Aku selalu ada azam nak menyimpan duit sekian-sekian banyaknya,,punyalah banyak wishlist kan.Tiap awal tahun mesti baca macam2 tips nak menyimpan dengan jayanya but still x berapa nak berjaya dengan orang kuat mengelat macam aku ni.Simpan RM10,esok pi belanja pulak RM20.Mana nak menyimpannya!!
Cuma ada beberapa tip paksa-simpan yang aku praktikkan sekian lamanya.
Tip pertama main “KUTU”
Aku rasa dari zaman sekolah rendah lagi aku main kutu ni.Dari amaun RM 0.50 seminggu sampailah ke RM 300 sebulan.Aku rasa main Kutu ni sangat efektif sebab samada ko suka @ tak,ko wajib bayar sekian2 amaun bila hujung bulan, tertakluk pada kontrak main kutu itu sendiri.Dulu aku rajinlah jadi Mak KUTU ni, tapi sejak ada kes anak kutu (player) lari lepas dapat duit gilirannya..serik mak ok!Tapi sekarang kutu sangat advance, bukan sahaja ada kutu TUNAI, ada pulak sistem Kutu emas,kutu barang kelengkapan rumah,just name it..semua menatang KUTU ada.. Aku selalunya main kutu untuk beli kelengkapan barang sekolah anak,buat persiapan raya anak2 ataupun buat bayar roadtax.So aku selalu make sure turn Kutu aku akan fall in between those period of time Aku baru aje settle kutu Tunai aku 2 nama bulan ni.Kutu Iron Philips Amway tu hujung bulan depan baru settle.
Tip kedua beli EMAS
Ini teknik yang aku baru start sebenarnya..baru nak masuk tahun ke-2.Teknik ini sebenarnya adalah teknik FROZEN kan cash yang ada.Aku beli emas yang jenis barang kemas, bukan jenis duit gold coin tu.Aku ada certain target nak capai,let say macam tahun ni aku target nak beli 10g.10g kalo ikut harga emas dalam lingkungan RM 2000 tak termasuk GST + UPAH.Selalunya aku beli online yang jenis xde upah,xde GST ni.Save disitu.Setakat Sept ni aku hanya berjaya beli 8.88g –sauk Rantai Leher masa bulan posa hari tu utk si Ain.So target lebih kurang 2g lagi sampai ke hujung tahun ni.
Target ini bagi aku realistiklah..itu aje kemampuan yang aku ada.Kalo orang lain yang lagi banyak duit lagi,bolehlah target lebih lagi..20g-30g setahun.Ikut poket masing2 looo..Ada juga yang jenis suka trade in emas, aku tak kata salah.Cuma kalo aku, baik beli emas baru-emas lama tu kita pajak kejap kat Ar Rahnu-duit hasil pajak tu kita beli emas baru.Pelan2 kita tebus semula dalam tempoh 6 bulan.So bila dah tebus- kita dah ada extra 1 barang kemas instead kita trade in emas lama kita tu.Emas ni makin lama,makin naik harga.Jarang sangat2 dengar emas turun nilai kan..12 tahun dulu masa suami dok beli cincin nikah, rega emas hanya RM 114 segram,sekarang dah RM 200 segram.Makanya aku rasakan instrument menyimpan emas, sangat membantu untuk orang yang dengki sangat tengok cash dalam purse tu.Pantang nampak duit,mulalah gatal tangan tengok Lazada,Zalora dan segala yang seangkatan dengannya.Sekarang nak shopping semua di hujung tangan kan,takde duit dalam bank ada plak C.O.D term pulak..berat nanang!
Tip ketiga buat2 hilang INGATAN
Ini simpanan paksa jugak,aku ada certain target hujung tahun ni.So samada aku suka atau tak,aku wajib buat hilang2 ingatan utk duit sebanyak sekian2 amaun dari akaun gaji aku.Susah jugak sebenarnya maintain,tapi kena disiplin.Terpakai,sila ganti semula.Or else sumer target tu hancur lebur jadi debu aje nampaknya.Setakat ni masih berjaya w/pun tengah bulan,mama terpaksa berjimat sehabis baik supaya tak terusik duit simpanan paksa tu.Again,disiplin yang paling penting.
Duit ni banyak manapun kalo kita tak pandai manage, memang akan habis lebur jugak.Disebabkan sifat duit itu sendiri sgt LIQUID makanya kita kena belajar frozenkan duit tu & make sure boleh liquidate semula bila kita sesak nanti.
Banyak lagi instrument menyimpan,just name it,ASB,beli property segala mak- nenek.But still ada instrument yang sesuai dengan kita tak sesuai dengan orang lain.Ikut kemampuan kita,keperluan dan target masing2.Apapun dahulukan keperluan yang penting,jangan kita sibuk nak menyimpan sampai anak2 tak cukup makan pulak.Itu bukan menyimpan namanya,itu bakhil ok!
Apapun,mari mula menyimpan walau sedikit pun sebab kita tak tau apa akan jadi masa hadapan.Lagi2 kita sebagai isteri,simpanlah mengikut kemampuan kita.Soal Jodoh,pertemuan,ajal & maut bukan ditangan kita,bila kita ada simpanan sikit-at least anything happen kita ada back up sikit utk meneruskan hidup.Teruskan berdoa yang baik2.Ameen YRA.
*gambar takde kena-mengena dengan citer!!