-masih ada masa lagik

Inilah mesin yang kena isi koin yang kita terima selepas isi borang dalam tablet & hand draw sendiri



Voucher diemailkan sejurus kita draw ball kuning tu.Alhamdulillah kami menang
RM 100.Maksimum boleh dapat RM200.


Rezeki minallah,bolehlah belanja anak2 makan pulak nanti
Voucher ni untuk pergi makan ye,bukan pg shopping
Boleh redeem di outlet yang menyertai kempen tersebut
Refer sini

Jadiklah kan,so kawan2 yang berdekatan boleh pi cuba nasib
Mana tau anda lebih bertuah
Kempen akan berakhir 10/5/2026
Cepat2 ke sana ye!!


No comments:

Post of a DAY

Menang Shopping Voucher Alamanda

Weekend lepas sesungguhnya memang pack betul jadual kami Selain menguruskan mak minggu lepas Sempat jugak menghadiri 3 jemputan open house y...