19 June, 2025

Late Post :Selamat Hari Raya Aidiladha

Tahun ni adalah tahun ke-3 kami sekeluarga tak pulang beraya ke Dungun
Reason:- adalah cuti yang singkat & kami takmo sangkut dalam jam PantaiTimur yang memakan masa 10-12 jam lamanya.

Kebetulan tahun ni raya Haji
Aku hanya bantu memasak rendang daging
dan tolong rebus nasi himpit
Kedua menu ini akan dibawa ke rumah mak di Sg Besi
Sehari sebelum raya aku bercuti & berperanglah kat dapor menyiapkan rendang.
Alhamdulillah,rendang daging dapat pujian semua & licin 2kg daging dengan jayanya.Aku jugak order kek coklat pisang untuk dibawa ke rumah mak.

Rendang daging masak atas kuali lejen


Sehari sebelum raya juga dikenali sebagai Hari Arafah & di Malaysia hari Arafah disambut pada hari Jumaat.So aku bangun siapkan makanan bersahur untuk en papa,Ain & Adeeb yang masing2 berpuasa sunat hari Arafah.Sementara aku ni tgh uzur,makanya kesekian tahun xde rezeki berpuasa sunat.Takperlah jadi tukang masak sahur & berbuka,kot boleh pahala orang berpuasa kan.
Menu berbuka :sup daging+kentang,sayur campur &ikan goreng.Rendang daging yg baru masak-si Adeeb sibuk nak makan masa berbuka.


Pagi raya kejutkan anak2 awal untuk solat Subuh & solat sunat Aidiladha.Tahun ni hanya en papa,Adeeb & Affan sahaja yang ke masjid di Cyberjaya.
Wefie bersama Affan sebelum ke rumah mak

Yours truly!Kami recycle baju raya puasa hari tu.

Kesayanganku:Kakak Auni & si bongsu Affan


Balik solat,terus bersiap2 ke rumah mak.Adik aku masak sambal ikan bilis & kuah lontong.Ntah kenapa lontong raya tahun ni dari Raya Puasa sampai ke Raya Haji-dua-dua x berapa sedap & kena selera aku.Aku berazam nak buat lontong cuti Awal Muharram minggu depan.Kebetulan kak Auni pun balik cuti bermalam sekali.

Takde aktiviti dirumah mak selain makan,borak,makan balik..Pkl 3pm en papa ajak balik rumah,masing2 mengantuk.Nak tido kat umah mak,memang xde ruang pun nak berlunjur kaki.Full house!

Balik rumah bergolek2,x tido pun.Anak2 aje yg pengsan tido.Maghrib rumah kami didatangi oleh adik beradik yang baru balik dr beraya rumah Pakcik.Jadi aku masak nasik,masaklah apa aje lauk yang ada kat umah.Nak ke kedai,kedai2 Acheh dikawasan rumah kebanyakannya tutup sempena Hari Raya ni.Maka terhadlah lauk pauk yang ada pun.

Jadikler menjamu makan lebih kurang.By 10.30pm sumer tetamu pun balik ke rumah masing2.
Pengsan tido sampai ke pagi.

Harapnya dipanjangkan usia lagi untuk bertemu 10 Zulhijjah lagi tahun depan.Dimurahkan rezeki nak buat Qurban plak dan dilapangkan masa untuk pulang beraya di kampung hdknya.






2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

hi lynn,kak mieja bw 😍

Lynn Abd Latib said...

Hi kak..sihat ke tu?

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...