Jumaat lepas balik keja macam biasa
Terus jemput Adeeb macam biasa di SRA
Sampai rumah,suh Adeeb bukakkan pagar sebab mama tak suka parking keta kat luar sebab keta en papa kat luar dah.
Jadi serabut keta depan rumah bersusun.
Masuk dalam pagar baru perasan tayar depan side driver pancit flat terus
Hukalooo..padanlah rasa berat pusing stereng keta.Dasar org pompuan bawak keta kan😆
En papa tolong tukarkan tayar ,mujur masih ada tayar spare dalam boot keta.
Keesokkan harinya mmg kebetulan ada appointment dengan Perodua
Nak major service 40k km
Kat situ aje dah kopak RM 549.70
Foreman kata tayar dah xleh tampal sebab pecah belah tepi-kena beli ganti baru or else memang xde lgsg tayar spare.
Lagi satu bateri dah start low-wajiblah diganti baru
Nangis mak ko situ..sebab baru awal bulan Februari ni..panjang lagi masanya nak bernafas hingga gaji Feb plak.
So bateri en papa kata order dari Lazada aje-depa mai tukar terus depan rumah
Tayar ajelah tak beli lagik.
Itupun wajiblah g tengok2 jugak,risau jugak kot pecah lagi langsung xde spare nak guna
Mujurlah dapat duit kutu bulan ni
Maka adalah extra $$$ ditangan..or else memang termenung jugak rasanya.Sebab bajet dan gaji ngam2 aje nak hidup & sekali-sekala nak makan luar.
Takde berlebih & takde berkurang.
Dengar perkongsian -kereta itu adalah liabiliti
Memang tak dinafikan.
Tapi xde kereta lagi susah
Dengan kerja macam aku ada masa kena outstation
Jadi kereta ni satu keperluan
Kereta en papa wajib kena standby jadi runner anak2,kadang2 hujan-takleh guna motor nak pick up anak2.En papa kadang2 merata jugak g meeting PPD & aktiviti sekolah.Ada tu sampai ke Kuala Selangor pun ada.
Sebab tu aku memang go through each details sebelum amik keputusan beli keta 2 tahun lepas.Sebelum2 tu aku belasah keta en papa aje,tp tu lah jadi berebut tang dia pun perlukan keta masa yang sama.
Aku beli Myvi basic aje auto rega RM 42k.Bulan2 bayar RM508.00.Insuran road tax mmg aku main kutu bulan2 nak kasi settlekan.Sementara bila ada urusan nak hantar servis-kena standbylah sekian RM .Cuma kelmarin jatuh tang major servis mmg nangislah sikit nak menyediakan ongkosnya.
Bagi aku belilah kereta ikut kemampuan ko nak bayar bulan2,ko nak maintain kos servis & kemampuan nak menyediakan insuran road tax segala mak nenek tu.Bukanlah sebab ko mampu bayar bulan2 tp masa nak buat servis ko nangis tepi katil x cukup duit nak maintainance keta H.Ikut gaji memang sumer mampu nak menyediakan bayaran bulanan tu tapi nak maintain tu ada masuk tekan kalkulator tak?
Ikut nafsu memang masa tu aku berangan nak amik H-City.Tapi en papa suh pikir panjang,mana nak cekau duit nak maintain sakneka benda tu.Betul jugak kan.Nak perelok kasi maintain keta yang ada pun mengadu dlm blog😓Hahahahahah!!
Moral of the story-pikir panjang2 sblm commit hutang jangka panjang ni.Lagi2 yang ada family,anak2 yang masih bersekolah.Kita hidup tak kenyang dek gaya.Kita tetap kena makan nasik kurang2 2x sehari.Anak2 perlu disekolahkan setinggi boleh.Tentukan prioriti masing2,elakkan tengok orang tu boleh takkan kita tak boleh..,ko tak tau apa orang lain tu dah lalui sebelum dia dapat apa yang dia ada hari ni.Paham ke paham?
Niat dihati nak settlekan hutang keta ni paling lewat tahun depan,tapi tu lah berangan ajelah dulu.Banyak puluh ribu lagi weiii...tapi tu lah mana nak tau ada rezeki mai atas langit bagi settle hutang peghabis.Bolehlah berangan beli kondo sebijik,buat rumah persinggahan Affan nak mandi kolam hujung minggu...berangan weiii..
Now,pi sambung buat keroje.
Opppsss sebelum terlupa anak2 asrama nak balik Rabu ni..Punya excitedlah haiii tggu anak2 balik,bersusun menu nak masak.Nak menjamu anak2 makan katanya.
No comments:
Post a Comment