Pages

07 January, 2016

2016 & personal target

Salam Tahun Baru 2016
Untuk semua yang masih sudi belek blog suam2 kuku nih
Tuan blog busy hampeh!

Sebagaimana kebiasaan
Tahun baru untuk aku wajib ada azam baru
Sebagai benchmark untuk setahun kekdahnya

Azam ni macam2 jenis
Aku lebih suka yang realistik sikit
Takdelah yang extreme sgt
Macam nak daki Everest tu!
Kang nangis pas sudah!

Azam untuk self improvement aku:-

Bangun awal sikit dari biasa
Solat asar cepat sikit,memanjang lambat solat Asar..erkkkk!
Mengaji 2,3x seminggu kalo dah tak mampu nak mengaji tetiap hari

Azam kebendaan:-

Sebagaimana tahun lepas,carry forward balik Azam 3 tahun lepas-beli MPV yang mampu milik.Masih tak berjaya sebab en papa masih tak bagi green light lagi.Banyak sgt campur tolak bahaginya.

Beli emas 1g sebulan sbg simpanan.

Azam berkelana:-

Banyak tempat yang dalam otak ni
Nak pegi sana
Nak pegi sinun

Yang terdekat nak bawak anak ke Langkawi-cuti raya Cina setelah 9 tahun kot tak jejak sana

Dan yang ini-memang wishlist berabad lamanya
Nak ke Mekah tunaikan umrah bersama suami 
Makin terasa tak sabarnya nak kesana bila tgk kawan2 sebaya yang dah sampai hujung tahun lepas.
Smg Allah murahkan rezeki aku & suami tahun ini.

Azam untuk kewangan

Teruskan menyimpan untuk beberapa event -perbelanjaan raya,perbelanjaan buka sekolah & tabung kecemasan.

Termasuklah debt free-ada few lagi yang dalam list untuk diselesaikan.Alhamdulillah,sekarang dah free card credit sejak 2 tahun lepas.So maintain untuk settlekan yang sikit2 ni aje lagik.

Apapun smg Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat aku & keluarga,dan Allah beri kesihatan yang baik buat emakku.Amin ya rabbal alamin.

Wish me luck!


*demi Ain,Auni & Adeeb-mama papa akan usahakan yang terbaik buat kamu bertiga.




1 comment:

Nurhidayu said...

Mudah2an dipermudahkan urusan Lynn sekeluarga