Pages

31 December, 2015

Cuti2 singkat,wedding Ayah Su Joe.

Cuti Xmas kami berbondong2 balik ke Dungun
Adik suami yang bongsu nak kawin
Mujurlah perjalanan lancar
Sampai setelah 6 jam kematu dalam kereta

Aku berdoa smg tak hujan lebat macam 3 tahun lepas
Dimana tengah musim banjir masa tu
Alhamdulillah
Tahun ni hujan tak selebat 3 tahun lepas

Next day adik ipar selamat diijabkabulkan 
Di Masjid Ketengah Jaya Kerteh 5
Syukur selamat seperkara
Menunggu majlis makan2 pulak atau bekwah bak kata orang sana


*kami sekeluarga di majlis-di perkarangan masjid-sempat lagi aku tempah baju sedondon sama anak2 daraku ini

Majlis pihak perempuan sgt simple
Pengantin pun makan bersila

Dan keesokan harinya prepartion majlis kat rumah kami sebelah pengantin lelaki

*en papa set up pelamin

*tak lupa jugak si sibuk Adeeb yang buat2 sibuk

Penat yaa rabbi
Tapi as usual aku mengelat lebih sebab berkuntau dgn si Adeeb
Malamnya kak ipar siap buat Bbq utk org yang datang rewang smp 8 ekor ayam.

Hari majlis besarnya
Pagi2 sibuk siapkan anak2
Dan menolong menyiapkan lauk utk santapan raja sehari lol!


*ipar duai tgh busy set up table masa ni-aku pun buat2 busy jugak..motif sgt kan!

*pengantin si singgahsana kekdahnya!

*dan makan beradap katanya!

Selesailah majlis yang serba sederhana meraikan adik ipar & isterinya
Semoga hidup muafakat
Berkasih sayang kerana Allah
Dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

Ahad-awal pagi dalam hujan yang baru nak bermula kami berangkat balik
Takmo sangkut jammed
Almaklumlah orang Tganu/kelantan ni
Pantang cuti panjang sikit
Confirmed balik kg punya..

Dan sebelum penutup citer
Sila layan gambar pengantin basi ni
Pakej sama kanak2 3 orang


Doakan kami bahagia selalu yea!


No comments: